60

16.8K 911 151
                                    

Wardina bercekak pinggang memandang tubuh Hayyan yang sedang terbaring disofa rumahnya. Nafas dihembus kasar. Pintu rumah pula hanya dibiarkan terbuka.

Pandangannya tertancap pula pada wajah Faleeq yang berdiri disebelah. Sedang mengambil nafas kerana penat memapah tubuh Hayyan masuk ke dalam rumahnya sebentar tadi.

Walaupun masih geram dengan dua lelaki dihadapannya ini, kasihan pula Wardina melihat. Langkahnya diatur ke dapur mengambil air sejuk sebelum kembali semula ke ruang tamu. Cawan itu dihulur pada Faleeq.

"Thanks." Air diteguk rakus.

"Macam mana dia boleh jadi macam ni, Faleeq?" Wardina aju soalan, membuatkan Faleeq mengeluh sekejap.

"Dah tiga tahun dia macam ni, Dina." Jawabnya mudah.

"3 tahun?! 3 tahun dia mabuk-mabuk macam ni?" Sungguh dia tak percaya. Mana perginya Hayyan yang dia kenal dulu? Yang tahu membezakan halal dan haram? Yang boleh berfikir dengan rasional?

"Hayyan stress lepas you pergi. Dia rasa serba salah sangat sampaikan dia tak masuk office berhari-hari. Mana dia pergi, mesti dia fikirkan pasal you." Faleeq hela nafas sejenak. Mengerling ke arah Wardina yang sedang mendengar dia berkata sambil memandang Hayyan.

"Dia pun tersiksa. Dia hidup dalam penyesalan sepenjang tiga tahun ni. I don't know... mungkin Hayyan rasa dengan mabuk macam ni, boleh buat dia lupakan siksa dia buat sementara waktu. He took the wrong step." Jelas Faleeq panjang lebar membuatkan Wardina terdiam seribu bahasa.

Dia tidak sangka pemergiannya akan meninggalkan kesan sampai macam ni sekali.

"I tak tahu I patut cakap ke tak. Just for your information, he did nothing at the club unless to get drunk. You faham kan maksud I?" Soal Faleeq lagi.

Hayyan hanya minum. Untuk mencari perempuan ataupun membuat perkara lagi teruk daripada itu, tidak pernah Hayyan lakukan. Perempuan yang datang nak menyelit pun kena tengking, macam mana dia nak buat benda macam tu?

Faleeq tahu, hanya insan yang bernama Wardina sahaja yang ada dalam hati lelaki itu. Wanita disebelahnya kini.

Setiap kali lelaki itu mabuk, dialah yang jadi knight in shining armour Hayyan. Bunyi macam geli kan? Tapi itulah hakikatnya.

Bila tengah malam telefonnya berbunyi, tak payah tengok nama pemanggil pun dah tahu siapa. Tahu pula lelaki itu nak telefon dirinya dalam tengah mabuk tu. Nasib kawan. Dah berbakul-bakul Faleeq nasihat masih tak ada perubahan.

Wardina tidak mengangguk mahupun menggeleng. Namun, dia faham dengan maksud tersirat Faleeq itu. Entah kenapa dia rasa lega.

"Haneef dah tidur." Ucap Syuhada yang baru tiba disebelah Wardina. Baru sahaja dia mendodoikan Haneef didalam bilik. Kata Wardina, dia tak mahu Haneef berjumpa dengan Hayyan yang sedang mabuk.

Anak matanya tertancap pula pada Hayyan. Menggeleng kepala sebelum dia menyambung kata.

"Kau nak buat apa dengan laki kau ni, Dina?"

Sejujurnya Wardina juga tidak tahu. Fikirannya terlalu berserabut sampaikan tidak boleh berfikir dengan baik. Mana pernah dia uruskan orang mabuk?!

"Sampai bila dia macam ni?" Soalnya pada Faleeq.

"Sampai besok pagi."

"What?! Habis tu, yang you seret dia masuk rumah I kenapa?" Berkerut dahi Wardina ketika itu. Membuatkan Faleeq tersengih pendek.

"I tak tahu nak bawa dia pergi mana. Bila dia mabuk, I selalu bawa dia balik rumah I. Tapi family I dekat rumah sekarang." Jelasnya. Kalau nak hantar rumah keluarga Hayyan, memang awal-awal tak diterima Hajah Fatima.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now