"Dina!" Hayyan melajukan langkah. Tidak peduli dengan mata-mata yang memandang. Kini, pandangannya hanya terarah pada satu tubuh yang laju berjalan jauh dihadapannya.
Keadaan sesak pusat beli belah itu sungguh menyukarkan dia untuk mengejar. Rimas dengan ramai orang yang menghalang jalannya.
"Dina!" Panggilnya lagi.
"Sayang!" Pantas lengan itu dicapai. Hayyan mencari nafas. Penat. Kuat dia mencengkam lengan itu seakan takut wanita itu akan lari daripadanya.
"Sorry?"
Suara yang masuk ke gegendang telinganya membuatkan Hayyan terkedu. Terdiam seribu bahasa sebelum dia mendongak, memandang wajah yang begitu asing dihadapannya. Hilang terus bayangan wajah Wardina sebentar tadi.
Suara itu, bukan suara isterinya.
Wajah itu, bukan wajah isterinya.
"Di-Dina..." Hayyan berkerut nipis. Hampa wajahnya saat itu.
"Sorry, miss. Salah orang." Faleeq datang bersama senyuman janggal terukir dibibir. Dia juga mengah, turut mengejar Hayyan yang tiba-tiba hilang sebaik sahaja mereka keluar daripada restoran untuk makan tengahari.
Genggaman tangan Hayyan pada lengan wanita itu turut direntap. Apabila wanita itu sudah beredar, wajah termenung Hayyan dipandang dengan perasaan geram.
Nasib baik tak kena penampar dengan perempuan entah siapa-siapa tadi.
"She's not your wife. Sedar, Hayyan." Ujarnya. Dah macam orang tak betul dia tengok Hayyan ni.
"Aku nak Dina, Leeq."
Faleeq terdiam.
"Aku rindukan dia separuh mati, Faleeq! I fucking want her back..." Sekali lagi, Hayyan kalah berperang dengan perasaannya sendiri.
***
"Hari ni, Dina ada telefon?"
Tuan Azfanizam memandang wajah isterinya. Tak berkelip mata wanita itu inginkan jawapan darinya. Soalan itu, hari-hari dia akan dengar. Kalau tidak dari isterinya, daripada Hayyan.
Sudah berbulan-bulan Wardina menghilangkan diri dan tidak pernah sekali pun, mereka berjumpa semenjak kejadian itu berlaku. Tetapi, dia bersyukur kerana Wardina masih berhubung dengan mereka walaupun hanya melalui panggilan telefon.
Bila ditanya keberadaannya, tiada langsung jawapan yang diberi. Wardina akan mengubah topik ataupun hanya membalas dengan tawanya.
Dia rindu.
Sungguh dia rindu dengan anaknya itu.
Bunyi telefon berbunyi mematikan lamunan Tuan Azfanizam. Dia yang sedang berehat diruang tamu terus memcapai telefon bimbit diatas meja.
"Panjang umur budak ni."
"Dina ke bang?" Puan Kirana terus menghampiri suaminya. Terpamer riak teruja pada kedua-dua wajah itu.
Sempat Tuan Azfanizam memasang mod speaker sebelum telefonnya itu dirampas oleh Puan Kirana.
"Hello, Dina sayang! Kenapa lama tak telefon?" Tanpa salam, Puan Kirana terus aju soalan. Tuan Azfanizam yang melihat hanya mampu menggeleng kepala.
"Dina okay ke? Semua okay?" Soal wanita itu lagi. Kedengaran ketawa seseorang dihujung talian.
"Ibu, Dina baru telefon minggu lepas... Dah rindu ke?"
Entah kenapa mendengar suara itu Puan Kirana rasa sebak.
"Dina, kamu dekat mana? Ibu dengan ayah nak jumpa. Kami rindu... ibu janji ibu tak bagi tahu Hayyan."
YOU ARE READING
Perfectly Imperfect
RomanceHidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus dia tempuhi. Sehinggalah satu kejadian berlaku. Disebabkan hasad dengki kakak sendiri, dirinya dibuan...