70

11.7K 558 28
                                    

Nabella merengus melihat dua orang suruhannya telah rebah. Seorang tidak sedarkan diri seorang lagi meringkuk kesakitan. Badan aje besar tapi tak boleh harap! Untuk apa dia bayar lelaki-lelaki itu kalau tak reti buat kerja?

"Mommy... daddy..."

Hayyan dan Wardina terkedu mendengar suara itu. Tubuh masing-masing kaku.

Ya Allah.

Ini bukan masanya!

Hayyan menoleh. Sekarang ini, semua mata memandang ke arah tangga rumah. Kelihatan Haneef sedang memegang erat palang tangga sambil tangan kanannya memeluk robot mainan hadiah daripada Hayyan.

Wajahnya takut, seakan ingin menangis. Matanya bulatnya itu hanya difokuskan ke arah Hayyan dan Wardina.

"Haneef! Masuk bilik, Haneef!" Jerit Wardina. Dia takkan maafkan dirinya kalau jadi apa-apa pada Haneef.

"Oh, situ kau menyorok?!" Nabella sudah ketawa besar. Ikutkan rancangan asalnya, dia ingin membunuh budak itu dahulu. Tapi dibatalkan niatnya kerana bayang Haneef langsung dia tidak nampak.

Tapi sekarang...

Satu senyuman lebar terukir pada wajahnya. Dia menunduk, melihat pisau ditangan. Pisau yang masih suci, dan tidak tercela dengan mana-mana darah.

"Abang, anak kita abang... tolong. Dina takkan maafkan diri Dina kalau apa apa jadi dekat anak kita..." Wardina meraung disamping suaminya.

Apabila melihat Nabella sudah menapak ingin ke tangga rumah, Hayyan pantas bangun lalu meliru ke arah Nabella yang dah berada 3 anak tangga ke atas. Tanpa buang masa dia terus menolak tubuh itu.

Nabella hilang keseimbangan membuatkan dia tersungkur di atas lantai. Hayyan mengambil masa itu untuk mendekati Haneef. Tubuh anaknya itu dipeluk kejap sebelum dia mengurung Haneef di dalam bilik buat sementara waktu.

"Haneef duduk dalam bilik ya? Don't go out until I call your name, okay?" Pesannya pada Haneef.

"Daddy... I'm scared..." Hujung baju Hayyan dipegang. Ibarat tidak ingin melepaskan daddynya itu pergi.

"Shh... It's going to be okay." Satu ciuman dihadiahkan pada dahi Haneef sebelum dia cepat-cepat mengunci pintu. Dia tiada masa untuk menenagkan Haneef dengan lebih lama kerana hal dibawah masih belum selesai.

Hayyan turun tangga. Namun langkahnya terhenti di tengah jalan apabila dia melihat Nabella yang sedang bangun dari sungkurnya tadi. Kemudian pisau yang terpelanting tadi dicapainya.

Bodoh punya Hayyan! Dia tolak aku macam aku ni sampah! Nabella merengus. Sekarang, hanya satu sahaja sasaran untuk dia puaskan hatinya. Kelibat Wardina dicarinya. Bila dia nampak Wardina keseorangan, bibirnya menyunging sinis.

"Sayang!!!" Hayyan menjerit.

Wardina yang sedang membantu Zafhan berdiri terus mendongak memandang Hayyan yang sedang berlari ke arahnya. Namun, pandangannya terhalang  dengan tubuh sesorang di hadapan matanya.

Zafhan?

Zzuuup!!!

Masing-masing terkedu. Wardina pula membuntangkan matanya apabila tubuh Zafhan layu tersandar pada tubuhnya. Tindakkan refleks, dia memegang tubuh lemah Zafhan.

Apa yang sedang berlaku?

Bila dia dapat dengar bunyi seakan cecair menitik laju di atas lantai, Wardina terus menunduk.

Darah.

Wajahnya berubah. Kerana tidak mampu menampung beban tubuh Zafhan, masing-masing rebah di atas lantai. Wardina melutut sambil memangku kepala lelaki itu. Hayyan yang baru tiba turut melutut di sebelah isterinya. Wajahnya juga terkedu.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now