21

8.6K 475 19
                                    

Syuhada berpeluk tubuh melihat Wardina yang dari semalam berselubung atas katil. Statik dekat situ dan kalau bergerak pun hanya untuk mandi dan solat. Makan? Jangan haraplah gadis itu nak.

Lepas apa yang berlaku takkan lah dia ada selera makan lagi kan?

Semenjak semalam Wardina jadi murung. Balik sahaja dari rumah ayahnya terus dia berkurung dalam bilik sambil menangis sepuas hati. Syuhada pula tidak mahu kacau. Dia mahu berikan ruang untuk gadis itu. Dia hanya masuk ke dalam bilik mereka sekadar ingin meninjau keadaan Wardina sahaja dan selebihnya dia akan buang masa di ruang tamu dan bilik Kaira.

"Dina, bangun. Sampai bila kau nak hidup macam ni? Pergi bangun, mandi lepas tu makan." Arah Syuhada. Tak tahan melihat keadaan depan mata.

Masih tiada jawapan yang dia dengar disebalik selimut itu.

"Dina..." Syuhada menghampiri katil Wardina. Punggungnya dilabuhkan dibirai katil.

"Bangun." Selimut yang menutupi tubuh itu ditarik. Muncul wajah sembap tak bermaya Wardina.

"Kau okay tak ni?" Soalnya prihatin.

Kedengaran gadis itu mengeluh seraya bangun dari pembaringan. Air mata yang masih bersisa dikesat. Tubuhnya disandar pada kepala katil.

"Apa salah aku Syu? Kenapa hidup aku macam ni?"

Syuhada terdiam. Melihat wajah sembap itu membuatkan hatinya sakit. Lagi-lagi bila terbayang kejadian semalam.

"Aku dibuang keluarga, Syu. Aku dah tak ada siapa-siapa." Sekali lagi Wardina meluah. Dia tak sangka macam ni sekali pengakhiran hidup dia bersama keluarganya. Semuanya sebab fitnah yang dia sendiri tak tahu menahu.

"Jangan cakap macam ni, Dina. Kau ada aku. Kau ada Allah. Kita doa supaya semuanya terbongkar nanti." Pujuk Syuhada.

Wardina sendiri tidak tahu nak rasa apa lagi. Semalaman dia meraung dan menangis sampaikan air mata dia pun dah kering. Bila teringatkan wajah ahli keluarganya, automatik wajahnya bertukar dingin.

"Aku takkan maafkan dia orang Syu. Aku takkan maafkan Nabella. Aku yakin dia yang buat gambar palsu tu." Ucapnya lagi. Dinding pipinya digigit menahan perasaan.

"Kau tahu tak Syu? Masa aku dekat Terengganu, aku dapat rasakan layanan ayah aku dah berubah. Nampak dari kelakuan dia, dia dah tak dingin macam selalu. Tapi lepas apa yang berlaku, lepas aku terperangkap dengan rancangan-rancangan bodoh Nabella tu, ayah aku makin benci aku."

Syuhada mengeluh kasar. Ya, dia dah tahu cerita itu. Kerana cerita itulah dia hampir nak serang si Nabella tu dengan kapak.

"Nabella tu kan, kenapa dia tak puas hati sangat dengan kau? Menyampahlah aku tengok muka dia. Sanggup buat kerja kotor macam ni!" Walaupun tiada bukti, Syuhada juga yakin yang semuanya kerja perempuan itu. Melihat daripada senyuman mengejek Nabella semalam pun sudah membuktikan segalanya.

Perempuan tu memang tak makan saman betul!

"Hayyan tahu pasal ni?" Soalnya lagi.

"Tak. Buat apa dia kena tahu? Ni masalah aku dengan keluarga aku." Tidak terlintas sedikit pun dalam kepalanya untuk memberitahu lelaki itu. Cukuplah Hayyan dah pernah kena dengan rancangan jahat Nabella. Dia tak nak hanya disebabkan hal ini, Hayyan terlibat sama.

Wardina mencapai telefon bimbitnya di bawah bantal. Dari semalam telefonnya dalam mod senyap. Disebabkan emosinya tak stabil semalam, dia langsung tak melihat telefon bimbit.

Kelihatan berpuluh puluh masej yang tidak dibaca dan juga panggilan telefon tidak berjawab. Dia melihat panggilan yang tak berjawab itu dahulu. Pemanggilnya hanya dua orang tetapi berbelas missed call ditinggalkan.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now