44

9.2K 543 43
                                    

Wardina tersedar apabila tekak tiba-tiba terasa kering. Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Sempat dia menoleh ke sebelah ingin melihat Hayyan tetapi kosong. Hanya ada comforter yang terselak. Automatik nafas dihela berat.

Perlahan-lahan dia bangun dari katil kemudian menghala ke arah pintu bilik kerja Hayyan di penjuru bilik. Melihat cahaya yang terbias dibawah pintu tersebut menandakan ada orang didalam.

"Hayyan." Tegur Wardina seraya kepala dijegulkan dibalik pintu.

Hayyan mendongak kemudian tersenyum.

"Kenapa kau bangun?" Soalnya lalu mengetepikan ipad ditangan.

Wardina tidak menjawab. Setiba dia di sebelah meja kerja itu, terdapat beberapa fail dan kertas. Menunjukkan Hayyan sedang melakukan kerjanya.

"Kenapa kau bangun balik?" Soal Wardina pula. Seingatnya, mereka masuk tidur bersama tadi.

"Aku ada kerja sikit."

"Oh." Wardina terdiam sebelum dia melangkah perlahan kebelakang kerusi Hayyan. Bahu suaminya itu diurut.

"I'm sorry." Ucap Wardina.

"For what?"

"Sebab ayah, kerja-kerja kau dah terganggu." Wardina yakin tentang itu. Sepanjang Tuan Azfanizam berada dihospital, Hayyan selalu pulang awal. Kemudian terus menuju ke hospital menemaninya.

Bila ditanya, lelaki itu dengan selamba berkata seakan tiada masalah. Tetapi hampir setiap malam dia nampak Hayyan berjaga di dalam bilik kerjanya. Tak lain tak bukan mesti sambung kerja pejabatnya dirumah.

"You don't have to say sorry. It's my responsibility." Hayyan tarik tangan Wardina supaya berdiri dihadapannya. Walaupun jari jemari runcing itu sudah tidak menari dibahunya, masih terasa kelegaannya disitu. Tubuhnya juga lebih relaks. Jari itu diusap perlahan.

"After all, he's my father too. Father in law." Sambungnya lagi sebelum tersengih.

"Besok aku tak masuk kelas. Boleh hantarkan aku pergi rumah ayah?" Soal Wardina. Kerana kesihatan Tuan Azfanizam memberangsangkan, doktor dah memberi izin untuk berehat dirumah. Tetapi masih perlu ke hospital beberapa kali untuk sesi fisioterapi.

"Of course, sweetheart. Anything for you." Balasan Hayyan membuatkan Wardina termalu sendiri. Kali kedua dia mendengar panggilan itu keluar dari mulut Hayyan. Pantas dia mengawal riak wajah.

"Jom lah tidur. Kau tak mengantuk?"

"Aku nak siapkan kerja lagi sikit. Kau masuk tidur dulu." Ipad di atas meja dinyalakan untuk melihat jam. Tertera pukul 2.30 pagi.

"Kalau macam tu, aku tunggu kau lah." Baru Wardina ingin duduk di sofa, tiba-tiba tangannya di tarik.

"Fine, let's sleep." Hayyan mengalah. Takkan disebabkan dia, Wardina perlu berjaga sekali. Tidak guna dia memaksa Wardina untuk tidur dahulu kerana dia tahu betapa keras kepala isterinya itu. Buat bazir air liur aje nanti.

Wardina tersenyum sebelum menyambut huluran tangan Hayyan.

***

"Ayah dah mandi ke?" Soal Wardina. Sampai sahaja dirumah ayahnya, terus dapur menjadi langkah kakinya. Wajah Mak Su menerjah pandangan mata.

"Eh, terkejut lah Mak Su! Ingatkan siapa pecah masuk rumah tadi. Bertuah punya budak." Mak Su mengurut jantungnya. Wardina pula hanya tersengih kambing.

"Rasanya tengah mandi tu." Pendek jawapan diberi.

"Hah? Ibu mandikan ayah seorang diri ke?" Tercengang sekejap. Dengan tubuh badan ayahnya yang sedikit berisi, mana mungkin Puan Kirana larat untuk menapung tubuh itu.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now