Apa ni? Kebetulan ke? Kalau betul kebetulan, ia adalah satu kebetulan yang sangat tidak mengembirakan dan tak disangka-sangka. Sedari tadi, matanya tidak berkelip-kelip memandang susuk tubuh yang keluar daripada kereta itu.
"Kau buat apa kat sini?" Soal Wardina. Dia perasan lelaki itu juga sedikit terperanjat melihatnya tercegat dekat situ. Dia fikirkan Erin yang datang. Punyalah teruja sampai dia bangun mendekati kereta ingin menyambut kedatangan wanita itu.
Tetapi, lain pula yang muncul.
"Seems like you live here." Hayyan memandang bangunan itu seraya tersenyum senget. Mungkin dia juga tak sangka akan berjumpa gadis itu lagi.
What a coincidence!
"Baru masuk?" Soalnya dengan nada suara yang biasa. Tidak nampak seperti terkejut pun. Lain pula dengan Wardina yang masih terkebil-kebil memandangnya.
Soalan itu tidak dijawab. Wardina lebih berminat untuk mentafsir ayat yang keluar daripada mulut lelaki itu. Apa maksudnya? Dia bercakap seolah olah sudah arif sangat dengan tempat ini.
"Kenapa kau nak tahu?" Dengan perasaan sebal, dia melangkah semula kebelakang, duduk dibangku tadi. Kenapa dalam banyak-banyak lelaki, mamat ni yang dia harus terjumpa? Melihat wajah itu membuatkan dia teringan kejadian yang berlaku di Kafe beberapa minggu lepas. Menyakitkan hati.
Pandangan dikalihkan melihat ke tempat lain. Tidak mahu bersabung mata dengan mata lelaki itu. Tak lama kemudian, pandangannya terus dihiasi dengan satu beg kertas. Betul-betul dihadapan matanya.
"Apa ni?" Wardina berkerut apabila beg kertas yang dihulur lelaki itu hampir bercium dengan dahinya.
"Nama kau pudina kan? Ni makanan yang Kak Erin bagi." Dia merujuk pada beg kertas yang dipegang.
Pu... Pudina?!
"It's Wardina. Not Pudina." Walaupun geram, beg kertas itu masih disambut.
"Kau kenal Kak Erin?" Soalnya. Kelihatan lelaki itu dah bersandar di bahagian hadapan keretanya sambil berpeluk tubuh.
"Siapa yang tak kenal kakak kandung sendiri? Tell me." Soalan dibalas dengan soalan.
Sekali lagi Wardina tercengang. Kebetulan kali kedua yang yang amat mengejutkan. Siapa sangka pemilik rumah yang disewa itu kakak kepada lelaki ini.
"Mana Kak Erin?" Soal Wardina lagi ingin tahu.
"Kau ada nampak ke dia kat sini?" Macam biasa, lelaki ni kalau tak meyakitkan hati, tak sah! Wardina merengus perlahan
"Kak Erin tak ada. Anak dia menangis." Jawab lelaki itu jujur, sekaligus membuatkan mata Wardina membulat.
Kak Erin dah kahwin?
Dia sangkakan wanita itu masih tidak berpunya dan Kak Erin pula nampak masih muda. Tetapi, kalau dah ada anak tu, maksudnya Kak Erin juga dah ada keluarga sendiri.
"So, pudina. Pergi naik atas makan. Sebelum kau pengsan dekat sini. Aku jugak yang susah nanti." Badan ditegakkan kembali. Ingin beransur pulang.
Wardina angkat muka seraya melihat lelaki itu yang sedang berjalan menuju ke pintu keretanya. Belum sempat tubuh itu masuk ke dalam perut kereta, dia terus memanggil.
"Hey."
Si lelaki menoleh.
"Cakap dengan Kak Rin terima kasih." Pesannya ringkas.
Senyap, tiada balasan.
"Hayyan." Sebut lelaki itu tiba-tiba.
"Hah?"
YOU ARE READING
Perfectly Imperfect
RomanceHidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus dia tempuhi. Sehinggalah satu kejadian berlaku. Disebabkan hasad dengki kakak sendiri, dirinya dibuan...