63

15.3K 809 38
                                    

Hayyan buka mata. Terasa silau matanya saat itu sehinggakan dahinya berkerut nipis. Keluhan dilepaskan. Entah kenapa dia rasa letih. Tapi letihnya itu tidak seteruk semalam. Syukur kerana demamnya dah kebah. Tanpa buang masa, dia menoleh ke sebelah.

Kosong.

Tubuh Wardina tidak lagi kelihatan disitu.

Dia tahu, semalam Wardina  berada disebelahnya. Lebih tepat lagi dalam rangkulannya. Hayyan masih ingat kerana semasa dia tersedar pada pukul 4 pagi, wajah lena Wardina betul betul dihadapannya.

Dia yakin itu bukan mimpi. Wajah lena Wardina semalam masih segar diingatannya. Memikirkan itu, bibir Hayyan mengukir senyum pendek. Ikutkan hati, dia tak nak lelapkan mata sepanjang malam. Dia ingin terusan memandang wajah cantik isterinya tapi sayang, tubuhnya terlalu letih.

Selesai mandi, Hayyan turun ke bawah dengan hanya bertuala. Disebabkan dia tidak membawa baju lebih, dia tiada pakaian untuk ditukar. Kaki dihayun ke suatu tempat. Kelihatan tubuh Wardina sedang kehulu ke hilir didapur. Betapa fokusnya menyiapkan sarapan pagi sehingga tidak perasan bayangnya disitu.

Hayyan memeluk tubuh lantas dia sandar pada sisi muka pintu dapur. Bersama senyuman yang tidak lekang dibibirnya, mata tidak lepas memandang setiap tindak tanduk Wardina. Sekali sekala dia ketawa dengan kecuaian wanita itu.

Cuai pun comel.

Alangkah bahagianya kalau ini yang dia akan lihat setiap pagi.

Macam dulu.

"Ehem!" Hayyan membuat keputusan untuk bersuara membuatkan Wardina terus menoleh ke belakang. Hampir terkeluar biji matanya melihat tubuh badan Hayyan yang terdedah, lantas dia memandang kehadapan semula. Darah mula naik ke pipi.

Patutnya, Hayyan yang rasa malu sebab separuh bogel dalam rumahnya. Tapi kini, wajahnya pula yang membahang!

Masalahnya, bukannya dia tak pernah tengok!

"Haneef tak bangun lagi." Tanpa ditanya, Wardina berkata tenang. Hayyan yang mendengar hanya mengangguk kecil. Mata, masih memandang isterinya tanpa jemu. Redup pandangannya tatkala itu.

Tak lama selepas itu, Wardina pusing bersama tangannya memegang semangkuk nasi goreng yang baru disenduk dari kuali. Masih panas! Aromanya cukup membuat dia sendiri rasa terliur. Tanpa memandang Hayyan, dia terus melangkah ke depan lalu meletakkan mangkuk itu dimeja makan.

Hayyan turut mengikuti langkah Wardina. Kemudian, dia melabuhkan punggung di kerusi.

"Yang tak pakai baju ni kenapa?" Soal Wardina. Seronok pula lelaki ini bertuala dihadapannya dari tadi. Dah macam buat free show.

"Saya tak ada baju tukar. Geli nak pakai baju semalam." Selamba Hayyan menjawab. Jujur. Sudahlah semalam seharian dia memakai baju kerjanya itu.

Wardina mengeluh perlahan. Betul juga. Takkan lah dia nak bagi Hayyan pinjam bajunya pula. Tak muat satu hal, pelik pun satu hal!

Habis tu, takkan nak macam ini aje?

Tak lama selepas itu, Wardina seakan teringat sesuatu. Membesar sedikit matanya tatkala itu.

"Saya cari baju yang boleh dipakai sekejap." Ucapnya sebelum menaiki tangga menuju kebilik ditingkat atas.

Pintu almari besar itu dibuka satu persatu. Mencari pakaian yang dia fikirkan tadi. Rasanya dia ada simpan lagi dan dia sempat bawa balik Malaysia. Dia yakin. Cumanya, dia tak pasti dimana baju itu.

Cari punya cari, akhirnya jumpa! Tersorok di bahagian bawah laci almarinya. Lipatan baju dan seluar itu dibawa keluar. Kemudian, dibelek belek. Membayangkan padanan tubuh Hayyan dan baju itu.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now