73

12K 663 43
                                    

"Dah siap dah?" Hayyan menjenguk disebalik almari bilik pakaiannya. Wajah Wardina yang berada di pantulan cermin besar itu dipandang. Sedang ralit membetulkan tudungnya dengan wajah yang masam mencuka.

Sejak dari pagi tadi, mulut comel itu tak bercakap langsung. Hanya pada Hayyan. Dengan ahli keluarganya yang lain, bercakap pula. Dan dari situ, Hayyan tahu yang Wardina marahkan dirinya.

Wajah Hayyan dipandang geram. Eee! Buat muka selamba pula. Hari ni, hari jadinya. Dah lah lelaki itu tak bagi dia keluar dengan kawan-kawannya. Lepas tu, heret dia sekali dalam event syarikat! bukannya Hayyan tak tahu yang dia ni tak suka hadir dalam benda benda korporat macam tu. Buat penat aje dia tidur lambat semalam. Mengharapkan Hayyan adalah membuat kejutan ataupun apa apa lah! Tapi satu pun tak ada! Hayyan boleh pula tidur awal tanpa mempedulikan dirinya.

"I'm done!" Wardina pusing. Menghadap Hayyan yang sedang bersandar pada meja kaca yang menempatkan tali leher dan koleksi jam tangannya. Dari tadi lelaki itu memandangnya bersiap.

Ya, dia tahulah dah lambat.

"Hmm... you look so gorgeous." Komen Hayyan sambil meneliti penampilan Wardina.

Nak ambil hati aku lah tu. Entah kenapa Wardina tidak rasa apa apa dengan pujian itu.

"Abang, Dina cakap awal-awal. Dina tak berapa selesa dengan event korporat abang tu. Kalau tak tahan sangat, Dina nak balik. Naik teksi pun tak apa." Ucapnya sambil membuntuti langkah Hayyan di belakang.

Lebih baik dia cakap awal-awal sebelum tiba-tiba dia lesap tanpa khabar berita. Bila sampai sana, Hayyan semestinya berbual dengan rakan perniagaannya yang lain. Lepas tu tinggalkan dia terkontang-kanting seorang diri.

"Don't worry. Kali ni, tak ramai orang pun yang hadir. It just a small event." Bicara Hayyan seakan ingin menenangkan isterinya.

Wardina diam. Dia harap Hayyan tak menipunya. Huh, dia dah boleh bayangkan betapa bosan hidupnya nanti.

***

Small event kepala otak!

Kan dah agak! Ballroom itu Wardina pandang tak puas hati.

Bayang Hayyan langsung tak kelihatan! Di ruangan ini penuh dengan lelaki berpakaian formal dengan blazer hitam yang tersarung ditubuh. Perempun juga sama. Semunya sedang bercakap antara satu sama lain. Mungkin ada yang berbual kosong, mungkin juga ada yang berbual tentang perniagaan.

Wardina hanya berdiri tegak di penjuru ruang tersebut. Clutch bag digenggam kuat. Janggal berseorangan di tempat yang asing baginya.

Agak susah dia ingin mengecam Hayyan. Begitu ramai lelaki yang memakai blazer hitam disekelilingnya. Wardina mengeluh. Sudahnya, dia terus berlalu, mengambil tempat diruang makan.

Sambung makan, lagi bagus!

Sedang elok dia menjamah makanan yang terhidang, tiba-tiba kerusi dihadapannya ditarik. Terus terhenti aktivitinya tatkala itu. Kepala segera didongakkan.

"Hi, can I sit here?" Soal lelaki itu ramah. Wardina tersenyum sebelum menjulingkan matanya ke atas.

"Duduk lah Faleeq. Bangunan ni bukannya I punya. You duduklah mana-mana you nak duduk." Ingat mamat hensem mana nak mengoratnya tadi.

Faleeq ketawa. Terus dia melabuhkan punggugnnya disitu.

"You bosan?" Soalnya ramah.

"Sangat! I tak tahulah macam mana korang tak rimas dengan event-event macam ni. Kiri kanan depan belakang, asyik cakap pasal business aje." Adu Wardina.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now