7

9.4K 571 20
                                    

Sekejap sahaja masa berlalu dan sekarang, sesi belajar sudah pun bermula. Mereka sampai di kelas tepat pukul 8 pagi. Ingatkan dah lambat, tapi masuk aje kelas, hembus nafas lega bila melihat meja lecturer masih kosong.

"Aku mengantuk." Sesudah mereka mengambil tempat, Syuhada dah melekatkan pipinya pada meja.

Sindrom kelas pagi.

Wardina menggeleng kepala. Syuhada baru sampai malam tadi. Punyalah busy perempuan tu, betul-betul last minute dia datang rumah sewa. Sampaikan barang pun tak kemas habis lagi.

"Kau mandi tak ni? Lemah aje aku tengok."

"Of course lah aku mandi. Aku tak ada semangat. Lagi-lagi subjek first ni aku tak suka. Lepas tu, tak best lah first class dah kena masuk pukul 8 pagi." Rungut Syuhada sambil melelapkan mata.

Wardina ketawa besar tapi masih terkawal. Apabila dia dapat rasakan suasana kelas bertukar senyap, terus pandangannya terhala pada pintu masuk.

"Bangun Syu, lecturer dah masuk!" Bisiknya sambil menyiku perlahan perut gadis itu. Syuhada terus angkat muka seraya mengambil nafas dalam dalam. Cuba menyegarkan dirinya.

***

"That's all for today. See you in the next class." Ujar Dr Rafia dan serentak itu, bising satu kelas. Ada yang mengeliat, ada juga yang bergegas keluar kelas selepas sahaja melihat Dr mengundurkan diri.

"Gila lah, Dina. Biasa first class sesi introduction aje. Ni terus masuk chapter 1!" Kata Syuhada. Hilang terus mengantuknya apabila kelas dah tamat.

Wardina hanya membalas dengan ketawa kecil. Dalam kepala dah disemat supaya jangan mencari pasal dengan Dr Rafia. Tengok dari cara mengajar pun dah tahu garang!

"Apa lagi, Dina? Jomlah!"

"Jom? Pergi mana?" Wardina terpinga-pinga.

"Jalan jalan!"

Syuhada ni, pantang nampak masa lapang, terus nak berjimba. Pada mulanya, dia seperti tidak bersetuju. Tapi bila teringat yang lepas ni mereka tiada kelas, akhirnya dia menurut. Bosan pula duduk dirumah sewa tu.

Pusat beli belah berdekatan dengan universiti menjadi tempat pilihan mereka. Sampai sahaja disana, mereka singgah makan dahulu bagi mengenyangkan perut yang bergendang dari tadi.

"Dina, kau tak boleh solat kan? Aku solat dulu, baru kita jalan." Ujar Syuhada seraya bangun dari duduknya. Wardina angguk.

Makanan dipinggannya baru tinggal separuh. Lain pula dengan pinggan Syuhada yang dah kosong itu. Laju betul perempuan itu makan. Sambil dia menjamah makanan, dia melihat telefon pintarnya.

Namun, tak lama apabila dia dapat merasakan bayang seseorang duduk dihadapannya. Cepat betul Syuhada solat?

"Good to see you again, Pudina."

Hampir tercengang Wardina melihat gerangan itu. Hayyan tersenyum manis sambil selamba mengangkat sebelah tangannya.

Wardina mengeluh. Di mana-mana mesti ada muka mamat ni.

"Tengok muka aku je mesti mengeluh. Muka aku ni membawa bala ke dekat kau?" Hayyan berkata tanpa rasa bersalah. Seperti tidak menganggu ketenteraman gadis itu.

"Kau nak apa?" Geram Wardina bertanya.

Hayyan tersengih seraya meletakkan lengannya di atas meja. Pinggan Syuhada ditolak ketepi.

"Saja nak tegur, tak boleh?"

"Kita bukan siapa siapa. We are not even a friends. Kenapa nak tegur aku?"

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now