4

9.3K 597 5
                                    

Hari ini sudah tiba. Hari dimana dia akan berpindah rumah. Pindah rumah lah sangat. Padahal dia cuma pindah ke rumah sewa untuk masuk belajar sahaja.

Dua bagasi di letak dihadapan pintu. Tidak lupa juga bantal berbentuk gajahnya yang duduk menonggeng diatas beg tersebut. Mana boleh tinggal. Tak lena tidurnya nanti.

Rumahnya sudah kosong. Ahli keluarganya yang lain sudah berangkat ke Terengganu awal pagi lagi. Hanya tinggal Mak Su sahaja yang setia berdiri tepi pintu menemaninya.

"Sikitnya barang kamu bawa Dina. Cukup ke ni?" Ujar Mak Su risau.

"Cukuplah ni Mak Su. Bagi Dina, ini pun dah banyak." Dua bagasi, satu beg besar ikea yang dia sempat capai dalam kabinet dapur dan satu beg laptop yang tersarung ditubuhnya.

"Makanan-makanan tak ada? Nanti tengah malam lapar, nak makan apa?" Soal Mak Su lagi.

"Kalau yang itu, dekat sana nanti Dina belilah. Lagipun Syuhada ada kereta. Senanglah nak pergi mana mana."

"Hmm... kalau macam tu okay lah. Mak Su ni bukannya apa. Risau. Kamu jauh." Berkerut wajah Mak Su memandang gadis itu. Gadis yang dia dah anggap seperti anak sendiri.

Wardina menguntum senyum. Mak Su orang yang dia paling sayang selepas arwah uminya. Wanita tua itulah yang banyak memberi semangat padanya tiap kali dia rasa terbuang oleh keluarga sendiri.

Tubuh Mak Su dipeluk erat.

"Terima kasih Mak Su. Dina sayang Mak Su." Ucapnya. Tangan tua itu diraih lalu dicium.

"Mak Su pun sayang Dina. Sabar ya." Pesannya. Wardina tersenyum, mengerti dengan pesanan itu.

"Dah, jom lah kita gerak." Ali, pemandu bapanya itu muncul didepan pintu. Segala barang Wardina sudah dimasukkan ke dalam kereta.

"Dina pergi dulu Mak Su." Ucapnya seraya masuk ke dalam perut kereta. Begitu juga dengan Ali. Tanpa buang masa, kereta itu terus keluar dari perkarangan rumah.

Hampir dua jam perjalanan, kereta Toyota X70 itu berhenti betul betul di hadapan sebuah bangunan kecil yang kelihatan baru. Di pintu masuk pagar, terdapat satu papan tanda cantik yang terukir nama bangunan tersebut. D'rose.

Wardina turun dari kereta. Tudungnya yang senget dibetulkan sekajap sambil itu, mukanya mendongak sedikit memandang tempat yang bakal dia duduki.

Bangunan lebar yang hanya ada 2 tingkat. Sekali tengok dah macam bangunan asrama tapi versi kecil dan baru.

Cantik! Pujinya.

Perkarangan bangunan itu juga lapang. Mungkin untuk memudahkan penghuni untuk meletakkan kenderaan masing masing. Beberapa kereta yang tersidai menunjukkan bangunan itu berpenghuni.

"Cik Wardina, barang barang saya dah keluarkan. Marilah saya letak dalam rumah." Pelawa Ali.

"Sekejap eh. Kita tunggu owner rumah sekejap. Dia kata tadi dia nak sampai dah." Wardina memeriksa sekali lagi telefon pintarnya.

"Yang itu kut." Kata Ali pula apabila ternampak sebuah Honda Accord turut parkir disebelah keretanya.

Seorang wanita turun dari kereta. Serentak itu, satu senyuman manis ditayang.

"Wardina ya?" Katanya lembut.  Wardina hanya mengangguk. Terkesima dengan kecantikkan wanita itu. Ini ke perempuan yang dia selalu hubungi itu? Jauh dari sangkaannya. Melihat kereta yang dipakai, menunjukkan dia bukan orang biasa.

"Sayalah Kak Erin yang awak selalu contact tu." Sekali lagi dia senyum. Tangan dihulurkan untuk bersalaman.

"Oh ya. Saya Wardina." Dia turut membalas senyuman.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now