Atas permintaan Hajah Fatima dan pujukkan ahli keluarga Hayyan, Wardina akhirnya setuju majlis dibuat dalam masa terdekat. Hampir seminggu jugalah dia buat keputusan. Tarikh dipilih pada bulan hadapan, semasa dia cuti pertengahan semester.
Oh lupa. Tambah pula dengan paksaan Hayyan!
Sekarang ni, tiba tiba pula Wardina rasa susah hati. Mula meragui keputusan sendiri. Betul ke apa yang dia buat ni? Rasa macam cepat pula dia ingin mendirikan rumah tangga. Umurnya baru 23 tahun!
"Dina? Buat apa kat dapur ni? Pergilah duduk depan..." Terkejut Yasmin apabila melihat Wardina leka membasuh pinggan diruangan dapur. Tubuh itu didekatinya.
"Tak apa Yasmin. Dina bosan lah tak tahu buat apa. Dina tolong Yasmin lah." Ujarnya bersama sengihan. Terbang terus segala kerisauannya sebentar tadi.
"Eh! Tak boleh, tak boleh! Marah pula Puan Fatima nanti." larang Yasmin lagi.
"Nenek pernah marah ke?" Soalan itu mendapat gelengan daripada Yasmin.
"Tak pernah pula marah. Tapi saya yang tak selesa. Ni semua kerja-kerja saya. Kalau bab memasak, saya serahkan kepada Kak Yati. Saya ni, pegang kuali pun tak reti!" Yasmin gelak mengekek. Kemudian, tubuh Wardina ditolaknya menjauhi sinki.
"Dina pergi main masak-masak dengan Qaseh kat atas tu. Kesian dia main sorang-sorang. Dia yang masak, dia lah yang makan."
Wardina ketawa. Aduhai, Yasmin ni orangnya kelakar betul. Tisu dapur diambil dan mengelap tangannya yang basah. Kalau itu yang dikatakan Yasmin, takkan dia nak berkeras pula kan?
Wardina kembali melangkah ke ruang tamu tingkat atas, mencari kelibat Qaseh. Ditengah perjalanan, dia bertembung pula dengan Puan Sri Farida yang sedang membawa dulang makanan. Automatik langkahnya terhenti.
"Aunty nak bagi Qaseh makan ke? Bagi kat Dina lah. Dina pun nak pergi dekat dia ni." Ujar Wardina. Alang-alang dia ingin mencari budak comel itu.
"Ha! Sini pun Dina. Aunty cari tak jumpa, rupanya kat bawah. Elok lah kamu dah naik atas ni..." Ayat Puan Si Farida terhenti sejenak. Serentak itu, dulang berisi bubur ayam dan air kosong mendarat ditangannya.
"Dina tolong bagi Hayyan makan eh? Ni ada ubat sekali. Pastikan dia makan." Arah Puan Sri Farida bersama senyuman.
Wardina terpinga-pinga sendiri.
"Bagi Hayyan makan?" Soalnya hairan. Dah tak reti makan sendiri ke lelaki itu? Cakap pasal Hayyan, dari pagi tadi dia bertandang ke rumah ini, bayang lelaki itu dia tidak nampak. Ingatkan pergi kerja, tapi kerja apa pula hari minggu macam ni?
Selalunya, bila lelaki itu nampak aje muka dia ni, terus muncul tanduk atas kepala. Mula la ingin mengacau ketenteramannya. Suruh buat itulah, inilah. Belum jadi isteri lagi dah kena buli! Kalau dah jadi isteri mahunya dia jadi kuli lelaki itu. Tapi hari ni, aman pula hidupnya.
Tiba-tiba Puan Sri Farida menyuruh bagi Hayyan makanan. Lagi lah Wardina berasa pelik. Bertambah pelik apabila melihat ubat yang tersedia di atas dulang itu.
"Hayyan demam. Tak bangkit-bangkit dari katil sejak pagi tadi. Dina tolong make sure dia makan ubat tau. Hayyan tu liat sikit nak telan ubat. Dia selalu simpan bawah lidah dia." Pesan Puan Sri Farida lagi sekaligus memberitahu taktik anaknya.
"Demam?" Dahi dikerutkan. Dua hari lepas, masa dia datang sini elok aje mamat tu. Sihat tubuh badan. Cuma otak aje tak berapa nak sihat sebab ada aje akal lelaki itu menyakitkan hatinya.
"Haah. Semalam balik rumah basah basah. Mandi hujan agaknya. Dina pergilah ya." Gesa Puan Sri Farida bersama senyuman.
"Eh, tapi... tapi..." Kenapa harus dia?! Tak sempat Wardina ingin menolak, Puan Sri Farida sudah berdesup turun ke bawah.
YOU ARE READING
Perfectly Imperfect
RomansaHidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus dia tempuhi. Sehinggalah satu kejadian berlaku. Disebabkan hasad dengki kakak sendiri, dirinya dibuan...