Pagi itu, Hayyan hanya menghabiskan masanya di dalam bilik. Hari keempat dia berada disini, barulah boleh berehat sekejap. Projeknya di Sabah betul-betul makan tenaga yang banyak.
Tenaga fizikal dan mental.
Faleeq memilih untuk sambung tidur. Awal-awal lagi lelaki itu menyerah diri daripada melakukan apa-apa aktiviti. Dia yakin besok mesti kena turun site dan banyak benda yang mereka kena pantau.
Hayyan ni pulak agaknya pernah makan singa. Tenaga pun jadi tenaga singa. Tak penat-penat. Awal pagi lagi dia sempat keluar jogging sebelum sambung bercinta dengan iPadnya dalam bilik.
Telefon dicapai. Kemudian nombor Faleeq didail. Lama dia menunggu tetapi lelaki berkaca mata itu masih tidak mengangkat telefon sehinggalah panggilan ke dua dibuat.
"What's up?" Mamai suara dihujung talian. Hayyan yang mendengar tersenyum sinis. Tahu sangat lelaki itu sedang tidur.
"Bangun. Ikut aku pergi lunch dekat bawah." Bilik Faleeq hanya sejengkal aje dengan biliknya. Tapi dia memilih untuk menelefon.
"Hah? Dah tengahari?"
"Dah. Kau ni Leeq, tidur mati ke apa?"
"Kau turun lah dulu. Nanti aku menyusul."
Tett! Panggilan dimatikan. Terkebil-kebil Hayyan memandang skrin telefonnya yang dah gelap. Berani lelaki ni letak panggilan telefon bos sendiri?!
Kepala digelengkan sebelum mula bersiap untuk keluar bilik. Tak faham lah Faleeq ni. Penat macam dia pula yang buat kerja construction tu.
Santai sahaja pakaiannya pada hari itu. T-shirt putih bersama jaket denim hitam diluar. Dipadankan pula dengan selur jeans hitam. Orang kata, pakaian tahi cicak. Entahlah.
Meja empat segi yang berada dihujung restoran dipilih. Hayyan melabuhkan punggung di kerusi. Sempat dia menghantar pesanan masej pada Faleeq untuk turun cepat sebelum kena tinggal.
Lelaki itu kalau tidur, tak ingat dunia. Samalah macam isterinya. Memikirkan Wardina di rumah membuatkan hatinya berbunga-bunga. Apalah yang dia sedang lakukan?
Baru Hayyan ingin telefon Wardina, tiba-tiba matanya tertancap pada satu figura depan mata. Sedang berbual rancak bersama dengan beberapa orang perempuan yang duduk satu meja dengannya.
Pada mulanya, Hayyan ingin mengendahkan bila teringat kata-kata Wardina semalam. Tapi kali ini, dia yakin tidak salah. Figura itu jelas depan matanya.
Kemudian wanita itu bangun dari kerusi. Membuka mulut berbicara dengan rakan yang lain sebelum mengatur langkah ke arah Hayyan. Tetapi tidak pula wanita itu memandang wajahnya. Nampak seperti ingin pergi ke tandas.
"Bella." Tegur Hayyan apabila Nabella sudah berjalan melepasinya. Automatik langkah wanita itu terhenti sebelum menoleh.
"Hayyan?" Nabella mempamer wajah seakan tak percaya. Kembali berjalan kebelakang beberapa tapak untuk ke meja lelaki itu.
"I knew it. Ini dah kali ke dua I nampak you dekat Sabah. Ingat orang lain sebab Dina kata you dekat Langkawi." Ujar Hayyan.
"Oh! I memang pergi Langkawi sekejap. Then terus datang sini dengan kawan-kawan I." Jari ditunjukkan pada meja tempatnya duduk tadi.
Hayyan hanya senyum nipis melihat rakan-rakan Nabella seakan berbisik sesama sendiri melihat mereka berbual. Ada yang tersenyum-senyum macam kerang busuk. Kerana tidak selesa, Hayyan mengalih pandang.
"You buat apa sini?"
"Dina tak bagitahu you ke? I outstation. Rasanya dia dekat rumah ibu ayah sekarang ni."
YOU ARE READING
Perfectly Imperfect
RomanceHidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus dia tempuhi. Sehinggalah satu kejadian berlaku. Disebabkan hasad dengki kakak sendiri, dirinya dibuan...