19

8.9K 469 12
                                    

Seminggu berlalu setelah peristiwa itu berlaku dan seminggu jugalah tiada dengar apa apa berita dari ayahnya. Wardina hidup macam biasa, ulang alik pergi kelas, buat tugasan dan kalau ada masa lapang dia dan Syuhada akan keluar bersama.

Dia dan Hayyan juga dah lama tidak berhubung. Lelaki itu mungkin sibuk dengan kerjanya dipejabat. Janjinya yang masih berbaki masih tidak dituntut Hayyan. Kalau boleh, Wardina ingin lelaki itu lupa. Mungkin hilang ingatan sekejap. Boleh ke macam tu?

Bukannya apa, lepas apa yang berlaku takkan janji itu berguna lagi?

"Dina!" Wardina berasa lengannya disiku seseorang. Pandang sebelah, Syuhada dah memberi isyarat mata untuk pandang ke depan. Terus berkecai lamunannya sebentar tadi. Sekarang, baru dia sedar yang dia masih berada di dalam kelas dan ketika itu, semua mata memandang ke arahnya.

"You are not paying attention to my class. What's wrong?" Kedengaran Suara Dr Rafia bergema dalam ruangan itu. Wardina telan air liur yang terasa kesat. Pen yang berada dia tangannya terus jatuh ke atas meja.

Gulp!

"Can you answer my questions?" Soal wanita itu lagi. Wardina gigit bibir. Soalan?

Takkan dia nak tanya soalan apa dekat Dr Rafia? Mahunya kena rembat dengan buku setebal kamus dewan dia atas mejanya itu.

"What is the area of C and E based on the graph?" Seakan tahu gadis itu tidak mendengar soalannya tadi, Dr Rafia ulang semula.

Tatkala itu, mata Wardina laju memandang ke arah papan putih yang telah diconteng dengan pen marker hitam dan merah. Melihat graf itu membuat matanya berpinar. Sungguh dia tak suka subjek ini!

"Err... Area C and E is called the deadweight loss. The fall in total surplus that results from a market distortion?" Ragu-ragu dia menjawab. Pengetahuannya dikumpul untuk menjawab soalan itu. Entah betul entah tidak. Bantai ajelah! Setakat itu sahaja pemahamannya.

"Such as?" Soal Dr Rafia lagi membuatkan lidah Wardina kelu. Itu bermaksud, dia tak tahu!

Lama dia berdiam diri, mencari jawapan sendiri. Dia menjeling pada Syuhada, tapi perempuan itu awal awal dah buat muka yang dia juga tak tahu. Cis! Tak guna punya kawan! Dua kali lima dengan dirinya yang tak suka subjek ini.

Kemudian, Wardina ternampak ada satu buku ditolak ke ruang mejanya. Melihat ada satu tangan menconteng di permukaan buku tersebut, membuatkan dia berkerut nipis. Tulisan yang di conteng itu dibaca.

"Tax, Dr?" Jawabnya laju.

Dr Rafia akhirnya mengangguk. "Yes. Correct."

Kemudian, dia kembali mengajar seperti biasa.

Wardina menghembus nafas lega. Fuh! Bergetar lutut bila menerima panahan mata Dr Rafia yang garang itu. Nasib baik dia dapat jawab, kalau tidak agaknya dah kena bebel sekaligus kena denda. Sememangnya Dr Rafia terkenal dengan kegarangannya di kampus itu.

"Thanks!" Bisiknya disebelah. Wajah Zafhan menghiasi pandangannya. Nasib baik lelaki itu sudi memberi jawapan. Dia sendiri tak sedar bila lelaki itu mengambil tempat bersebelahan dengannya. Tak fokus belajar sampai keadaan sekeliling pun dia tak perasaan.

Zafhan sengih.

Sepanjang kelas itu, Wardina dah bersiap sedia. Mana lah tahu pensyarah itu masih hendak menguji tumpuannya tetapi Dr Rafia tidak bertanya soalan mengejut lagi sehinggalah kelas ditamatkan.

"Kau menung apa, Dina? Jarang-jarang kau tak fokus dalam kelas. Lain lah aku. Mata aje kat depan tapi otak aku dah melayang nak makan apa tengahari nanti."

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now