Dia ingatkan, Kak Erin ingin menghantarnya terus ke rumah. Tapi bila melihat ke mana arah tuju kereta itu, Wardina jadi panik. Lagi dia tak senang duduk apabila kereta itu masuk ke dalam perkarangan sebuah rumah.
"Kak Rin, rumah siapa ni?" Soal Wardina sambil menghalakan pandangan ke luar tingkap.
Perkarangan rumah yang sangat besar. Di tengah tengah pula ada air pancut buatan sederhana besar. Sesuailah kalau nak tangkap gambar ala ala tengah melancong. Kelihatan kereta yang dibawa Erin, mengelilingi separuh bulatan air pancut itu sebelum keretanya diparkir dalam garaj.
"Rumah family Kak Rin. Saja nak suruh Dina makanan tengahari dulu dekat sini." Selamba Erin berkata sambil menanggalkan tali pinggang keledarnya.
Sementara disebelah, Wardina sudah menggelabah.
"Makan? Dekat rumah ni? Tak apa Kak Rin. Dina dah beli barang dapur dah. Dina boleh masak. Lagipun, susahkan Kak Rin aje." Dia menolak dengan baik. Tak nak melukakan hati wanita itu.
"Ya Allah, susah apanya Dina? Makan aje pun."
Wardina menggigit bibir bawahnya. Bukan itu yang dia maksudkan. Sebenarnya dia tak selesa. Sudahlah dia orang luar. Tiba-tiba nak makan sekali dengan keluarga Erin. Bukan ke pelik tu?
Tambahan pula, dia risaukan yang lagi seorang itu. Siapa lagi kalau bukan Hayyan? Baru semalam dia berjanji pada diri sendiri untuk sedaya upaya mengelak daripada lelaki itu, tetapi hari ni? Dia sendiri yang dah selangkah ke arah Hayyan.
Tak lama selepas itu, kedengaran cermin kereta diketuk. Entah macam mana dia boleh mengelamun sampai tak sedar Erin dah keluar daripada kereta. Nak tak nak, Wardina juga keluar dari situ.
"Kak Rin, Dina balik dulu lah. Tak apa, Dina boleh naik teksi atau grab car. Kak Rin tak perlu hantar Dina." Sekali lagi, dia cuba untuk lari, sementara masih ada masa.
"Eh... jangan lah macam tu. Tak baik tau tolak rezeki. Akak memang nak hantar Dina balik, tapi sebelum tu kita makan tengahari dulu. Jom. Dah lama akak tak ajak orang datang rumah." Ceria Nada suara Erin seakan akan gembira dengan kedatangan Wardina. Walaupun dia yang memaksa.
Tidak dapat Wardina ingin lari apabila tangannya sudah ditarik Erin menuju ke pintu masuk rumah. Terkebil-kebil dia memandang rumah bunglo moden 3 tingkat yang tersergam indah depan mata. Melihat pintu masuk yang ibarat istana itu pun dah membuatkan perutnya kecut.
Wardina hanya membuntuti Erin. Ke kanan Erin pergi, maka ke kanan lah dia. Kalau Erin berhenti, dia juga berhenti tanpa banyak soal. Sehinggalah sekarang, mereka sudah berada di dalam rumah.
Ruang tamu yang sangat luas itu diperhati sekejap sebelum pandangannya jatuh pada wajah seorang wanita tua yang berada tidak jauh daripadanya, sedang duduk di meja makan. Wanita itu kelihatan anggun berjubah. Rambutnya yang sedikit beruban disanggul rapi, menyerlahkan keserian di wajah tua itu.
Apabila nampak mereka sudah menghampiri meja makan, wanita tua itu mengangkat muka.
"Nenek, kenalkan ini Wardina." Ujar Erin kepada Hajah Fatima. Raut wajah Wardina dipandang lama.
"Budak ni tak boleh kenalkan diri sendiri ke?"
Zup!
Walaupun kata-kata itu diucap tanpa memandang ke arahnya, tetapi Wardina rasa seperti hendak terkucil sekarang ni. Perlian itu manusuk ke dalam hati.
"Assalamualaikum, saya Wardina Nayla." Wardina mula memperkenalkan dirinya. Dia sendiri tidak tahu nak menggelarkan wanita itu sebagai apa. Kalau dia sebut nenek, takut juga wanita itu membalas 'siapa nenek kau?' Haa, ada yang balik rumah jalan kaki nanti.
YOU ARE READING
Perfectly Imperfect
RomanceHidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus dia tempuhi. Sehinggalah satu kejadian berlaku. Disebabkan hasad dengki kakak sendiri, dirinya dibuan...