Penat!
Masuk sahaja bilik, Wardina terus menghempaskan badannya ke atas katil. Ni kalau dia pusingkan badan ni, mahunya meletup bunyi tulang. Seharian dia berdiri, berjalan ke sana sini, senyum 24 jam amatlah memenatkan mental dan fizikal.
Penat juga ek jadi pengantin ni.
Mata dicelikkan semula, memandang ke siling bilik yang kelihatan sangat janggal sebelum dia terus tegakkan badan. Setiap ceruk bilik Hayyan diperhati lama. Di suatu sudut, terdapat bertingkat-tingkat kotak hadiah perkahwinan mereka. Siapa yang angkat masuk ke dalam bilik ini pun tak tahu lah.
Sikit lagi nak sama tinggi dengan pokok krismas.
Tak lama selepas itu, kedengaran bunyi pintu bilik terbuka.
"Siapa angkat masuk bilik semua hadiah ni?" Nampak aje muka Wardina, Hayyan terus aju soalan.
Gadis itu sekadar angkat bahu tanda tidak tahu. Kotak hadiah itu dipandang semula. Banyak betul. Tiba tiba tangan rasa gatal pula ingin membuka. Hati pula dihimpit rasa ingin tahu. Tapi takkan nak buka sekarang pula kan? Baik dia berehat dan segarkan badan. Penat pun masih tak hilang-hilang lagi.
Bila terasa katil itu seperti dihenyak seseorang automatik Wardina melompat bangun dengan wajah yang cuak.
"Kenapa?" Soal Hayyan pelik. Dia sendiri terkejut dengan tingkah laku Wardina.
"Tak ada apa. Aku nak kemas baju. Bilik pakaian kau masih ada ruang lagi kan?" Cepat-cepat Wardina tukar topik.
"Ada. Ruang belah kiri." Ujarnya seraya mula merebahkan tubuh atas katil. Wardina mengangguk. Kelihatan Hayyan sudah lelap mata sambil sebelah tangan diletak atas dahinya. Masih dalam persalinan baju pengantin.
Sama seperti dia, Hayyan juga mungkin penat. Mana tak penatnya bila lelaki itulah yang uruskan semua wartawan yang ingin menemu bual mereka. Dia lah yang susun ayat, dialah yang tukang bercakap. Wardina hanya diam disisi lelaki itu. Menjadi patung cendana.
Terkubur terus harapannya untuk merahsiakan perkahwinan dari orang ramai. Sudah tentu ada cerita tentang perkahwinan Hayyan di mana mana majalah atau surat khabar. Mestilah muka dia pun akan terpampang sekali. Takkan lah muka Hayyan aje. Itu, lagilah pelik! Kahwin dengan halimunan ke apa.
Melihat tubuh lelaki itu sudah tidak bergerak diatas katil, Wardina mula mencapai bagasinya yang tersedia di bilik itu sebelum mula melangkah ke bilik pakaian.
Satu persatu baju dikeluarkan dan digantung elok dalam almari pakaian yang besar gedabak itu. Punya lah besar sampaikan Wardina rasa boleh tidur dalam tu. Ruang yang Hayyan sediakan ini terlampau besar. Bajunya hanya memakan ruang tak sampai separuh pun. Selebihnya kosong.
Wardina memandang sekilas bajunya yang sudah tersusun cantik sebelum dia menarik pintu almari untuk tutup. Puas hati. Pusing aje belakang, hampir dia nak mencampak bagasinya apabila ternampak tubuh Hayyan yang hanya bertuala itu.
"Terkejutlah!" Wardina mengurut dada sambil memandang tajam wajah Hayyan. Elok pula mamat tu bersandar di laci meja sambil berpeluk tubuh. Mata tak lepas memandang tingkah lakunya.
Wardina sendiri tidak perasan sejak bila Hayyan ada disitu. Ingatkan masih tidur. Tapi tengok air yang menitik dari rambutnya turun ke dahi itu menandakan Hayyan baru lepas mandi.
Tak dengar bunyi air pun! Mandi kambing lah tu.
"Kau tak panas ke?" Soal Hayyan tiba tiba.
"Panas kenapa?"
"Sampai bila kau nak pakai tudung ni? Rimas aku tengok."
Wardina terdiam. Punyalah fokus dia kemas baju sehingga tidak teringat tudung di atas kepala.
YOU ARE READING
Perfectly Imperfect
RomanceHidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus dia tempuhi. Sehinggalah satu kejadian berlaku. Disebabkan hasad dengki kakak sendiri, dirinya dibuan...