Wardina hanya memandang gelagat ibu dan ayahnya bermain dengan Haneef. Boleh nampak dari hujung mata mereka seakan basah. Mungkin rasa sebak dengan kehadiran tiba-tiba dia di sini. Mungkin juga dengan munculnya budak kecil yang berstatus cucu mereka.
Sejujurnya, sejak balik Malaysia Wardina memang dah rancang untuk berjumpa dengan ahli keluarganya. Menjelaskan semua tanda tanya yang berkumpul di minda orang tuanya itu. Sampai bila dia nak sorokkan? Tiada guna lagi bila Hayyan sudah pun tahu cerita sebenar.
Dan sekarang, dia rasa lega apabila dia dah ceritakan semuanya.
Haneef pula nampaknya sangat selesa. Ketawa tak henti-henti dari tadi. Seronok lah tu ada orang layan dia bermain. Untuk itu, Wardina dah bersyukur. Perkara yang paling dia risaukan dah selesai.
Dari jauh, kelihatan Puan Kirana berjalan menuju ke arah gazebo rumah. Tempat mereka minum petang bersama sambil menikmati cuaca yang redup. Satu senyuman dihadiahkan apabila wanita itu mengambil tempat disebelah.
"Ibu happy Dina balik Malaysia for good." Ucap Puan Kirana sebelum menggenggam tangannya.
"Dina pun happy dapat jumpa ibu dengan ayah." Sekali lagi dia senyum. Masing masing meluruskan pandangan melihat Tuan Azfanizam mendukung Haneef. Mereka juga turut mengambil tempat di gazebo.
"Aktif betul anak kamu ni Dina. Letih ayah nak melayan." Peluh didahi dikesat membuatkan masing-masing ketawa. Nampak wajah kepenatan terhias di wajah itu.
"Dia suka lah tu dapat jumpa atuk dengan nenek dia! Kan Haneef?"
Haneef mengangguk laju seraya menyuap sendiri kek yang dihidang Mak Su sebentar tadi. Cheese cake kegemarannya.
Tuan Azfanizam tersenyum sebelum tangannya naik menyelak rambut Haneef kebelakang. Sejuk hatinya melihat cucunya itu. Wajah putih kemerahan itu diusap lembut.
Terkejut, memanglah terkejut bila dapat tahu cerita sebenar. Lagi-lagi bila dapat cucu ekspress macam ni. Tapi, dia bersyukur. Sekurang-kurangnya, ada pengikat kasih diantara Wardina dan juga Hayyan.
Tidak lupa juga semasa dia dapat tahu anaknya itu belum sempat diapa-apakan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa bersyukurnya dia rasakan. Cukuplah Wardina menderita dengan apa yang dia dah lakukan dahulu. Sekarang, dia cuma ingin anaknya bahagia.
"Nabella mana?"
Masing-masing terdiam mendengar nama itu. Berubah terus wajah Puan Kirana dan juga Tuan Azfanizam membuatkan Wardina hanya memandang pelik.
"Entah lah. Ayah pun tak tahu." Balas Tuan Azfanizam dingin. Acuh tak acuh. Wajahnya seakan meluat dengan nama itu. Pantas dia larikan anak mata memandang ke tempat lain.
Pelik. Wajah Puan Kirana pula menjadi tatapannya kini, mengharapkan balasan. Namun riak wajah itu juga sama.
"Dia dah pergi lari rumah lepas kena tangkap masuk bilik Hayyan. Dah bertahun dah dia tak tunjuk muka. Ibu dengan ayah pun malas nak ambil tahu. Kalau dia nak pengampunan daripada kami, dia akan datang sendiri." Balas Puan Kirana pula.
Hampir tercengang Wardina ketika itu.
"Ke-kena tangkap?" Apa yang dah jadi selama dia dekat luar negara ni?
Kedengaran satu keluhan daripada Puan Kirana. Nak ingat balik, buat sakit hati.
"Bella masuk bilik Hayyan masa laki kamu tu tidur sini. Masa tu Hayyan sakit kepala." Dia mula bercerita.
Wardina telan liur. Takkan lah Hayyan dirogol?
"Nasib baik Hayyan separuh sedar. Bergaduh besar malam tu dan masa tu juga lah perangai sebenar Bella tu muncul. Ingat dah berubah! Rupanya masih sama!"
YOU ARE READING
Perfectly Imperfect
RomanceHidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus dia tempuhi. Sehinggalah satu kejadian berlaku. Disebabkan hasad dengki kakak sendiri, dirinya dibuan...