Pusing kiri, pusing kanan. Matanya masih tak mampu nak lelap. Dah dipaksa tutup pun, masih akan terbuka juga. Dasar derhaka dekat tuan sendiri. Dah masuk pukul 1 pagi dah ni! Besok sudahlah kena bangun pagi.
Wardina mengeluh perlahan. Comforter ditarik hingga ke dada. Cuba untuk selesakan diri. Sambil itu, matanya menjeling Hayyan yang sudah berbungkus di sofa yang berada tidak jauh dengan katil.
Dah tahu sejuk, kenapa nak pasang aircond? Pakai kipas sudahlah. Bila dia nak tutup, terus dihalang oleh lelaki itu. Katanya panas. Habis tu, yang berbungkus macam orang eskimo tu dah kenapa?
Sebelum tidur tadi pun, sempat mereka berperang merebut katil. Setelah bermacam hujah Wardina utarakan, barulah Hayyan mengalah. Untuk minggu pertama, biar dia yang tidur di atas sofa. Minggu seterusnya baru giliran Wardina.
Tahan ke dia nak tidur atas sofa untuk seminggu berturut-turut? Wardina telan liur. Ah! Susahnya hidup. Kan senang kalau mereka duduk di rumah lain? Terus asing bilik. Tak payah nak seksa diri tidur dekat sofa keras tu.
"Hayyan..." Tiba-tiba terasa nak memanggil lelaki itu. Manalah tahu dapat jadi teman berborak dia sekejap.
"Dah tidur?" Bisik Wardina perlahan. Apabila tiada respon dari lelaki itu, Wardina terus kunci mulut. Dah tidur lah tu. Dia kembali memandang siling.
"Kenapa?"
Tak tunggu lama, anak matanya kembali tertancap pada tubuh itu.
"Kau tak tidur lagi?"
"Aku dah tidur. Dah sampai paris dah pun. Terus tersedar dengar suara sumbang kau."
Wardina mencebik. Dah tu kenapa jawab?
"Aku tak boleh tidur." Ucapnya.
"Aku boleh." Laju sahaja Hayyan menjawab sekaligus membuka mata memandang wajah cemberut Wardina. Marah lah tu. Dia simpan senyum.
"Tidurlah. Kau tahu tak dah pukul berapa?" Arah Hayyan sambil membetulkan posisi baringnya.
Macam mana dia nak tidur kalau tak boleh lelap mata? Sudah lah kena tidur satu bilik dengan Hayyan. Janggal. Lepas tu, bantal peluk gajah nya pula dekat rumah sewa. Tidurnya tak lengkap kalau tak ada Eleph.
Siapa Eleph? Gajah itulah siapa lagi. Dah siap diberi nama sebaik sahaja dia mendapat hadiah itu daripada arwah uminya semasa kecil.
"Kau tak boleh tidur? Nak aku dodoikan ke?" Perli Hayyan.
"Kau ingat aku budak kecik ke?" Lelaki ni, kalau tak menyakitkan hati tak sah.
"Hayyan aku nak tanya." Soal Wardina tiba-tiba.
"Hmm.." Hayyan menjawab sambil pejam mata.
"Kalau aku duduk rumah sewa boleh?"
Automatik matanya jadi celik kembali. Hilang terus mengantuk. Wajah Wardina dipandang berkerut.
"Tak boleh!"
"Ala... kenapa?" Meleret suara Wardina mahu memprotes.
Kenapa? Boleh pula perempuan ni tanya kenapa?
"Kalau aku duduk sana, senang nak pergi kelas. Lagipun, aku rindu Syuhada. Aku rindu Eleph" Wardina merungut.
"Habis tu, kau nak tinggal aku seorang kat sini? Apa yang aku nak cakap dekat mama papa? Kau ingat nenek kasi ke kau jauh dari sisi suami?" Hayyan mula menunjukkan kuasa veto nya sebagai seorang suami. Menyampah pula Wardina tengok.
"Setakat nak pergi kelas, aku pun boleh hantar. Kalau aku kerja, Pak Hamid boleh hantarkan."
"Yalah... yalah! Tapi besok aku nak amik Eleph bawak balik sini. Boleh?" Dia meminta izin. Tak boleh lama-lama berjauhan dengan bantal peluknya itu.
YOU ARE READING
Perfectly Imperfect
RomanceHidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus dia tempuhi. Sehinggalah satu kejadian berlaku. Disebabkan hasad dengki kakak sendiri, dirinya dibuan...