Uhuk! Uhuk!
Jus tembikai terus dihirup bagi melegakan tekak yang terasa pahit. Nasib baik ketika itu dia dah habis makan. Kalau dia masih mengunyah, agaknya dah tersembur depan Hayyan.
"Apa dia?" Wardina berkerut. Agaknya telinga dia ni dah tak betul sebab dengar benda bukan bukan.
"Let's get married." Hayyan mengulang dengan wajah selambanya.
Wardina pula terdiam. Cuba mentafsir ayat yang di dengarinya tadi.
"Kau cakap apa ni, Hayyan?" Gila ke lelaki ini? Tertelan ubat nyamuk ke apa.
"Aku ajak kau kahwin, Pudina." Kali ni, dia menggunakan bahasa yang lebih mudah difahami. Kalau tak faham juga, tak tahu lah. Nak dia keluarkan bahasa afrika pula ke?
"Kau ajak aku kahwin macam nak ajak main basikal." Wardina menjulingkan mata ke atas. Malas ingin melayan. Hayyan ni, bukan boleh percaya sangat. Ada aje akal terencat dia tu nak main-mainkan orang. Dah arif sangat dengan perangai lelaki ni.
"Jomlah. Besok aku free." Saja Wardina membalas tanpa perasaan. Layankan sahaja permainan Hayyan.
"Seriously?" Hayyan terkejut.
"Gila ke? Aku main-main ajelah." Balas Wardina apabila melihat muka teruja lelaki itu. Teruja nak kahwin dengan dia ke apa?
"Tapi aku serius. I'm deadly serious." Wajah Hayyan bertukar serius membuatkan tubuh Wardina mengeras. Mata tajam lelaki itu melekat padanya. Melihat wajah beku itu menandakan Hayyan tidak main-main. Air liur ditelan kesat.
"Ka-kahwin dengan aku?" soal Wardina polos. Hayyan menangguk.
"Tak nak." Tanpa berfikir, pantas dia menjawab. Kalau berfikir pun sudah tentu dia akan jawab perkara yang sama.
"Kenapa?"
Wardina mengeluh.
"Kau sedar tak apa yang kau cakap ni Hayyan? Kau ajak sembarangan orang kahwin dengan kau. Kau tahu tak kahwin tu bukan benda main-main. Ia melibatkan masa depan aku. Masa depan kau." Wardina mula ingin membebel. Tidak faham dengan pemikiran lelaki itu yang tiba-tiba mengajaknya kahwin.
"Aku tak kisah pasal tu." Balas Hayyan selamba.
"Kenapa kau nak kahwin dengan aku? We're not even dating." Kali ini, tajam pandangan yang dilempar Wardina. Entah-entah lelaki ini ada niat yang tak baik.
Hayyan tersenyum nipis. Dia dah agak dengan soalan dan reaksi yang diberi oleh gadis itu.
"Kau tahu kan nenek akan cari jodoh untuk aku sampai dia puas hati. Sampai dia yakin yang aku akan berkahwin."
Wardina tidak mengangguk mahupun menggeleng. Sebaliknya dia menunggu lelaki itu menghabiskan bicara. Tentang Hajah Fatima? Dia tahu tentang itu.
"I'm looking a perfect woman to be live with." ujar Hayyan.
Wanita sempurna? Itulah apa yang Yati dan Yasmin bercerita kepadanya tempoh hari. Semasa menyambut hari jadi Qaseh. Ternyata betul sangkaan mereka berdua. Dah kalau itu yang Hayyan cari, jadi senang sahaja jawapannya.
"It's too bad. Aku tak perfect. Kau boleh cari orang lain."
"Yes. You right. Kau tak adalah perfect mana pun. Jauh dari sempurna. But you suits my criteria." Hayyan nekad. Kalau tadi dia ragu-ragu, sekarang dia dah pasti dengan keputusannya kali ini. Kata-kata Faleeq bermain difikirannya saat itu. Betul juga, dia kena cari cara supaya Hajah Fatima tidak lagi masuk campur atas urusan jodohnya. Dan ini adalah cara yang dirasakan terbaik.
YOU ARE READING
Perfectly Imperfect
RomanceHidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus dia tempuhi. Sehinggalah satu kejadian berlaku. Disebabkan hasad dengki kakak sendiri, dirinya dibuan...