38

9.6K 531 73
                                    

Wardina terbaring selesa di atas katil empuk itu. Sekali-sekali dia mengeliat sekejap. Ah, selesanya! Tidak menyangka pula mama Hayyan menempah vila untuk mereka bercuti. Dia ingatkan bilik hotel biasa.

Sempat dia dan Hayyan pusing satu villa ketika mereka mula-mula sampai. Apa yang dia boleh cakap, cantik! Betullah kata Iskandar, Sabah juga dah macam luar negeri. Susun atur dan seni bina vila itu dah melambangkan segalanya.

"Penat ke?" Soal Hayyan. Tersenyum melihat Wardina yang dah terbaring kepenatan. Macam dia pula yang bawa kapal terbang.

Mendengar suara Hayyan, cepat-cepat Wardina menegakkan badan.

"Buat apa sini?" Soalnya bersama kerutan nipis didahi. Hampir terkeluar jantungnya apabila melihat Hayyan dalam bilik itu. Sudahlah dengan selamba dia bergolek-golek atas katil tadi.

"Kau tanya soalan apa ni Dina?" Hayyan angkat kening. Nada suaranya tidak lah marah tapi lebih kepada menyuruh Wardina berfikir sendiri.

"Kan ada banyak bilik lagi? Kenapa masuk bilik ni?"

Hayyan picit dahi. Agaknya, Wardina masih tak faham ataupun buat-buat tak faham. Tak tahu lah. Mungkin juga gadis itu terlupa.

"Hawa dekat bilik hujung tu aje. Kau nak dia syak yang bukan-bukan pasal kita? Buatnya dia report dekat nenek macam mana?"

Punyalah Wardina malas ambil tahu tentang perempuan itu. Sekali lagi dia hampir terlupa tentang Hawa!

"Oh..." Hanya itu yang terkeluar dari bibirnya. Sedar atas kelalaian diri sendiri. Melihat perangai Hawa, dia tak jamin yang Hawa boleh menyimpan rahsia kalau melihat mereka tidur asing bilik. Entah-entah malam ini juga dia mengadu dengan Hajah Fatima. Malam ni juga kena lari pecut balik KL.

Betullah kata Hayyan. Lagipun, bukannya ini pertama kali mereka berkongsi bilik. Sebelum ni memang dia satu bilik dengan Hayyan tetapi berbeza tempat tidur sahaja.

Mendengar pintu gelangsar dibuka, Wardina mendongak. Kelihatan Hayyan sudah mengambil angin disitu. Tengok macam syok, Wardina terus bangkit dari katil. Turut menyertai Hayyan.

"Cantik!" Tanpa sedar bibirnya berbicara. Melihat air yang kebiruan membuatkan siapa-siapa sahaja yang melihatnya terasa tenang.

"Kau lagi cantik." Balas Hayyan selamba.

Automatik senyuman Wardina mati. Jantungnya kembali berdebar laju, tidak menyangkakan pujian itu. Tengok? Kan dah cakap kebelakangan ni dia selalu rasa berdebar bila dengan Hayyan.

Wardina mengukir senyum nipis. Tak tahu lah ikhlas ke tidak pujian Hayyan itu tapi dia tetap berterima kasih.

***

Seperti yang dirancangkan, selepas berehat dan makan mereka terus keluar vila untuk berjalan-jalan. Cuaca redup pada petang itu sangatlah sesuai untuk mendedahkan diri pada alam sekitar. Tak adalah basah ketiak kerana panas terik. Kalau matahari tegak atas kepala, dia pun tak nak keluar bilik!

Tempat pertama yang mereka pergi semestinya laut. Dari dalam bilik mulut Wardina sudah bising untuk pergi ke laut dahulu. Teruja nak tangkap gambar dan main air. Hanya mereka berdua. Hawa tidak mengikut sekali. Dia pun tak tahu ke mana gadis itu pergi ataupun hanya duduk didalam bilik.

Malas nak ambil tahu sebenarnya.

Tersedar apabila tangannya digenggam seseorang, terus dia memandang ke bawah. Lebih tepat lagi ke arah tangannya yang dah bersatu dengan tangan Hayyan.

"Orang ramai. Aku tak nak kau hilang." Ucap lelaki itu.

Wardina diam. Tidak pula dia menepis atau menghalang. Malah, dia lagi rasa selesa.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now