58

14K 869 154
                                    

'3 tahun kemudian'
.
.

Tangan kecil itu digenggam erat. Melihat senyuman riang budak kecil itu membuatkan Wardina hembus nafas lega. Takut juga kalau anaknya tidak biasa dengan persekitaran di Malaysia.

Tapi Haneef seperti tiada masalah. Nampak mata bulat anaknya itu sedang melilau melihat sekeliling.

Satu permulaan yang baik.

Wardina menunduk. Mencangkung dihadapan Haneef sebelum pipi gebu itu dicubit perlahan.

"Haneef, are you hungry?" Soalnya bersama senyuman manis dibibir.

Laju Haneef mengangguk sebelum leher mommy nya dipeluk. Tubuh Haneef didukung sebelum dia kembali berdiri.

"Mommy hungry too. Let's wait for aunty Syu first and then we eat, okay?" Balas Wardina. Tangan Haneef masih tidak berganjak dari merangkul lehernya. Dalam hati dia berdoa supaya janganlah Haneef muntah diatas tudungnya. Cukup lah semasa di dalam kapal terbang tadi dia dah berganti tudung.

Sejak dia melahirkan dan menjaga Haneef, baru dia sedar betapa susahnya untuk menjadi seorang ibu. Tak tidur malam, berlari ke sana sini untuk menguruskan si anak. Untuk itu, dia perlu menabik hormat pada para ibu diluar sana.

Letih itu memanglah letih. Tapi melihat pembesaran mereka, membuatkan penat lelah itu hilang

Jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi tetapi bayang Syuhada masih tidak muncul. Perempuan ni, memang janji melayu. Tak pasal-pasal dia kena berdiri macam tiang bendera dekat sini.

Nasib baik ada Haneef. Tak adalah dia kekok seorang diri.

Hampir 15 minit dia menunggu, akhirnya kereta Syuhada sudah mula menyapa pandangannya. Berhenti betul-betul dihadapan tempat dia menunggu. Kelam kabut perempuan itu keluar dari kereta.

"Dina! Lama ke kau tunggu? Sorry-sorry." Syuhada merapatkan kedua belah tanggannya, meminta ampun. Kalau tak kerana jalan jem, dari pukul 10 tadi dia dah tiba disini.

"Tak adalah lama sangat." Balas Wardina sebelum berlaga pipi dengan Syuhada. Setelah beberapa tahun mereka tidak berjumpa, masing-masing berpelukan lama. Melepaskan rindu.

"Welcome back to Malaysia!" Jerit Syuhada seraya tangan dilapangkan. Tanpa buang masa, terus lengan itu dipukul.

"Kau jangan buat malu aku dengan anak aku lah Syu!"

Syuhada ketawa mengekek. Kemudian, dia mengambil Haneef dari dukungan Wardina.

"Ala bucuk bucuk aunty! Haneef dah besar lah! Hari tu masa video call nampak kecik!" Syuhada mencubit perlahan pipi gebu itu. Kepala menunduk sedikit melihat wajah Haneef yamg sedang terkebil-kebil memandangnya sebelum...

"Mommy..." Haneef menghamburkan tangisannya. Tangan pula terkapai-kapai ingin keluar daripada dukungan Syuhada.

"Eh... janganlah menangis sayang! Shh... Shh..." Syuhada memujuk lantas belakang Haneef diusap perlahan.

"I...want... mo...mmy..." teresak-esak Haneef menangis bersama dengan kerutan didahi kecil itu.

"Dina! Kau tak ajar anak kau bahasa melayu ke? Entah-entah dia tak faham aku cakap apa." Tak pasal-pasal Wardina pula yang dipersalahkan.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now