Tali pinggang dibuka apabila kereta Zafhan berhenti di hadapan rumah. Buku yang berada diatas pehanya itu terus dibawa ke pelukan. Apabila dia keluar dari kereta, Zafhan juga turut keluar sama, berdiri tegak ditepi tempat pemandu dengan pintu kereta tidak ditutup.
"Thank you, Han. Kalau kau tak ada tadi, agaknya aku dah bentang tilam kat bus stop tu." Wardina bersoloroh. Cukup membuatkan Zafhan melepaskan tawanya.
"No problem. Aku boleh hantar kau balik setiap hari kalau kau nak."
"Boleh lah kau jadi grab car aku lepas ni." Kini, Wardina pula ketawa kecil. Dilayankan sahaja gurauan Zafhan itu.
"Kau hari hari ada latihan boleh sepak ke?" Soalnya sekadar ingin tahu.
"Tak adalah. Kadang-kadang. Kalau aku rajin aku pergi. Kalau malas, aku tidur."
"Oh..." Wardina menangguk.
"Suami kau ke tu?" Pandangan Zafhan terarah pada garaj kereta. Sedari tadi dia dah perasan sebenarnya.
Wardina pula cepat berpaling. Automatik pandangannya bertembung dengan mata Hayyan. Lelaki itu seperti sedang memunggah barang dari bonet kereta tapi terhenti apabila melihatnya bersama Zafhan.
Alamak!
"Haah. Dia lah tu. Err... Han, aku masuk dulu lah. Terima kasih sekali lagi sebab hantarkan aku. Jumpa besok!" Pantas Wardina angkat tangan untuk melambai. Dia nak Zafhan cepat-cepat pergi dari situ sebelum Hayyan fikir yang bukan-bukan.
Lama Zafhan memandang Wardina sebelum dia tersenyum kecil.
"Bye, Dina." Tubuhnya kembali masuk ke dalam kereta sebelum mula meluncur laju dijalan raya.
Kereta Zafhan dilihat sehingga hilang dari pandangan. Kemudian, terus dia menoleh ingin menuju ke arah Hayyan yang sedang merenungnya dari tadi. Baik dia jelaskan dengan cepat sebelum lelaki itu salah faham. Namun, belum sempat dia melangkah, tiba-tiba ada seorang gadis keluar dari tempat duduk penumpang hadapan kereta Hayyan.
Dahi dikerutkan. Rasanya dia tidaklah rabun untuk cam perempuan itu. Walaupun baru sehari mereka bertemu, Wardina sudah kenal sangat. Pelik. Kenapa pula Hawa keluar dari kereta suaminya? Bukan Hayyan baru balik dari kerja?
Malas Wardina ingin mengacau, langkah kaki terus dilajukan untuk masuk ke dalam rumah. Buat-buat tak nampak pandangan tajam Hayyan tadi.
"Eh, Wardina. Lambat awak balik?" Tegur Yasmin ditengah tangga. Melihat bakul baju yang sedang dijinjing menandakan gadis itu baru sahaja mengutip baju kotor.
"Ada kelas petang tadi." Jawab Wardina. Yasmin pula mengangguk.
"Err... Yasmin!" Belum sempat Yasmin melangkah, Wardina pantas menghalang.
"Ya, kenapa tu?"
Berkira-kira dia ingin bertanya. Spontan, bibirnya digigit. Nanti apa pula sangkaan Yasmin kalau dia bertanya tentang Hawa? Tapi serius hatinya kini tertanya-tanya.
"Hawa... dia ada pergi mana-mana?" Perlahan dia berkata, mengundang kerutan didahi Yasmin. Mungkin pelik dengan soalan itu.
"Maksud saya, saya takut dia bosan duduk rumah. Maklumlah, kan semua orang kerja. Kesian dia sorang-sorang." Cepat-cepat Wardina membetulkan ayatnya. Sejurus itu, baru lah riak wajah Yasmin bertukar biasa.
"Oh! Tak apa, Wardina jangan risau. Encik Hayyan dah bawa dia jalan-jalan dah tengahari tadi. Lama dia orang keluar. Encik Hayyan lunch dekat rumah lepas tu, dia tak masuk kerja balik sebab bawa Cik Hawa jalan-jalan. Tak ada lah bosan Cik Hawa tu ada sepupu dia teman!" Selamba Yasmin menjawab.
YOU ARE READING
Perfectly Imperfect
RomanceHidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus dia tempuhi. Sehinggalah satu kejadian berlaku. Disebabkan hasad dengki kakak sendiri, dirinya dibuan...