67

11.3K 509 16
                                    

Bantal tidurnya ditumbuk beberapa kali demi melepaskan geram yang terkumpul. Hanya itu yang dia mampu buat. Nak tumbuk dinding, berkecai pula tangan nanti. Dipermukaan bantal itu, terbayang wajah Hayyan.

Pap!

Sekali lagi dia tumbuk!

Hanya sekali tetapi lebih kuat sehingga tanggannya tenggelam.

Nafas ditarik lalu dihembus. Cuba bawa bertenang. Tapi, entah macam mana dia terbayang pandangan redup Hayyan padanya tengahari tadi. Wajah Hayyan begitu dekat sehingga hidung mereka hampir bersentuhan. Nasib baik dia tersedar. Terus ditolaknya lelaki itu sehinga jatuh sofa. Gila!

Tak semena-mena, mukanya terasa panas!

Dah kenapa pula ni? Jangan sampai dia tumbuk diri sendiri pula. Rasanya... dia memang layak tumbuk diri sendiri lepas teringat apa yang dibebelnya pada Hayyan.

"Argh!!!" Wardina menjerit. Penat dengan perasaan sendiri. Nasib baik lah Haneef tidur dirumah mama Hayyan. Jadi tak adalah dia rasa bersalah memekak tengah malam buta ni.

Tak boleh jadi ni. Pantas dia turun dari katil. Rambut panjangnya diikat satu kemudian keluar dari bilik. Ingin minum air. Mana tahu lepas dia minum air, bayangan wajah Hayyan dalam kepalanya akan hilang juga. Minta-minta lah.

Sampai di bawah, kaki Wardina pegun dihujung tangga. Anak matanya terpasak pada sejambak besar bunga ros merah di atas meja. Perlahan dia mendekati meja makan. Bunga itu disentuh lagi. Kad yang terselit dicapai dan dibuka.

I love you to the moon and back.- Hayyan

Lama Wardina memandang kad itu sebelum diletakkan ke tepi. Jambangan bunga itu diambil dengan berhati-hati sebelum dicium lama. Wangi!

Bunga ini, Hayyan memberinya semasa menghantarnya pulang petang tadi. Entah bila mamat tu beli, tahu-tahu aje semasa dia turun kereta, Hayyan dah hulur.

Cuma, baru dia perasan ada kad yang terselit. Dan bila baca, terasa jantungnya laju seakan baru lepas marathon 100 meter. Tangannya naik, memegang dada sendiri.

Wardina gigit bibir. Perasaannya? Entah. Dia sendiri tidak tahu. Tapi sekarang dadanya berdebar. Wajahnya membahang. Mungkin juga ada sedikit rasa suka. Bukan, sekarang dia rasa macam nak lompat bintang.

Haih, apa kena dengan kau ni Dina?

Dalam diam bibirnya menguntum senyum.

***

"Aku sayang Dina."

Cukup dengan perkataan itu, membuatkan Hayyan mati kata. Wajahnya tegang, rahangnya diketap. Di bawah meja, tangannya mengepal penumbuk.

Wajah kedua-dua lelaki yang sedang duduk bertentangan itu kelihatan serius. Tiada secalit senyuman pun yang terukir di bibir.

Zafhan masih berpegang teguh dengan keputusannya. Walaupun dia tahu, apa yang dia lakukan ini adalah salah.

"Aku sayang dia lebih dari seorang kawan."

Sambungnya lagi. Tidak peduli dengan Hayyan yang bila-bila masa sahaja boleh menumbuknya saat itu. Dia tahu, lelaki itu sedang menahan perasaan. Melihat urat yang muncul didahi Hayyan, sudah membuktikan semuanya.

"Aku jatuh cinta dekat dia, sejak kali pertama aku nampak dia dalam kelas." Kali ini, senyuman kecil terbias di wajahnya. Zafhan menunduk sedikit. Mengimbas kembali memorinya dengan Wardina.

"She's beautiful...." Bisiknya.

"Shut your mouth!" Hayyan akhirnya bersuara keras, seperti menahan diri daripada menengking. Tali leher yang terlilit kemas dilonggarkan dengan kasar.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now