39

9.8K 563 40
                                    

Dulu, Wardina pernah sekali terfikir. Macam mana kehidupannya setelah menerima tawaran Hayyan untuk menjadi isteri lelaki itu. Yang pertama, sudah tentulah Hayyan dapat menjamin kehidupannya tatkala dia dalam kesempitan hidup setelah dibuang keluarga.

Yang kedua, perhubungan mereka akan penuh dengan kepalsuan. Dan ternyata betul. Buktinya, selama ini mereka hanya berpura-pura mesra depan keluarga. Ubah panggilan romantik apabila dihadapan orang tapi bila berduaan, guna panggilan kau-aku. Tidur asing pula tu.

Memang semuanya sudah difikirkan sebelum dia menjadi isteri Hayyan. Sudah dipahat dalam otak yang mereka berkahwin hanya untuk kepentingan masing masing. Tiada istilah cinta mahupun suka.

Tapi sekarang, Wardina langsung tak sangka yang dirinya akan tertarik dengan Hayyan setelah hidup bersama dengan lelaki itu. Sikap Hayyan yang dia kenali selepas kahwin membuatkan hatinya selalu rasa berdebar.

Ya, dia akui Hayyan seorang lelaki yang baik. Ramai juga lelaki baik dalam dunia ni. Contoh depan mata, Zafhan. Kalau dia jatuh hati pada kebaikkan Hayyan, kenapa bukan Zafhan? Zafhan juga baik.

Wardina pasti, ada sesuatu pada Hayyan yang membuatkan hatinya berdebar tiap kali dekat dengan lelaki itu. Yang membuatkan dia rasa selesa. Rasa selamat. Rasa disayangi.

Namun, pernah juga dia terfikir apa akan jadi dengan masa depan mereka. Takkan selamanya macam ni? Tiada hala tuju. Wardina tahu perhubungan yang penuh dengan penipuan takkan menjumpai kebahagiaan dihujung jalan. Macam mana kalau suatu hari nanti Hayyan dan dia akan berpisah?

Berpisah.

Perkataan yang sangat takut untuk dia dengari.

Dan sekarang, perkara itu dah pun berlaku.

Kata-kata Hayyan tadi hampir membuatkan jantungnya terjatuh. Lutut rasa longgar tapi digagahkan juga berdiri tegak. Anak mata Hayyan dipandang lama bersama seribu rasa. Begitu juga Hayyan, pandangannya disambut.

Masing masing mengawal riak muka tapi siapa tahu apa yang mereka rasakan dalam hati?

"What?" Wardina menyoal perlahan. Berharap semuanya hanya mimpi. Berharap yang dia sebenarnya salah dengar.

"Do you still want this relationship?" Hayyan mengulang. Tiada secalit senyuman pun yang terukir di wajah, menunjukkan betapa seriusnya dia tatkala itu.

Wardina pula hanya mampu mengemam bibir. Takut untuk berbicara. Dalam hati meronta ingin perhubungan mereka diteruskan tetapi tidak terkeluar dek suara. Soalan Hayyan dibiar sepi.

Tiada guna hanya dia seorang yang berusaha kalau Hayyan sedikit pun tidak mahu hubungan ini diteruskan. Wardina takut kalau dia yang memerangkap hidup Hayyan dalam mencari kebahagiaan sendiri.

Kedengaran Hayyan merengus perlahan.

"Let me ask you something. Kita ni apa sebenarnya?" Soal Hayyan lagi bersama kerutan nipis di dahi.

Masih diam. Tiada jawapan yang dapat dikeluarkan. Dia tahu Hayyan maksudkan tentang perhubungan mereka. Tapi, Wardina juga tidak pasti.

Kekasih? Jawapan yang boleh dicampak jauh-jauh. Kekasih apa kalau mereka kahwin bukan atas dasar cinta. Kawan? Mereka berkawankah?

Tiada jawapan! Sekarang, dia yang rasa tertekan. Dia sendiri tak tahu apa perhubungan mereka. Wardina mengetap bibir.

"Answer me, Wardina! What the hell were we?"

Terhinjut bahunya menerima jerkahan itu. Terkejut kemudian terasa kedua bahunya dicengkam. Tidak lah kuat tetapi cukup menimbulkan rasa gerun dalam hati. Lagi-lagi bila melihat wajah Hayyan yang dah bertukar garang. Tiada lagi wajah biasa seperti tadi. Lelaki itu sudah mendekat setapak kepadanya.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now