52

10.4K 535 126
                                    

Hari ini adalah hari dimana dua keluarga berkumpul.  Keluarga Hayyan dan juga keluarga Wardina. Memandangka Tan Sri Syarif beria ingin menjemput Tuan Azfanizam sekeluarga untuk tidur dirumahnya, jadi mereka membuat keputusan untuk mengadakan barbeku pada waktu malam.

Bila dua keluarga dah bergabung, kecoh lah jadinya. Belum masuk lagi kawan Hayyan, Faleeq dan juga kawan Wardina iaitu Syuhada. Mereka berdua itulah yang paling banyak bunyi. Berborak macam dah kenal lama. Padahal tak sampai beberapa jam berjumpa.

Syuhada memang senang rapat dengan orang. Lagi-lagi kalau orang itu satu kepala dengannya.

Wardina hanya duduk dipinggir kolam renang. Menjaga Qaseh yang sedang berendam dalam air. Budak ini,  memang pantang nampak kolam renang, mesti nak terjun.

Yang jadi mangsanya, Iskandar dan Erin lah. Bergilir-gilir menjagakan Qaseh. Takut pula budak itu terlajak ke bahagian kolam yang lebih dalam. Kerana kasihan, sempat Wardina pelawa diri menjaga Qaseh sementara mama dan papa budak itu menjamu selera dengan tenang.

"Maksu! Look! I'm floating!" Nyaring suara Qaseh menahan teruja sambil mengimbangkan badannya dalam air walaupun tak sampai beberapa saat.

Wardina ketawa kemudian memberi pujian. Entah apa yang Kak Erin mengidam masa mengandungkan Qaseh sampai budak itu suka sangat berenang. Nak jadi Pandalela Rinong 2.0 agaknya.

Pandangan Wardina pula jatuh pada Hayyan yang sedang mengambil makanan. Kemudian, lelaki itu menghampiri meja kosong dengan dua pinggan yang penuh dengan makanan.

Sekali lagi dia senyum teruja. Namun tak lama selepas dia melihat kemana langkah kaki lelaki itu berhenti.

Di meja Nabella yang sedang duduk berseorangan. Satu pinggan diletakkan dihadapan wanita itu. Nabella pula menyambut dengan senyuman.

Ingatkan pinggan itu untuk dirinya! Sempat dia mencebik. Mungkin Hayyan ingin Nabella selesa sepanjang berada di rumah keluarganya. Wanita itu semenjak sampai ke sini, asyik menyendiri. Tak banyak cakap. Seperti tidak selesa.

Dia tahu niat Hayyan baik. Tapi entah kenapa berbulu aje dia melihat Hayyan sedang berbual dengan Nabella. Lagi-lagi bibir lelaki itu tak henti-henti mengukir senyum.

Amboi, borak apa tu? Seronok betul.

"Maksu, come join me..."

Automatik pandangannya jatuh semula pada Qaseh. Terbang segala fikiran negatifnya tadi.

"Maksu cannot swim! Qaseh swim lah, Maksu tengok." Balas Wardina. Selalu juga dia menemani Qaseh mandi kolam. Tapi sekadar rendam kaki ditepi. Kalau nak menyelam sekali, lambat lagi.

"I can teach you, Maksu. Jom lah... jom lah!" Balas si Qaseh pula membuatkan Wardina mati akal ingin menjawab. Tangan Qaseh pula dah menarik lengan bajunya. Silap tarik, memang dia kuak lentang sekejap lagi.

"Qaseh, let's go and change your clothes. Dah lama Qaseh mandi ni."

Fuh, hembus nafas lega bila Erin datang menghampiri. Bibir si Qaseh sudah memuncung. Seakan akan tidak mahu tinggal kolam itu.

Kolam renang ini Qaseh yang punya!

"Tak nak!"

"Qaseh, pergi tukar baju dulu. Lepas tu Maksu suap makan nak? We eat together. Maksu belum makan lagi. I'm hungry..." Wardina tayang muka kasihan. Saja buat modal ingin memujuk Qaseh.

"Are you hungry?" Wajah Qaseh sudah berubah. Tidak muncung seperti tadi. Wardina cepat-cepat angguk. Kemudain, lama budak itu memuncung seakan berfikir sesuatu.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now