25

8.9K 452 18
                                    

"Dina! Dina! Ada orang telefon." Laung Syuhada dari dalam bilik. Tak sampai 5 saat, gadis itu sudah muncul dihadapannya.

"Siapa?"

"Hayyan..." balas Syuhada meleret sambil senyum simpul.

Mendengar nama itu, membuatkan mata Wardina membulat.

"Tak naklah! Jangan angkat." Kepala digeleng laju. Dia dah tahu apa yang lelaki itu inginkan.

"Eh, tapi aku dah angkat... Helo, kejap ya Hayyan." Telefon itu dihulur pada tuannya kembali.

Masa inilah Wardina rasa ingin cekik-cekik si Syuhada ni. Dah cakap jangan angkat, diangkatnya juga. Hesy! Telefon itu diambil kasar. Sempat dia menjeling wajah tersengih gadis itu sebelum telefon diletak ke telinga.

"Helo."

"Turun. Aku kat bawah." Macam biasa, Hayyan keluarkan arahan.

"Bawah? Buat apa?"

"Aku bagi kau seminggu kan? Sekarang dah cukup seminggu. Aku nak dengar jawapan kau."

Wardina mengeluh panjang. Jawapan apa lagi yang lelaki itu nak? Dia dah cakap awal awal yang dia tak nak kan?

"Kejap." Balasnya malas seraya menutup panggilan telefon. Cardigan dan tudung bawal dicapai sebelum turun ke bawah. Kelihatan Hayyan keluar dari perut kereta lalu tubuh itu disandar pada bahagian hadapan keretanya.

"Tak nak." Sampai sahaja depan lelaki itu, Wardina terus memberikan jawapan tanpa sempat Hayyan berkata apa.

Lelaki itu tersenyum seraya mengangguk kecil. Seakan sudah dapat agak jawapan itu.

"Kau perlukan masa lagi?" Soalnya tenang.

"Tak. Aku tak perlukan masa. Aku dah cakap dari hari tu lagi yang aku tak nak. Bagi lah masa banyak mana pun, jawapan aku masih sama."

"Sebab?" Soal Hayyan. Dia tak faham dengan gadis ini. Kalau perempuan lain, sekejap aje dah bersetuju tanpa perlu dia bersusah payah sampai macam ni sekali. Tapi dengan Wardina, lain. Gadis ini keras kepala.

"Aku dah cakap kan hari tu sebab apa..."

"Sebab apa? Sebab nenek? Sebab darjat? Semua alasan kau tak boleh pakai. Tak masuk akal langsung." Nada suaranya bertukar keras.

"Kenapa kau nak sangat kahwin dengan aku? Aku tak ada apa apa, Hayyan. Aku tak ada keluarga. Aku tak ada harta. Aku seorang diri." Wardina juga mula naik bengang. Hayyan ingat dia aje ada angin sendiri?

"Kenapa kau susah sangat nak terima tawaran aku? Aku dah cakap kan, aku boleh bawa kau keluar dari dunia sadis kau. Kalau kau tak ada keluarga, aku boleh bagi kau keluarga aku. Kalau kau tak ada harta, aku boleh bagi kau harta aku. Just say yes! Kau akan hidup senang dengan aku." Soalan Wardina dibiar sepi.

Untuk kesekian kalinya Wadina mengeluh. Penat otak bercakap dengan Hayyan ni. Macam ni ke perangai anak Tan Sri Syarif? Suka memaksa orang.

"Satu benda yang kau tak tahu tentang aku. Aku ni mata duitan. Aku ni boros. Aku pantang nampak duit mesti aku nak berbelanja. Kau tak takut duit kau habis aku kikis?" Wardina membalas geram. Ingat dia heran ke dengan harta lelaki itu? Tak habis habis cakap pasal harta.

"Bila kau kahwin dengan aku... Its all yours, sweetie." Hayyan senyum sinis. Sedikit pun dia tidak memandang hal itu sebagai perkara yang besar. Nak kikis? Kikislah. Harta dia tak akan habis semata semata kerana seorang perempuan.

Lagipun, dia tahu Wardina bukan gadis seperti itu. Saja hendak memburukkan diri sendiri semata mata untuk dipandang sebagai kaki kikis.

Malangnya, taktik basi Wardina tidak menjadi.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now