Langkah Hayyan kaku di pintu masuk. Cuba untuk berfikir dengan rasional. Cukuplah dengan dadanya yang dah berdebar sakan dari tadi. Fikirannya seakan tidak boleh berfungsi dengan baik.
Baru dia ingin menelefon polis untuk membuat aduan bahawa rumahnya dipecah masuk tetapi terus tak jadi apabila melihat wajah depan mata. Air liur ditelan kesat.
"Sayang... is that you?" Suaranya seakan tak keluar. Dahi berkerut nipis memandang figura itu.
Adakah dia sedang bermimpi? Hayyan berteka-teki sendiri. Mungkin kerana terlampau rindukan wanita itu, otaknya jadi tak betul.
Tidak, tak mungkin. Dia masih sedar.
Damn!
Wardina menggigit bibir. Ternyata jantungnya juga berdebar laju. Lidahnya pula seakan kelu untuk berkata-kata membuatkan dia membisu disudut tangga. Lama pandangan mereka bertaut sebelum masing-masing tersedar dengan suara seseorang.
"Mommy, is this my daddy?"
Serentak itu, masing-masing tergamam.
Kini, jantungnya pula seakan ingin jatuh. Baru tersedar tentang sesuatu lantas anak matanya terpasak pada wajah Hayyan. Kelihatan Hayyan menundukkan kepalanya, memandang kearah kaki kirinya yang dah selamat menjadi pelukan budak kecil itu.
Mommy?
Hayyan mengerutkan dahi.
"Sayang, let's go home." Wardina pantas melarikan anak matanya. Digagahkan kaki untuk melangkah dekat dengan Hayyan sebelum tangan Haneef dilonggarkan dari memeluk kaki itu. Nafas cuba diatur, menenangkan debar didada.
"Uncle, you're not my daddy?" Haneef mendongak kepala apabila tidak mendapat balasan apa-apa daripada mommy nya. Terkebil-kebil matanya memandang wajah Hayyan. Entah kenapa, wajah Haneef seakan mengharapkan sesuatu dari lelaki itu.
"Di-Dina..." Bicara Hayyan tersekat. Sungguh, dia terkedu.
"Jom kita balik, sayang. Let's go."
Tanpa buang masa, tubuh Haneef didukung. Bagasi yang berada dihujung tangga diambil sebelum kelam kabut dia melangkah ke arah pintu rumah.
"Sorry. Saya pecah masuk rumah awak. Saya hanya nak ambil barang-barang saya." Sempat dia berkata pada Hayyan tanpa memandang sedikitpun ke arah lelaki itu.
Kenapa?
Kenapa sekarang?
"Dina, wait!" Tidak tunggu lama, Hayyan terus memusingkan badannya. Lantas pergelangan tangan Wardina dicapai membuatkan bagasi yang dipegang jatuh ke lantai.
"Apa ni, Hayyan!" Tangan itu ditepis.
Wajah Hayyan seakan tergamam. Dia tidak bermimpi.
"So, it's you..." Wajahnya diraup bersama dengan helaan nafas panjang. Apabila dia sudah mendengar suara lantas memegang lengan itu, membuatkan dia yakin apa yang ada depan mata.
Ia bukan lagi sekadar bayangannya.
Kini yang berdiri dihadapannya adalah isteri dia yang nyata. Dan budak itu...
Tak tahu apa yang dia rasakan saat ini. Perasaannya bercampur baur. Dia gembira. Terlalu gembira sehingga rasa ingin mengeluarkan air mata. Tapi, pada masa yang sama, dia keliru.
Wajah budak lelaki kecil yang memeluk kakinya tadi dipandang lama.
"Sayang..." Tangan Wardina dicapai kembali.
"Hands off!" Keras Wardina berkata sebelum berusaha merungkaikan pegangan tangan itu. Disebabkan dia sedang mendukung Haneef, pergerakkannya terbatas.
YOU ARE READING
Perfectly Imperfect
RomansaHidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus dia tempuhi. Sehinggalah satu kejadian berlaku. Disebabkan hasad dengki kakak sendiri, dirinya dibuan...