64

13.6K 758 31
                                    

"Kenyang dah?" Ujar Wardina pada Haneef. Ketika itu hanya mereka berdua di meja makan. Kepala digelengkan melihat baju dan mulut anaknya yang dah comot. Silap besar lah dia mandikan Haneef tadi. Patutnya makan dulu.

"I'm done mommy!" Pinggan ditolak dengan tangan kecilnya.

"Haneef, next time makan elok elok okay?" Tegur Wardina. Kemudian, sisa makanan yang dah berselerak keluar dari pinggan dikutip.

"What is makan elok-elok mommy?" Terkebil-kebil Haneef memandangnya.

Jeda. Anak mata Wardina meliar seakan memikirkan ayat yang sesuai untuk menjawab pertanyaan anaknya.

"Haneef tengok ni... ada banyak nasi bersepah dekat atas meja kan? Tak baik makan macam ni. Membazir satu. Lepas tu, takkan Haneef nak susahkan Aunty Yasmin kemas semua ni?" Tak pasal-pasal nama pembantu rumah itu disebutnya.

"Haneef tahu tak kalau makan bersepah macam ni, bukan good boy? Haneef nak jadi good boy ke bad boy?"

"Goodboy!" Pantas Haneef menjawab soalan itu.

"I'm sorry mommy. Next time I will makan elok elok."

Hampir dia ingin ketawa mendengar bicara Haneef. Bicara yang boleh dikatakan pelik baginya kerana pelat melayu anaknya itu.

"Okay then!" Rambut Haneef diusap perlahan. Kemudian dia mendukung budak itu hingga ke sinki untuk membasuh tangan.

"Yasmin, tolong basuhkan pinggan makan Haneef boleh? Dina nak mandikan dia kejap." Pinta Wardina apabila selisih dengan Yasmin yang baru mengutip baju kotor.

"Boleh aje Dina. Demi si kecil ni, semua boleh. Biar saya yang kemas ya."

Wardina tersenyum sebelum masuk ke dalam bilik. Dah lama dia tak jumpa Yasmin, nampak berisi sedikit tubuh wanita itu. Macam makin bahagia!

Tak sampai 15 minit dia mandikan Haneef, Wardina keluar dari bilik air. Dia melutut, mengelap badan sikecil dengan tuala. Sambil itu, sempat mencium pipi anaknya. Wangi!

"Sayang!"

Wardina tersentak apabila pintu bilik tiba-tiba terbuka luas. Ibarat diterjah dengan polis. Terlepas terus tuala yang berada dipegangan tangannya. Dia menoleh, memandang ke pintu bilik. Begitu juga Haneef.

"Hi, daddy. Haneef baru lepas mandi." Ujar Haneef dengan muka bangganya. Tangan kecilnya mengusap-usap rambut sendiri.

"You're here..." Hayyan senyum lega sebelum menapak ke arah mereka berdua. Nafasnya sedikit tercungap.

"I thought... you were gone." Ujarnya perlahan sambil cuba mengatur nafas.

"Hah?" Wardina melopong. Terkebil-kebil matanya memandang si suami. Dia nak pergi mana pula?

"Nevermind." Hayyan meraup wajahnya. Menghalau segala pemikiran negatifnya dari tadi.

Entah macam mana semasa dia di pejabat, tiba-tiba terfikirkan bermacam-macam perkara. Salah satunya adalah Wardina akan menghilang semula macam dulu. Bila terfikir tentang itu, dia jadi tak senang duduk. Minta pendapat Faleeq pun, tak jalan. Lagi dia rasa risau apabila panggilannya tidak berangkat.

Sudahnya, dia ambil keputusan untuk balik ke rumah. Tinggalkan segala kerjanya.

"Sayang punya telefon mana? Kenapa abang telefon tak angkat?" Soal Hayyan tegas.

Wardina berpaling, meliar anak matanya mencari telefon pintarnya.

"Telefon saya tinggal dalam bilik. Tak dengar awak telefon. Kenapa?"

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now