Selesai mengaminkan doa, Wardina duduk berteleku di atas sejadah sekejap. Kemudian, telekung dibuka dan dilipat kemas. Sejadah pula digantung.
Jam sudah menunjukkan pukul 8.45 malam. Bayang Hayyan masih dia tidak nampak. Semenjak petang tadi, Hayyan menyuruhnya duduk di dalam bilik. Jangan keluar selagi dia tidak suruh. Katanya ada lagi kejutan yang ingin diberi dan kalau perlukan apa-apa, hanya panggil aje namanya. Wardina pula hanya menurut.
Seperti yang dijanjikan, lepas sahaja solat isyak, dia mula bersiap. Kotak putih yang terletak di atas katil dibuka sebelum bibirnya mengorak senyum. Baju yang Hayyan titipkan buatnya dikeluarkan. Entah bila lah Hayyan sediakan semua ini, dia juga tak tak tahu.
Hepburn dress lengan pendek itu dipandang lama. Baju itu tidak lah seksi mana tapi dengan imejnya yang bertudung, memang tidak sesuai untuk dipakai diluar. Nasib baik Hayyan kata kejutan itu hanya didalam rumah. Jadi, tak adalah dia kisah sangat. Tak ada siapa-siapa pun yang ada dalam rumah baru mereka ini kecuali dia dan Hayyan.
Okaylah ni daripada Hayyan menyuruhnya pakai chemise. Lagi mampus. Memang tak keluar bilik lah jawabnya.
Siap menyalin pakaian, Wardina mula mendandan rambutnya pula. Separuh rambut bahagian atasnya diikat longgar kebelakang manakala selebihnya hanya dibiarkan lepas melepasi bahu. Minyak wangi yang terselit di dalam kotak itu juga ambil dan disembur. Wangi! Pandai Hayyan pilih.
"Sayang, dah siap ke?"
Kedengaran pintu bilik diketuk bersama dengan satu suara memanggilnya lembut. Tak lain tak bukan, Hayyan lah tu. Wardina mengemaskan pakaiannya sebelum dia membuka pintu bilik. Gementar pula dia rasakan.
"Dah." Satu sengihan dihadiahkan buat lelaki itu.
"As I said before, you look so beautiful in white, sweetheart." Hayyan senyum. Terkesima sekejap dia melihat isterinya tatkala itu. Dada, mula berdegup laju. Lantas, tangan Wardina dicapai kemudian dikucup lama.
Dia suka perasaan ini.
Perasaan yang dia rasakan setiap kali berhadapan dengan isterinya dan Hayyan berharap agar rasa ini tetap ada sehingga akhir hayatnya.
Wardina menunduk malu. Hayyan nampak sangat kacak pada malam itu. Ah, bila aje lelaki ini tak kacak? Pakaiannya ringkas. Kemeja putih yang dimasukkan ke dalam seluar jeans hitamnya. Tiga butang atas kemeja dibiarkan terbuka. Menampakkan lagi gaya kasual tetapi masih lagi kemas.
"So, ready for the second surprise?" Hayyan menghulur lengannya ke arah Wardina. Tanpa menunggu, dia terus memaut lengan itu dengan senyuman yang mekar dibibir.
"I'm ready."
Mereka berjalan seiring menuruni satu persatu anak tangga. Persekitaran yang sedikit gelap membuatkan Wardina melangkah dengan berhati-hati. Nasib baiklah dress nya ini berada di paras betis. Tidak langsung menganggu langkahnya.
Tiba di tingkat bawah, Wardina dapat dengar sayup-sayup bunyi violin berkumandang. Tidak pasti apa tajuknya, tetapi muzik itu sedap didengar. Lagi menambahkan mood romantis mereka.
Langkah Hayyan masih tidak berhenti. Membuatkan Wardina tertanya tanya. Kemana Hayyan ingin membawanya? Kata kejutan itu hanya dibuat didalam rumah. Buatnya Hayyan start enjin tiba-tiba, gelabah dia masuk rumah semula untuk tukar baju tadi. Memang tak lah dia ingin keluar dengan baju seperti ini!
Bila nampak langkah Hayyan belok ke kanan, Wardina hembus nafas lega. Bertentangan dengan pintu masuk rumah. Ini bermaksud destinasi lelaki itu ke belakang rumah mereka. Wardina sendiri tak pasti. Dia tak sempat nak tawaf lagi rumah besar ini semenjak dia sampai ke sini.
YOU ARE READING
Perfectly Imperfect
RomanceHidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus dia tempuhi. Sehinggalah satu kejadian berlaku. Disebabkan hasad dengki kakak sendiri, dirinya dibuan...