"Bella!" Wardina menjerit. Terkejut dengan apa yang berlaku seketika tadi. Bajunya yang dah kuyup itu dipandang dengan mulut sedikit terlopong.
"Ya Allah, Dina! Aku minta maaf. Aku minta maaf sangat sangat." Jag air yang dipegang terus diletak ke sinki. Kelam kabut tisu dapur dicapai kemudian mengelap baju Wardina yang dah terjirus air itu.
Bibir digigit menahan rasa. Perempuan ni!
"Kau sengaja kan, Bella? Kau nak balas dendam pasal hari tu?" Tak pasal-pasal Wardina naik angin. Diungkitnya kisah semasa Nabella cedera kerananya. Nabella yang mendengar terus terkedu.
"T-tak, Dina. Aku betul-betul tak sengaja."
"Kau tahu kan aku nak keluar dengan Hayyan hari ni sebab tu kau buat macam ni! Kau ni kenapa, Bella? Apa yang kau tak puas hati lagi dekat aku?" Marah Wardina lagi.
Baju yang Hayyan belikan untuknya itu dipandang dengan perasaan yang bercampur baur. Dah bertukar coklat dress putihnya kerana disimbah air milo.
"Dina, aku tak ada niat pun. Aku tak perasan kau nak ke dapur..."
"Alasan! Aku tahu kau memang tak puas hati dengan aku. Kau punya kemaafan tu semua pura pura kan?" Entah kenapa amarah Wardina hari itu mencanak naik. Rasa nak menangis pun ada melihat bajunya yang dah kotor.
"Kenapa, ni?" Terkocoh-kocoh Mak Su menghampiri mereka. Dari luar rumah dah dengar suara bising anak-anak majikannya itu. Dia yang sedang menyiram pokok tak tenang jadinya.
"Mak Su... Bella tak sengaja tumpahkan air milo dekat baju Dina. Bella tak perasan..."
"Tipu! Kau sengaja! Cukup lah Bella. Hentikan lakonan kau ni!" Lantas Wardina memotong kata-kata itu.
"Sayang! Kenapa ni?" Muncul Hayyan pula diikuti dengan Tuan Azfanizam dan Puan Kirana. Masing-masing terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.
Nabella terus melutut. Membuatkan semua mata memandang ke arahnya.
"Dina, aku betul-betul tak sengaja. Kau boleh ambil semua baju aku. Kau pilih aje mana yang kau nak. Kau tak payah pulangkan pun tak apa. Sebagai ganti aku dah rosakkan baju kau." Nabella menunduk, serba salah.
Sekali lagi Wardina menghembus nafas kasar. Mustahil lah Nabella tak nampak akan dirinya. Dapur ini bukannya gelap. Terang benderang!
"Nak pinjam baju-baju kau? Kau tahu tak baju kau tu semua tak cukup kain? Kau nak aku pakai macam tu depan orang ramai? Tayang badan aku macam mana kau tayang badan kau?"
"Wardina!"
Tengkingan itu membuatkan Wardina terdiam seribu bahasa. Kepala ditoleh sedikit memandang tuan empunya suara itu.
"Bawa mengucap. She is your sister. Your family." Ujar Hayyan bersama dengan kerutan nipis di dahi. Masih terkedu dengan apa yang keluar dari mulut isterinya.
Mana Wardina yang dia kenal sebelum ini?
Depan matanya ibarat bukan isteri kesayangannya.
Wardina menoleh pula pada wajah Puan Kirana dan Tuan Azfanizam. Apabila mereka bertentang mata, masing-masing melarikan anak mata. Seketika kemudian Wardina mengerti.
Riaksi wajah mereka seakan-akan kecewa dengan kata-katanya. Tapi mereka tak mampu untuk bersuara. Kerana apa? Kerana mereka juga pernah melalukan silap padanya. Mereka berasakan mereka tiada hak untuk masuk campur.
Puan Kirana menahan rasa. Begitu juga Tuan Azfanizam. Mereka kasihan dengan Nabella tapi pada masa yang sama mereka faham perasaan Wardina. Sukar wanita itu untuk memaafkan Nabella.
YOU ARE READING
Perfectly Imperfect
RomanceHidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus dia tempuhi. Sehinggalah satu kejadian berlaku. Disebabkan hasad dengki kakak sendiri, dirinya dibuan...