17

8.5K 495 30
                                    

Sudah hampir setengah jam, bayangan Hayyan masih tidak nampak. Wardina yang sedang duduk di kerusi kayu berdekatan dengan tempat letak kereta terus bangun. Pengsan ke lelaki itu? Dia cuba menghubungi Hayyan tetapi tidak dapat. Tidak berangkat.

Apabila teringat keadaan Hayyan tadi, dia rasa risau pula.

Tak boleh jadi ni, Wardina ambil keputusan untuk memeriksa di tandas. kalau bukan pengsan, takkan tidur pula dalam tu. Belum sempat dia melangkah, tiba-tiba telefonnya berdering minta diangkat. Nama Nabella terpapar pada skrin telefon.

"Helo."

"Dina, kau kat mana?"

"Kat tempat parking kereta. Kenapa?" Dahi dikerutkan.

"Kau boleh tolong aku? Dompet aku tertinggal dekat toilet. Aku baru sampai bilik. Tolong hantarkan kat sini boleh? Bilik aku nombor 25." pinta Nabella.

Wardina mengeluh perlahan.

"Okay." Malas dia ingin cakap banyak. Lagipun, haluannya sekarang memang ingin ke tandas untuk memeriksa keadaan Hayyan.

Langkah diatur menuju ke tandas yang tersedia disitu. Ruangan khas untuk perempuan menjadi keutamaannya untuk mengambil dompet Nabella.

"Tinggal barang merata -rata. Benda penting macam ni pun boleh tertinggal ke? Careless betul." Sempat Wardina merungut. Dompet yang terletak di sinki itu dicapai lalu dimasukkan ke dalam beg tangannya. Sampai sahaja di tandas lelaki, langkah kakinya terhenti.

Boleh ke dia masuk? Tak pasal - pasal dicopnya sebagai penyumbaleweng nanti. Kalau kosong tak apa tapi kalau ada orang, mana dia nak letak muka?

"Hayyan!" Panggil Wardina. Kali ini nada suaranya dinaikkan sedikit. Apabila dia rasakan tiada orang didalam, dia memberanikan diri untuk melangkah masuk. Lagipun, dah tengah malam. Mana ada orang.

Seluruh tandas itu diperiksa tapi bayang Hayyan masih tiada. Wardina mula berkerut. Takkan lelaki itu dah tinggalkan dia seorang diri kat sini? Cari nahas betul!

Wardina keluar semula. Langkahnya kini diatur menuju ke bilik Nabella. Ingin menghantar dompet wanita itu sekaligus meminta izin ingin menunggu disana. Seram pula dia tunggu dekat kawasan ini seorang diri.

Deretan bilik berkonsepkan village moden itu dipandang satu persatu, mencari nombor bilik Nabella.

"Assalamualaikum." Wardina memberi salam saat dia tiba di depan pintu.

"Kak Bella?" Pintu diketuk. Masih tiada jawapan. Tombol pintu cuba dipulas dan ternyata tidak berkunci.

Wardina menolak daun pintu dengan perlahan. Keadaan bilik yang separa gelap, agak sukar dia ingin melihat ruangan itu. Sempat dia memeriksa semula nombor yang tertera pada pintu bilik. 25. Betul lah tu. Naya aje kalau dia salah masuk bilik.

Dalam samar-samar cahaya, matanya tertancap pada satu figura yang sedang terlentang di atas katil. Perlahan kakinya melangkah ke sana dan serentak itu Wardina tercengang.

"Hayyan!" Panggilnya. Seluruh bilik itu di pandang tapi masih tiada bayangan Nabella.

"Hayyan, bangun." Kaki lelaki itu yang tergantung hujung katil disepak kasar. Buang tebiat ke masuk bilik perempuan?

"Hmm..." Kedengaran lelaki itu mengerang kecil.

"Hidup pun kau. Kau buat apa dekat sini? Kak Bella mana? Macam mana kau boleh masuk bilik ni?" Bertubi-tubi soalan yang diberikan tetapi Hayyan tidak menjawab. Yang kedengaran hanyalah erangan kecil lelaki itu.

"Bangun." Lengan lelaki itu ditarik sehingga duduk.

Wardina bercekak pinggang. Berkerut wajahnya memandang Hayyan yang sedang menunduk memegang kepala sendiri.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now