15

9.2K 486 35
                                    

Gila gila gila!

Sambil dia menyumpah dalam hati, laju kakinya melangkah ke pintu bilik itu. Kenapa dalam banyak banyak bilik dalam rumah besar ni, bilik Hayyan jugalah yang dia tersilap masuk? Wardina merengus perlahan. Pintu bilik itu pantas dibuka untuk keluar.

"Eh, Dina?"

Wardina terkejut apabila buka sahaja pintu, wajah Erin muncul dihadapan. Erin pula terkebil kebil memandangnya. Mungkin pelik kerana dia berada dalam bilik Hayyan. Kemudian, pandangan Erin beralih pada Hayyan yang berada tidak jauh dibelakang.

"Err..." Wardina gigit bibir. Jangan Erin fikir bukan bukan sudah.

"Dina salah bilik Kak Rin. Ingat ini bilik akak."

Tak lama selepas itu, Erin melepaskan tawa.

"Ya Allah, sorry! Dina boleh sesat pula dalam rumah ni. Bilik akak depan bilik Hayyan." Terasa lucu pula dia melihat wajah panik gadis itu.

"Hah, yang kau ni tak pakai baju kenapa? Tak malu dengan anak dara orang?" Tegur Erin pada adiknya itu.

"Siapa yang masuk bilik siapa sekarang ni? Hayyan ke dia?"

Wardina rasa mukanya seperti terbakar. Panas! Malu bercampur geram dengan apa yang berlaku.

"Aku tak sengaja kan? Mana aku tahu ni bilik kau." Wardina membela diri. Lelaki ni baru sahaja minta maaf tapi dah mula menyakitkan hati. Kalau dia tahu ini bilik lelaki tu, dia lagi rela masuk kandang kambing lah.

"Tak sengaja ke atau saja saja?" Hayyan menayang sengih.

"Hayyan! Dah, pergi pakai baju cepat. Turun bawah. Pergi tegur sapa dengan maklong." Erin meleraikan suasana tegang itu. Nasib baik lepas sahaja dia hantar Qaseh pada Iskandar, dia buat keputusan untuk melihat Wardina di atas. Kalau tidak, mungkin dah berperang budak budak ni.

"Jom, Dina masuk bilik akak." Arah Erin. Wardina hanya menurut. Sempat dia menjeling pada lelaki itu.

"Sorry lah Dina. Hayyan tu memang annoying sikit." Ujar Erin ketika mereka sudah pun berada dalam biliknya.

Wardina simpul senyum. Tengok? Kakak sendiri pun cakap dia annoying. Jadi memang betul lah tu.

Patutnya kena rakam ni, tunjuk dekat Syuhada. Hari tu bukan main gadis itu marah apabila Wardina cakap Hayyan itu lelaki menjengkelkan.

"Nah! Akak rasa Dina muat seluar ni." Satu helai seluar slack berwarna hitam dikeluarkan lalu diberi pada Wardina.

"Thank you, Kak Rin. Dina tukar kejap." Ujarnya seraya berjalan menuju ke dalam bilik air.

Selepas semuanya selesai, Wardina turun ke bawah semula. Kembali menyambung aktiviti memenuhkan perutnya. Sekarang, baru lah dia rasa selesa. Tak rasa melekit lagi. Duduk aje dia di meja makan, kelihatan Syuhada sedang berbual rancak bersama Puan Sri Farida. Amboi, dah rapat betul. Tadi masa dekat rumah, punyalah takut kerana janggal.

"Hayyan, jom makan sekali." Pelawa Puan Sri Farida apabila nampak anaknya itu baru turun ke bawah. Segak dengan berpakaian kasual.

"Papa mana?" soalnya seraya mengambil tempat berhadapan dengan Wardina.

"Borak dengan paklong kamu kat depan rasanya."

Hayyan menagangguk. Pinggan yang dihulur Puan Sri Farida diambil lalu mula menyenduk makanan. Sempat dikerling sekilas Wardina yang sedang fokus makan itu.

"Hayyan, ni nenek nak kenalkan, Datin Normah." Semua mata memandang ke arah Hajah Fatima yang baru sahaja menghampiri meja makan. Dibawanya sekali seorang wanita separuh abad yang kelihatan anggun.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now