3

10.2K 603 13
                                    

"Kau okay tak ni?" Soal Syuhada apabila mereka sampai di salah satu restoran di pusat beli belah itu. Wajah masam mencuka Wardina dipandang. Walaupun dia seakan sudah tahu apa yang berlaku.

"Okay. Macam biasalah. Masalah family." Satu keluhan dilepaskan.

"Kak Bella buat hal lagi?"

"Siapa lagi kalau bukan dia? Ayah aku pun sebelahkan Kak Bella. Macam anak dia ada seorang tu aje." Air di atas meja disedut laju dengan muka berkerut.

Syuhada menggeleng kepala. Sudah arif sangat dengan perihal keluarga Wardina. Dia dapat lihat daripada cerita Wardina, yang kasih sayang Tuan Azfanizam makin berkurang terhadap gadis itu. Takkan sebab Wardina anak kepada isteri keduanya yang dah meninggal?

"Sabarlah Dina..." Kata Syuhada simpati.

"Mana nombor telefon tu? Dah dapat dah?" Soal Wardina ingin menukar topik. Cepat-cepat Syuhada menyeluk sesuatu dalam begnya. Telefon dikeluarkan.

"Semalam, aku ada telefon beberapa owner rumah. Tapi semua penuh. Yang lagi satu tu pula, terhad pada lelaki. Aku dah bagi kau lagi 2 nombor. Cuba kau Whatsapp atau telefon." Arah Syuhada.

Wardina mengangguk. Malas dia ingin menelefon, dia hanya menghantar masej sahaja. Bertanya tentang kekosongan rumah.

"Semua ni, dekat dengan university kita kan?" Wardina inginkan kepastian. Susah kalau jauh. Buatnya mereka terlajak tidur, nak berkejar untuk ke kelas leceh.

"Kau jangan risau. Tak sampai 10 minit pun jarak ke universiti kita."

Tiba-tiba, bunyi pesanan ringkas masuk. Masing masing memandang ke telefon. Wardina membaca dengan teliti.

"Alamak, tak ada lah Syu... dah penuh." Dia mengeluh. Begitu juga Syuhada. Lambat sangat ke mereka cari rumah sewa sampai semua dah penuh?

"Kita ada satu nombor lagi kan? Kau telefon terus lah." Kata Syuhada lagi. Mengharapkan nombor terakhir. Tanpa buang masa, Wardina terus menelefon nombor itu.

"Helo, Assalamualaikum." Sapa seseorang dihujung talian. Lembut suaranya.

"Waalaikumusalam. Akak owner rumah sewa D'Rose ke?" Soal Wardina seraya menyebut nama bangunan kecil itu.

"Ya, awak nak menyewa ke?"

"Ya, kak. Ada kosong lagi tak? Untuk dua orang?"

Senyap dihujung talian. Wardina hanya menunggu. Mungkin perempuan itu sedang menyemak kekosongan.

"Ada, awak. Ada lagi 3 kosong. Awak jadi nak menyewa?"

Dengar sahaja perkataan itu, Wardina terus tersengih. Syuhada pula terpinga-pinga memandangnya. Tidak tahu apa yang sedang mereka bualkan.

"Boleh kak. Nanti akak whatsapp detail okay? Thank you." Kata Wardina seraya menutup talian.

"Macam mana? Ada ke?" Soal Syuhada.

"Ada, Syu. Nasib baik. Kalau tidak berulang lah kita dari rumah."

Masing-masing menunjukkan wajah lega.

"Settle satu masalah. Kau bila nak berhenti kerja? Tak sampai dua minggu kita nak masuk dah." Soal Syuhada tertanya-tanya.

"Minggu ni aku last kerja. Sedih pula nak berpisah dengan dia orang." Suaranya mengendur.

"Eleh, tak payah nak sedih sangat. Bukan ke setiap cuti sem kau kerja situ?" Menyampah pula Syuhada melihat Wardina yang dah tersengih itu. Sajalah tu nak buat cerita sedih.

"Kau dah cakap dengan ayah kau?" Soalan Syuhahada membuatkan Wardina terdiam sekejap.

"Belum. Entah-entah dia pun tak tahu aku nak masuk belajar dah. Malam nanti aku cakap lah." Balasnya malas.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now