45

10.6K 607 77
                                    

Pejam celik dah hampir dua bulan semenjak Tuan Azfanizam masuk hospital. Dalam tempoh itu, berkali-kali jugalah ayahnya pergi rawatan fisioterapi. Wajib! Kadang-kadang dia dan Hayyan yang teman. Kadang kadang hanya Puan Kirana bersama dengan Ali.

Keaadaan ayahnya boleh sembuh. Cuma makan masa. Mereka akan selalu doakan yang terbaik.

Cerita pasal Ali, pemandu ayahnya. Tak dapat dibalas kebaikkan lelaki itu. Sepanjang ayahnya sakit, Ali lah yang rajin membantu. Tak merungut langsung! Wardina tersenyum mengenangkan perkara itu. Dalam hati mengucap rasa syukur.

Sekurang-kurangnya dia tak ada lah risau akan Puan Kirana menguruskan ayahnya seorang diri. Nak harapkan Nabella, entahlah. Macam tak ada fungsi aje perempuan tu.

Kebelakangan ni, masa dia pun terbatas kerana dah masuk minggu final exam. Dan lepas tu, freedom! Habis lah riwayat degree nya. Yang tinggal hanya internship dan selepas itu cari kerja!

"Hah, mengelamun!"

Terhinjut bahu Wardina dengan sergahan itu. Hilang terus lamunannya sebentar tadi. Wajah tersengih Syuhada dipandang geram.

"Syu, ini library tau, bukan bilik karaoke!" Ujarnya separa berbisik.

"Hehe. Aku tahu lah." Kerusi dihadapan Wardina ditarik. Tak lama selepas Syuhada tiba, Nara dan Zafhan juga muncul.

"Dah lama lah kita tak berkumpul macam ni. Seronoknya!" Nara pula menjerit riang. Wardina picit dahi. Memang semua kawan-kawan dia tertelan mikrofon agaknya.

Melihat sekeliling, tidak ada ramai orang di ruangan itu. Mungkin sudah petang. Pelajar pula dah balik. Nasib baik. Tak ada lah mereka kena jeling macam nak tercabut anak mata kerana buat bising dalam perpustakaan.

"Tak lama lagi kita nak habis degree. Apa plan kau orang?" Syuhada bertanya. Rasa teruja tapi pada masa yang sama sedih nak tinggalkan fasa ini.

"Intern... kerja." Zafhan menjawab mudah.

"Kahwin." Nara angkat tangan. Masing-masing dah tercengang dengan jawapan selamba itu.

"Relaks! Aku gurau lah. Hahahaha. Macam Zafhan juga, cari kerja." Jujur Nara. Lucu melihat wajah rakan-rakannya bagai tertelan cicak.

Syuhada mengangguk. Kalau tanya dia pun, sama juga. Mestilah kerja.

"Kau Dina?" Soalnya.

"Aku? Samalah. Kerja. Takkan nak tanam anggur."

"Eleh... kalau aku jadi kau, aku rela tanam anggur belakang rumah walaupun tak jadi-jadi. Kau dah kahwin. Dapat suami kaya pula tu. Nak risau apa lagi." Syuhada dah membuat mimik muka sedih. Saja bergurau.

"Eh, Hayyan bagi ke kau kerja Dina?" Soal Nara pula. Soalan itu membuatkan Wardina terdiam.

"Err... kena minta izin juga ke?" Wardina senyum janggal.

"Mestilah!" Tak semena-mena Syuhada dan Nara berkata serentak. Kemudian masing-masing ketawa.

"Kalau Zafhan, aku memang dah tahu dah. Mesti dia akan kerja dekat company ayah dia. Betul tak Han?" Syuhada pandang wajah Zafhan yang menjadi pendengar setia mereka.

Zafhan senyum meleret.

"I have to. Kalau tak nak kena belasah dengan ayah aku." Jawabnya kemudian tersengih.

"Nanti kalau masing-masing dah sibuk dengan hal sendiri, jangan lah lupa kawan. Rajin-rajin lah contact." Nara dah keluarkan kata-kata wasiatnya.

"Betul. Terutama sekali kau Dina." Sambung Syuhada.

"Eh, kenapa aku pulak?"

"Mana tahu kau dah busy jaga anak-anak sampai lupa kawan sendiri." Selamba Syuhada membalas. Membuatkan Wardina termalu sendiri.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now