Wardina tersenyum melihat gelagat Qaseh bermain dengan mainannya. Dia yang sedang duduk bersimpuh di atas karpet bulu bulu itu juga turut melayan Qaseh bermain.
Habis terabur semua mainannya di atas karpet. Mulut pula tak henti henti berceloteh. Baru belajar bercakap. Habis segala bahasa alien keluar. Kadang-kadang Wardina sendiri garu kepala kerana tak faham percakapan Qaseh. Tapi comel!
"Qaseh suka lah tu ada orang layan dia main. Dina tak ada kelas ke hari ni?" Soal Erin ketika duduk di sofa ruang tamu tingkat atas.
"Ada, tapi pukul 2 petang Kak Rin." Jawab Wardina. Memang hari rabu dia hanya mempunyai satu kelas. Hari yang paling seronok baginya. Boleh lepak-lepak!
"Dengar cerita Hayyan dengan Dina nak pindah kan? Dah tengok rumah?"
Bila Erin membuka cerita pasal rumah, baru Wardina teringat. Hujung minggu ni mereka akan berpindah ke rumah baru. Seronok tu memang seronok tapi berdebar pun ada juga.
Sudah tentu hanya ada dia dan Hayyan sahaja dirumah itu. Maksudnya dia lah yang bertanggungjawab menguruskan hal rumah. Kemas rumah tu dia tak kisah sangat tapi bab memasak untuk Hayyan tu yang dia kisahkan!
Untung dia reti masak. Tidak lah sebagus Yati tapi boleh lah daripada tak ada. Cumanya dia risau yang Hayyan akan menghakimi masakannya. Yalah, dah bertahun-tahun lelaki itu makan masakan sedap-sedap. Hayyan pula lebih kurang cerewet.
"Hayyan ada bawa Dina tengok haritu. Cantik!" Komen Wardina. Rumah teres dua tingkat itu menerjah fikirannya.
"Nasib baik Dina suka. Sebenarnya rumah tu kosong aje. Perabot pun tak ada. Hayyan beli dah lama tapi tak duduk-duduk. Bila dah ada isteri ni, baru lah seronok nak duduk rumah tu." Ujar Erin. Wardina pula hanya ketawa. Rasa berbesar hati pula!
"Akak dah agak dah masa Hayyan minta tolong cari kan interior designer untuk dia sebelum kahwin. Katanya nak hias rumah dia yang dah lama tak berpenghuni tu. Nak ajak Dina duduk situ lah tu!" Sambung Erin lagi seraya tersengih-sengih.
Automatik Wardina mendongak. Tidak lagi memandang wajah comel Qaseh tapi kini beralih pada wajah Erin. Sekejap. Apa yang Erin cakapkan tadi?
"Sebelum kahwin?" Wardina berkerut melihat anggukan dari Erin.
Maksudnya Hayyan memang dah rancang semuanya dari awal? Sebelum mereka berkahwin lagi lelaki itu sudah berfikir tentang tempat tinggal mereka. Kenyataan itu membuatkan Wardina tercengang sekejap sebelum bibir mengoyak senyum.
Hayyan... Hayyan...
***
Album gambar yang dah terjatuh diatas lantai itu mematikan tingkahnya. Lama dia memandang kosong album itu sebelum meletakan fail yang berada di tangannya ke atas meja. Gara-gara ingin mengambil fail lama inilah album itu terkeluar dari tempatnya.
Perlahan-lahan dia menunduk. Tangan pula mencapai album yang sedikit berhabuk. Menunjukkan betapa lamanya album itu tersimpan dipelosok almari.
Jeda.
Entah kenapa, tangannya tidak lepas dari album itu. Tidak pula dia meletakkan ke tempat asal. Hatinya bagai meronta ingin membuka setiap helaian gambar didalam.
Dia tahu gambar-gambar itu mungkin akan menyakitkan hatinya. Mungkin juga akan membawanya ke masa silam. Tapi dia tetap ingin melihat. Bagai ada sesuatu yang menariknya untuk mentelaah album itu. Kerusi besar yang selalu menjadi tempat dia melakukan kerja diduduki. Lantas album bersaiz kertas A4 itu dibuka.
Azfanizam & Syafida
Tertera dua nama itu di muka surat pertama. Nama dia dan juga isteri keduanya. Air liur ditelan.
YOU ARE READING
Perfectly Imperfect
RomanceHidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus dia tempuhi. Sehinggalah satu kejadian berlaku. Disebabkan hasad dengki kakak sendiri, dirinya dibuan...