Wardina buka mata. Terpisat-pisat dia melihat jam didinding. Pukul 2 pagi. Rasanya tadi, dia baru dapat melelapkan mata. Sekarang, dah terjaga semula kerana ketukan bertalu-talu di pintu rumah. Rumah pula bergema dengan bunyi loceng.
Haneef disebelah dipandang seketika sebelum dia membetulkan comforter yang menyelimuti tubuh kecil itu. Kemudian, rambutnya disepit tinggi dan terus keluar dari bilik.
Bila dia tengok jam, tiba-tiba pula bulu romanya naik. Pukul 2.30 pagi kut! Siapa pula yang datang rumahnya ini? Sudahlah hanya dia dan Haneef sahaja ada dirumah. Kalau jadi apa apa....
Wardina menggeleng kepala laju. Minta dijauhkan. Kalaulah benda tak elok terjadi, selamatkanlah anaknya yang seorang itu dahulu.
Wardina tegak dihadapan pintu. Langsir disebelah diselak sekejap ingin melihat gerangan itu sebelum mulutnya tercengang. Terus hilang rasa takut.
Pintu dibuka.
"Hayyan..."
Hayyan mendongak apabila mendengar pintu rumah dibuka. Sekaligus dengan namanya diseru oleh suara lunak itu. Tergamam sekejap dia melihat wajah manis yang paling dirinduinya.
Nak aje tubuh itu dipeluk, tapi Hayyan menahan diri. Bukan. Sekarang bukan masanya.
Masing-masing terdiam. Entah kenapa tiba-tiba suara Hayyan tersekat. Tadi dalam kereta, bermacam-macam perkara yang dia ingin luahkan. Tapi bila jumpa depan-depan, mulutnya ibarat terkunci.
Wardina pula masih terkejut. Terkejut dengan kedatangan mengejut suaminya itu. Sudah lah pukul 2 pagi. Ditambah pula dengan wajah kusut lelaki itu.
Kemanalah Hayyan menghilang seminggu ini?
Dan kenapa?
"Boleh saya masuk?" Ujar Hayyan tenang setelah lama mereka berdiam diri.
Wardina mengangguk kecil. Melihat tubuh Hayyan bergerak masuk ke dalam rumah, membuatkannya berasa janggal tiba-tiba. Hayyan buat macam tiada apa yang berlaku.
"Saya buat air kejap." Ujar Wardina. Tapi, segala tindakkannya mati apabila lengannya dicapai seseorang. Wardina tersentak.
"Dina..." Wajah Hayyan seperti mengharapkannya untuk kekal disitu. Tak jadi nak ke dapur, Wardina kembali berdiri tegak dihadapan Hayyan.
Apa yang terjadi dengan Hayyan ini?
"We need to clarify something." Ujarnya perlahan.
Dia diam, menunggu bicara Hayyan seterusnya. Dia nampak Hayyan seakan teragak-agak untuk berbicara. Halkumnya bergerak-gerak. Wajahnya pula tidak berkeyakinan seperti selalu.
"About us." Sambungnya lagi kemudian senyap. Naik geram pula Wardina melihat. Kenapa susah sangat untuk lelaki ini buka mulut?
Dan....
Hayyan datang sini, semata-mata ingin bercakap mengenai mereka? Penting sangatkah sampai tak boleh tunggu pagi sikit?
Tapi entah kenapa Wardina tak sedap hati. Kalau dah waktu macam ini datang rumah orang, mesti lah penting.
"Cakaplah. Saya dengar." Balasnya dengan nada dan wajah yang tenang. Tapi dalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu.
"Dina... awak cintakan Zafhan?" Sudah diagak, soalannya membuatkan Wardina tergamam.
"Haritu, Zafhan jumpa saya. He told me that he loves you. So much." Lama Hayyan merenung anak mata Wardina. Ternyata, isterinya itu juga seperti kehilangan kata.
"Kalau dia sukakan saya pun, kenapa?" Soalannya dibalas dengan soalan. Tidak dinafikan, Wardina juga terkejut. Dia tidak sangka Zafhan masih ada hati dengannya walaupun lelaki itu tahu yang dia sudah berkahwin.
YOU ARE READING
Perfectly Imperfect
RomanceHidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus dia tempuhi. Sehinggalah satu kejadian berlaku. Disebabkan hasad dengki kakak sendiri, dirinya dibuan...