14

9.2K 530 11
                                    

"Penatnya! Nak tidur."

Wardina memandang Syuhada yang sedang mengeliat itu. Buruk betul perangai. Kalau ya pun, tunggulah sampai rumah dulu. Ini tidak, keluar aje kereta terus menguap. Kalau ada makcik-makcik yang tengok ni, terus kena reject jadi calon menantu.

Tapi sejujurnya, hari ini memang penat. Kelas mereka dari pagi sampai petang. Lesu dibuatnya.

Pintu kereta ditutup selepas mengambil segala barang-barang. Selepas kelas tadi, mereka singgah di pasar raya untuk membeli barang dapur. Syuhada membantu Wardina mengangkat barang kemudian masing-masing mengatur langkah menaiki tangga.

"Assalamualaikum." Salam diberi sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Kelihatan seorang wanita sedang duduk bersila di ruang tamu sambil menonton televisyen.

"Waalaikumusalam." Kaira, penyewa yang baru sahaja tiba semalam tersenyum.

"Awal Kak Kaira balik?" Tegur Wardina sambil meletakkan barang-barang di dapur.

"Biasalah, budak intern tak banyak kerja sangat. Lagipun, mesin rosak. Tak dapat buat analisis." Balas Kaira ramah. Wardina mengangguk. Dia pun tak faham sangat kerja wanita itu macam mana. Apa yang dia dapat tahu semasa berbual semalam, Kaira mengambil jurusan kimia dan kerjanya hanya di dalam makmal.

Masuk sahaja ke dalam bilik, Wardina menghempas badan ke atas katil. Membiarkan Syuhada mengemas barang didapur. Lagipun sikit aje barangnya.

Telefon yang berdering membuatkan Wardina bengun semula serta mencapai begnya. Telefon dicari dan setelah itu, dia menjawab panggilan daripada Erin.

"Hai, Dina!" Macam biasa, nada suara Erin selalu bersemangat.

"Hai, Kak Rin."

"Kaira dah masuk rumah kan, semalam? Macam mana? Dia okay tak?" Soal Erin dihujung talian.

"Okay aje Kak Rin. Tak sombong, peramah macam Kak Rin juga." Wardina membalas jujur. Walaupun baru sehari perkenalan dia dan Kaira, Wardina dapat rasakan Kaira seorang yang baik dan mudah untuk bertolak ansur.

Baguslah tu. Duduk serumah dengan orang asing memerlukan persefahaman yang kuat.

"Okay, baguslah. Kak Rin telefon ni nak menjemput." Erin kembali pada niat asalnya.

"Kenapa Kak Rin? Qaseh nak kahwin ke?" Mendengar soalan daripada Wardina, membuatkan Erin ketawa besar.

"Anak akak tu kecik lagi tau. Lambat lagi nak kahwin. Ada-ada aje Dina ni."

Wardina tersengih sendiri. Saja bergurau. Dah gaya Erin pun seperti ingin menjemput orang kahwin.

"Malam ni free tak? Keluarga akak ada buat makan-makan sikit. Jemputlah datang. Ajak Syuhada dengan Kaira sekali." Ujar Erin.

Wardina terdiam sekejap mendengar jemputan itu. Sedang berfikir patut ke dia pergi? Ikutkan hati malas. Bukannya dia tak sudi tapi hatinya ragu-ragu bila teringatkan Hayyan. Sudah tentulah lelaki itu ada sekali kerana itu adalah rumah keluarganya.

Sudah elok seminggu ni hidupnya aman kerana tidak berjumpa dengan lelaki itu, dia tak nak hidupnya kembali huru hara.

"Err... tak apa Kak Rin. Dina segan lah."

"Nak segan apanya? Jomlah."

"Kita orang bukan siapa-siapa pun dengan Kak Rin. Macam mengganggu pula."

"Dina dengan yang lain datang lah sebagai kawan akak. Dah alang-alang dekat tu. Lagipun, akak jemput Dina dengan kawan-kawan aje sebab akak selesa dengan Dina." Erin masih cuba memujuk.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now