69

11.6K 439 8
                                    

Wardina mematikan gas. Nasi goreng yang sudah siap di masak itu di senduk ke dalam mangkuk kaca sederhana besar kemudian dibawa ke hadapan. Sarapan sudah dia siapkan. Tinggal nak tunggu dijamah sahaja.

Selepas dia menyusun pinggan di atas meja, kakinya melangkah menaiki tangga untuk ke bilik. Sekarang dah pukul 10 pagi. Agak lewat mereka bangun. Semuanya gara-gara kejadian semalam. Selepas subuh, masing masing sambung tidur semula kerana mengantuk punya pasal.

Pintu yang sedikit renggang itu ditolak. Kelihatan Haneef sedang duduk di atas perut Hayyan yang sedang baring. Dah bangun rupanya dua beranak ni.
Satu senyuman manis terlakar dibibir Wardina apabila Hayyan menggamit untuk mendekatinya.

"Ingat tak bangun lagi." Punggungnya dilabuhkan di birai katil.

"Macam mana abang nak sambung tidur kalau budak kecik ni dah melompat-lompat atas perut abang..." Pipi Haneef dicium berkali-kali. Sekali sekala dia mengaduh kesakitan apabila dasar perutnya itu menjadi tempat lompatan Haneef.

"Argh! Don't kiss me. Daddy tak mandi! Busuk!" Tangan kecil itu menggosok gosok pipinya sendiri yang kemerahan kerana perbuatan Hayyan.

"Yeke busuk? Eleh... Haneef kena ingat tau. Haneef pun tak mandi lagi. Entah-entah Haneef lagi busuk dari daddy." Tak peduli dengan larangan Haneef, kali ini Hayyan menggeletek pula. Haneef yang dari tadi elok duduk di atas perutnya kini tumbang sama-sama di atas katil. Bilik itu dipenuhi dengan ketawa mereka.

Wardina menggeleng kepala.

"Abang, dah lah tu. Jangan dilayan sangat Haneef. Nanti sampai besok tak bangkit dari katil. Haneef, jom ikut mommy. Bath time!"

Haneef berdiri di atas katil. Nafasnya sedikit mencungap. Mana tidaknya kalau gelak macam orang tak betul tadi. Kedua-dua tangannya diangkat bagi memudahkan Wardina membuka baju tidurnya.

"Mommy dah mandi?" Soal Haneef.

"Dah, sayang. Kenapa? Muka mommy nampak macam orang tak mandi ke?" Selamba Wardina menjawab. Haneef pula seakan berfikir tentang sesuatu.

"Tapi daddy kata dia nak mandikan mommy lepas mommy mandikan Haneef."

Eh?!

Wardina tercengang. Besar matanya menoleh ke arah Hayyan yang dari tadi sedang baring mengiring memandang mereka berdua. Hayyan sengih.

"Abang!" Bahu Hayyan ditampar kuat. Tak percaya Hayyan cakap begitu pada Haneef.

"Aduh! Sakitlah sayang..."

"Apa ni cakap macam tu kat anak?"

"Gurau ajelah sayang." Kemudian dia ketawa besar.

"Abang tak pergi kerja ke hari ni?" Soal Wardina.

Mendengar soalan itu membuatkan kepala Hayyan jatuh ke atas katil. Satu keluhan dilepaskan. Dia ingatkan semuanya dah selesai. Rupanya ada lagi satu benda yang belum selesai.

Hal pejabatnya.

Wardina tersenyum.

"Itulah... siapa suruh menghilang tanpa khabar berita?" Usiknya.

"Mesti Faleeq marah abang." Masa dia menghilang, telefonnya pun dimatikan. Hanya beberapa kali sahaja dihidupkan untuk hal-hal penting. Bukan hanya ratusan panggilan Faleeq dia abaikan, puluhan masej Faleeq pun dia hanya baca begitu sahaja. Tak berani nak baca sampai habis kerana dia yakin, hujung hujung tu dah tak rupa pesanan dah. Dah rupa carutan.

"Abang explain lah dekat dia. Mesti dia faham."

Bunyi loceng bergema di dalam rumah itu menandakan ada orang datang. Pantas Wardina bangun, menghampiri jendela biliknya. Bila melihat ada sebuah kereta mewah hitam dipakir elok depan pagar rumahnya, Wardina terus terdiam.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now