Wardina tidak senang duduk dari tadi. Sekajap dia bangun, sekejap dia kembali duduk di kerusi kayu menghadap tasik di taman rekreasi berdekatan rumah sewanya.
Sudah tentulah Syuhada ada sekali. Dia dah serik dan trauma nak datang seorang diri ke sini semenjak peristiwa dia hampir dirogol dulu. Cuma gadis itu duduk berjauhan daripadanya. Takut mengganggu perbualan dia dan juga Hayyan.
Baru semalam dia telefon Hayyan untuk ajak berjumpa pada petang ini. Semuanya sebab idea Syuhada. Lepas dia ceritakan semuanya pada gadis itu, Syuhada terus yakinkan dirinya untuk bertanya dahulu pada Hayyan. Adalah lelaki itu ingin pergi atau tidak.
Hayyan, masih lagi tidak nampak batang hidungnya. Lagipun, Wardina yang datang awal ke sini. Sekarang, kepala otaknya sibuk memikirkan bagaimana dia hendak bercakap dengan Hayyan. Macam mana dia nak susun ayat? Argh! Serabut.
"Sorry late."
Terlampau fokus merancang ayat dalam kepala, sampai tak sedar Hayyan dah duduk disebelah. Wardina menoleh seraya tersenyum nipis.
"Tak. Aku yang awal." Balasnya.
"So, ada apa nak jumpa aku?" Soal Hayyan. Wajah ragu ragu Wardina dipandang. Gadis itu pula masih teragak agak dengan keputusannya.
Perlu ke dia mengikut cakap ayahnya supaya mengajak Hayyan ke makan malam itu? Macam tak masuk akal. Kenapa pula ayahnya ingin berjumpa Hayyan? Dia pasti Tuan Azfanizam memang tidak kenal dengan lelaki itu.
Melihat Hayyan segak berkemeja dan berseluar slack, menunjukkan yang dia baru sahaja habis kerja. Memang sengaja Wardina berjanji selepas waktu kerja lelaki itu habis. Tak nak mengganggu.
"Pudina, kau ajak jumpa semata-mata nak tengok muka kacak aku ke?"
Kata-kata Hayyan membuatkan Wardina tersentak. Tidak perasan matanya melekat pada wajah lelaki itu sedari tadi.
"Hayyan... aku..."
Suaranya seakan tersekat. Macam mana dia nak cakap? Sudah tentu lelaki itu memandangnya pelik nanti. Tangan digenggam.
"What?" Hayyan angkat kening.
"Kau free tak hujung minggu ni?" Soal Wardina. Mana lah tahu lelaki itu sibuk. Maklumlah, orang busines kan.
"Kenapa?"
"Ayah aku nak jumpa..." Perlahan nada suaranya. Dinding pipi digigit sementara menanti reaksi dari Hayyan. Lelaki itu masih berdiam diri. Marah ke? Tapi melihat dari wajah bersahaja Hayyan, tidak serupa orang marah.
Kemudian, kedengaran Hayyan tiba-tiba menghamburkan tawanya. Wadina pula terus terpinga-pinga.
"Kau gelabah macam ni, sebab nak bagi tahu aku benda tu aje?" Soalnya dengan tawa yang masih bersisa. Perlahan-lahan Wardina mengangguk kepala. Kenapa? Apa yang lawak?
"Bila?"
"Hari sabtu malam."
Lusa? Hayyan berfikir sekejap. Cuba mengingati kalau dia mempunyai apa apa hal.
"Sure." Ujarnya.
"Hah?" Wardina terus memandang lelaki itu. Dia tak salah dengar kan tadi?
"Boleh." Ulang Hayyan sekaligus membuatkan Wardina menghembus nafas lega.
"Tentang hal hari tu ke? Tuduhan yang perempuan tu lempar dekat kau?" Soal Hayyan tiba-tiba.
Wardina berkerut nipis. Perempuan? Maksud Hayyan Nabella ke? Dia tidak sangka lelaki itu dengar apa yang berlaku sewaktu dia berada dalam bilik ayahnya.
Sejujurnya, Wardina juga tidak tahu. Mungkin betul apa yang Hayyan katakan. Tapi kalau betul pun, Wardina masih tidak tahu motif sebenar ayahnya. Takkan dia nak berkenalan dengan Hayyan? Sejak bila pula orang tua itu mengambil tahu siapa kenalan-kenalan dia.
YOU ARE READING
Perfectly Imperfect
RomanceHidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus dia tempuhi. Sehinggalah satu kejadian berlaku. Disebabkan hasad dengki kakak sendiri, dirinya dibuan...