40

11.9K 566 74
                                    

Terjengket-jengket kaki Wardina berjalan di atas pasir. Tidak kisah langsung kakinya yang dah kotor kerana tidak berselipar. Seliparnya pun entah kemana dicampak. Kadang-kadang dia menunduk, kemudian dia bangun bersama senyuman yang terukir di bibir. Tersenyum puas.

Hayyan yang melihat kelakuan isterinya sedari tadi turut tersenyum. Berpeluk tubuh. Dari jauh dia memandang Wardina yang sedang bermain pasir. Lebih tepat lagi membina istana pasir. Allah. Tak tertahan hatinya melihat kecomelan isteri sendiri!

Gadis itu tengah syok buat istana pasir seorang diri kut! Qaseh pun tak macam tu.

Dengan langkah penuh bergaya, dia atur menuju ke arah Wardina. Ikutkan hati, dia hanya ingin berehat di kerusi panjang bawah khemah putih itu sambil memandang laut. Tapi lain pula yang menjadi perhatiannya kini.

Lagi-lagi bila dia sempat menangkap beberapa orang lelaki asyik mengerling pada isterinya. Panas hati! Tengok gaya macam budak universiti. Mungkin mereka bercuti bersama kawan-kawan. Rasa nak sedekahkan penumbuk dekat mata lelaki lelaki itu.

Wardina memandang sekilas Hayyan sebelum dia duduk bersila. Membentuk istana pasirnya buat kali terakhir.

"Kau ni, boleh jadi kawan Qaseh." Ujar Hayyan sekaligus turut bersila dihadapan Wardina.

"Kenapa?"

"Boleh ajar Qaseh buat kandang pasir kau ni."

Berasap telinga Wardina mendengarnya. Dia kandangkan istana aku!

"Istana pasir lah!"

Hayyan senyum senget. Apa-apa sajalah. Apa yang dia nampak sekarang, sikit lagi istana pasir itu nak tumbang. Datang angin monsun, habis musnah.

"Sibuk aje duduk sini. Pergi lah sana." Kalau datang ke sini setakat nak mengutuk keseniannya yang tak berapa nak berseni, baik dia halau cepat-cepat lelaki ini. Bukan reti nak puji memuji . Bibir dijuihkan sementara tangan pula masih leka bergerak-gerak.

"Mana boleh aku tinggalkan isteri cantik aku seorang diri dekat sini." Dia senyum. Suka melihat wajah cemberut Wardina. Kalau lah Wardina itu sudah rasmi menjadi miliknya, dah lama bibir itu dicium.

Wardina terdiam. Tak jadi nak marah bila kena puji cantik. Biasalah, perempuan.

Melihat Hayyan yang sedang memandang ke arah laut itu, dia juga turut sama memandang. Istana pasir tidak lagi menjadi perhatian. Biarlah kalau runtuh pun. Dah puas dia bermain pasir dari tadi.

"Sekejapnya masa! Besok nak balik dah." Ucapnya sedih. Tak puas lagi dia jalan jalan Sabah. Pagi tadi lepas sarapan terus Hayyan mengajaknya berjalan-jalan. Memang hari ni mereka habiskan masa hanya untuk bersiar-siar kerana besok kena balik KL. Isnin pula dah mula kelas. Bukan setakat kelas. Ada test pula tu.

Punya lah teruja dia bersiap lawa-lawa sebab nak berjalan, taman buaya juga yang Hayyan membawanya. Tak pasal-pasal pagi-pagi lagi dah kena tengok buaya berendam. Sabar ajelah!

Lepas meluangkan masa bersama buaya, singgah makan dulu sebelum mereka sambung jalan-jalan. Sempat lah beberapa gambar diambil sebagai kenangan. Percutian yang sangat singkat bagi mereka.

"Kau nak stay lagi? Aku boleh uruskan." Ujar Hayyan. Pantas Wardina menggeleng. Kalau boleh, dia nak bercuti lagi tapi mengingatkan tugasan yang menggunung, terus tak jadi.

"Dina..."

Wardina menoleh mendengar namanya dipanggil. Wajah suaminya yang memakai kaca mata hitam itu dipandang.

"Bila kita balik KL, hubungan kita masih sama macam sekarang kan?"

Lama Wardina diam sebelum mengangguk. Bukannya berat hati mahupun ragu-ragu. Cuma dia pelik dengan soalan yang diaju Hayyan.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now