Wardina mula rasa gusar hati. Baru tadi dia melihat baki akaun simpanannya tinggal lebih kurang dua ribu ringgit. Ya, memang banyak tapi kalau dah tolak yuran belajarnya, berapa aje yang tinggal? Tak sampai seribu. Belum masuk sewa rumah lagi. Barang barang keperluannya pula?
Satu keluhan dilepaskan.
"Syu, memang tak ada ke mana mana kedai nak ambil pekerja sambilan?" Soal Wardina. Semalam, sewaktu mereka berada di dalam pusat beli belah, ada juga dia bertanya tentang kekosongan. Tapi semua tak kena dengan jadualnya.
"Tak ada, Dina. Aku dah tolong tanyakan hari tu. Kalau ada pun susah. Sebab jadual kita tak flexible." Balas Syuhada bimbang. Dia tahu masalah gadis itu.
"Kalau aku berhenti belajar?" Tiba-tiba terkeluar soalan itu dari mulut Wardina. Membuatkan Syuhada menjegilkan matanya.
"Eh, kau gila ke Dina? Kita dah tahun akhir kut!" Sekeras kerasnya dia melarang.
"Aku kena support diri aku sendiri Syu. Duit simpanan aku pun tak banyak lepas dah bayar yuran." Adu Wardina. Tubuhnya terus dihempas pada katil. Siling putih dipandang kosong. Kalau sebelum ni, dia tak kisah sangat pasal duit sebab duit belanja ayahnya masih ada banyak dalam bank. Tapi duit itu hilang sekelip mata kerana hasad dengki Nabella!
"Aku boleh tolong kau, Dina. Kau jangan risau." Ujar Syuhada. Cuba untuk menghilangkan rasa gusar pada hati Wardina.
"Sampai bila? Sampai kau pun miskin macam aku?" Wardina ketawa membuatkan Syuhada terdiam sejenak.
Betul juga apa yang gadis itu katakan. Dia bukannya kaya macam keluarga Wardina mahupun keluarga Hayyan.
Eh! Hayyan?
"Dina! Apa kata kau terima lamaran Hayyan?" Entah macam mana, Syuhada sudah duduk dibirai katilnya. Teruja wajah itu memandang ke arahnya.
"Hah? Kau gila ke Syu? Tak nak lah aku!" Dah kenapa pula nama Hayyan tiba-tiba naik ni?
Dia ada cerita tentang itu pada Syuhada tempoh hari. Bukan main seronok gadis itu mendengar. Tapi selepas Wardina kata dia menolak, terus Syuhada jadi seperti orang hilang akal. Katanya dia menolak rezeki depan mata.
Rezeki apa kalau dapat kahwin dengan lelaki annoying tu?
"Okay... Cuba kau bayangkan bila kau terima lamaran...."
"Tawaran! Buka lamaran!" Cepat cepat Wardina membetulkan ayat Syuhada. Perkataan lamaran itu nampak seperti mereka bercinta pula.
Syuhada menjulingkan mata ke atas. Apa apa sajalah!
"Okay fine! Tawaran Hayyan. Cuba kau bayangkan kau terima tawaran Hayyan tu. Kau boleh jadi isteri orang kaya raya tau! Hidup kau akan senang lepas ni." Syuhada meletakkan kedua belah tangan dipipi. Membayangkan perkara itu terjadi, dia pula yang naik semangat! Teruja.
"Syu, aku tak kisah lah pasal harta dia. Aku cuma tak nak kahwin di usia yang muda. Aku ni belajar pun tak habis lagi. Lepas tu, kau ingat kahwin ni main main ke? Lepas kahwin, aku kena duduk dengan dia tahu tak?" Idea Syuhada ditolak mentah mentah. Tak dapat dibayang kan bila dia dan Hayyan duduk sebumbung. Entah entah asyik bergaduh aje.
"Kalau macam tu kau cari sugar daddy jelah! Senang!" Syuhada mencebik. Geram ideanya ditolak.
Wardina ketawa kuat. Idea itu sangat menarik tapi dia belum sampai ke tahap itu lagi.
YOU ARE READING
Perfectly Imperfect
RomanceHidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus dia tempuhi. Sehinggalah satu kejadian berlaku. Disebabkan hasad dengki kakak sendiri, dirinya dibuan...