8

9.1K 570 9
                                    

"Kau nak bawa aku pergi mana ni?" Soal Wardina seraya berkerut. Simpang untuk masuk ke perkarangan rumah sewanya dah terlepas.

Hayyan mendiamkan diri.

"Kita nak pergi mana? Jawab lah." Sekali lagi dia menyoal geram.

"Balik rumah aku." Ucap Hayyan pendek. Matanya masih fokus memandang ke jalan raya yang kosong. Pedal minyak ditekan sedikit menambah kelajuan.

"Hantar aku balik. Buat apa nak pergi rumah kau?" Nada suara Wardina naik seoktaf. Hayyan buat tidak dengar.

"Hayyan!" Wajah serius lelaki itu dipandang lagi bersama seribu rasa. Sudahlah perasaan dia masih tak stabil, ditambah pula dengan sikap lelaki ini.

"Turunkan aku kat sini. Aku nak keluar." Terus anak mata Hayyan melekat pada wajah Wardina. Melihat betapa kosongnya reaksi itu, membuatkan Hayyan merengus.

Dia tidak tahu apa yang sedang gadis itu fikirkan. buatnya tiba-tiba gadis itu terjun keluar, mati dia.

Stereng kereta terus dipulas ketepi, berhenti tepi jalan. Hampir kehadapan tubuh Wardina apabila kereta itu berhenti mengejut.

"Kau nak keluar? Kau nak balik jalan kaki sorang sorang dengan kaki terseliuh tu? Lepas tu nak tunggu kena rogol? Kalau aku tak datang tadi, aku rasa kau dah..." ayat Hayyan terhenti, seakan baru sedar apa yang dia sedang katakan. Dia memandang Wardina yang masih statik disebelah. Wajah gadis itu berubah sedikit.

"Aku okay. Aku nak balik. Hantar aku balik rumah sewa." Pandangan dihala keluar tingkap. Kata kata Hayyan itu cukup membuatkan dia meremang takut. Kalau boleh, dia tak nak lagi ingat tentang itu.

"Kau jangan degil boleh tak?"

"Aku nak balik lah! Kau tahu tak aku rasa kotor sekarang ni?! Hantar aku balik!" Bentak Wardina tiba-tiba.

"Macam mana aku nak tinggalkan kau kalau kau masih shaking macam ni?!" Pantas Hayyan memotong. Nafasnya cuba dikawal. Pertama kali dalam seumur hidup, dia bertemu dengan perempuan sedegil ini.

"Tu. Tangan kau tu tak habis menggeletar lagi. Itu yang kau cakap okay?" Sambungnya lagi dalam keadaan marah.

Serentak itu, Wardina terus memandang tangannya diatas peha. Terketar ketar. Dia sendiri tidak perasan. Kemudian, cepat-cepat dia menggenggam kedua belah tangan.

"Belum masuk lagi dengan kaki kau yang dah terseliuh tu." Sambungnya lagi.

Kedengaran Hayyan mengeluh untuk kesekian kalinya.

"Macam ni, aku bawa kau balik rumah family kau."

Dengar sahaja perkataan family, Wardina menggeleng laju.

"Tak payah. Aku tak nak." Tak ada beza pun kalau keluarganya tahu pasal ini.

"Dalam keadaan macam ni pun, kau nak ketepikan family? I don't understand you, Wardina." Stereng kereta digenggam kuat dan sekali lagi dia merengus.

"I just want to go home. Aku nak balik rumah sewa. Kau ingat kalau aku bagitahu keluarga aku, dia orang akan ambil peduli? Kau ingat kalau aku balik, dia orang akan sambut aku? Kau ingat keluarga aku risaukan aku?" Entah mengapa lancar pula Wardina membuka mulut. Matanya kini terasa panas.

"Tak, Hayyan. Dia orang takkan pedulikan aku."

Hayyan terkedu tatkala air mata gadis itu jatuh lagi. Tidak lah seteruk tadi tetapi cukup membuatkan dia kunci mulut. Mendengar kata kata Wardina tadi, dia jadi tertanya-tanya saat itu.

Bukan, sebenarnya dari awal pertemuan mereka lagi dia dah tertanya tanya tentang kehidupan seorang Wardina.

Perempuan ni, sangatlah misteri baginya.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now