57

13.6K 741 140
                                    

"Kau nak pergi dah ke?" Zafhan memandang sayu wajah manis wanita yang berada dihadapannya. Sedang elok menjamah makanan yang terhidang. Sungguh berselera. Berbeza pula dengan dia yang sedikitpun tiada selera.

Wardina melirikkan matanya ke arah Zafhan sebelum sudu dan garfu diletakkan perlahan didalam pinggan. Air jus oren yang masih tidak berusik disedut perlahan.

"Kenapa?"

"Aku tak boleh nak biarkan kau pergi sana dalam keadaan kau macam ni." Tubuhnya disandar pada kerusi bersama dengan helaan nafas yang berat.

Wardina ketawa.

"Aku dah besar, Han. Pandailah aku jaga diri."

"Tapi kau kena tahu, Dina. Sekarang ni kau bawa satu nyawa dalam perut kau. Sebab itu lah aku risau." Keluh si lelaki lagi.

Wardina terdiam. Apabila kandungannya menjadi topik perbualan, dia jadi jadi sebak tanpa sebab.

Lama wajah Zafhan direnung.

Pada mulanya, dia hanya ingin berada jauh daripada Hayyan dan sebab itu dia membawa diri ke Sabah dan membuat latihan praktikalnya disini. Tapi tak sangka pula syarikat yang dia mohon adalah syarikat milik keluarga Zafhan.

Tercengang sekejap lah mulutnya apabila melihat Zafhan ada depan mata. Tapi lama kelamaan mereka menjadi rapat. Wardina besyukur kerana ketika dia berseorangan di sini, sekurang-kurangnya ada seseorang yang dia kenal.

Lelaki itu juga tahu keadaannya. Tentang kandungannya. Tetapi sedikitpun dia tidak menyoal dengan lebih lanjut. Cukuplah lelaki itu tahu bahawa rumah tangganya sedang bermasalah.

"Aku ikut kau." Ujar Zafhan tiba-tiba.

"Tak payah! Cukuplah kau dah jaga aku sepanjang aku dekat sini. Aku dah tak nak menyusahkan kau." Tolak Wardina.

"Dina, kau tahu kan kau tak pernah menyusahkan aku?"

Wardina mengeluh.

"Suami kau tahu pasal ni?" Soal Zafhan lagi. Soalan itu dibalas dengan gelengan kepala.

Sekali lagi Zafhan mengeluh. Mata dipejam sejenak. Entah kenapa berat hatinya ingin melepaskan wanita itu.

"Berapa lama kau duduk sana?" Anak matanya kembali terpasak pada wajah Wardina.

Wardina sendiri tidak mempunyai jawapan untuk itu. Sejujurnya, kalau boleh dia ingin menetap disana terus. Ingin meninggalkan segala kedukaannya di Malaysia. Tapi dia sedar. Masih ada lagi tanggungjawabnya di tanah air itu.

Ibu bapanya.

Wajah kedua orang tua itu berlegar-legar dalam kepala. Rasa rindu mula mencengkam dada. Sudahnya, soalan Zafhan itu hanya dibalas dengan senyuman nipis.

***

Wardina memerhati segenap ruang biliknya. Dalam samar-samar cahaya, bibirnya mengukir senyum nipis. Pejam celik, hampir 5 bulan dia menginap di rumah ini.

Rumah ini adalah rumah Zafhan yang tidak berpenghuni. Zafhan yang memaksanya untuk tinggal disini sementara latihan praktikalnya habis. Pada mulanya Wardina menolak. Sudahlah Zafhan tidak mengenakan apa-apa bayaran.

Kata lelaki itu, dia memang memerlukan orang untuk mengemas rumah itu setiap minggu. Jadi, daripada dia pilih orang yang tidak kenal, baik dia upah Wardina. Untuk senangkan kerja, wanita itu boleh tinggal di rumah itu buat sementara waktu.

Wardina ketawa perlahan. Entah boleh percaya ke tidak alasan Zafhan itu. Dia tahu Zafhan hanya ingin menolongnya. Kerana tidak ingin terhutang budi, Wardina masih berkeras ingin membayar sewa.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now