"Air." Gelas berwarna hitam itu dihulur pada Wardina sebelum melabuhkan punggung disebelahnya. Sudah 1 jam berlalu tetapi Wardina masih tidak menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti menangis.
Syuhada yang melihat hanya mengeluh. Tersiksa dia melihat Wardina menunduk sambil memeluk lutut sendiri. Baru satu jam dia melihat kesedihan wanita itu tapi dia dah mula rindu Wardina yang ceria.
"Dina, dah lah tu. Tak baik nangis lama-lama." Perlahan tangan diangkat dan mengusap belakang badan Wardina.
Dengan keadaannya yang masih tersedu sedan, tisu yang berada di atas meja ditarik sebelum mengesat air matanya yang masih berbaki.
Matanya bengkak dan merah. Hidung juga merah. Menandakan betapa lamanya dia menangis. Janjinya dengan Syuhada untuk menemani wanita itu ke aquaria terkubur begitu sahaja selepas dia keluar rumah tadi.
Masuk kereta, dia terus meraung bagai tiada hari esok. Syuhada pula bagaikan memahami, terus membawa Wardina pulang ke rumahnya. Dia rasakan itu tempat yang sesuai untuk Wardina melepaskan apa yang terbuku dalam hati.
"Kenapa Hayyan tipu aku, Syu?"
"Kenapa dia buat aku macam ni?"
"Apa kurang aku?"
Dan bermacam-macam lagi ayat keluar daripada mulut Wardina yang membuatkan Syuhada geleng kepala mendengar.
"Kenapa Nabella? Rasa tak masuk akal sebab aku cemburu dengan kakak aku sendiri. Aku rasa macam perasaan cemburu aku tu tak betul." Itulah salah satu sebab kenapa dia sukar untuk menerima kenyataan.
"Siapa cakap tak betul? There is no love without jealousy, Dina. Kau rasa macam tu sebab kau cintakan Hayyan. Tak kisah lah dengan siapa kau cemburu pun, benda tu tak salah. We have the right to feel that way." Pujuk Syuhada.
"Tapi, Syu... kenapa Hayyan buat aku macam ni? Kalau dia masih sayang aku, cintakan aku, kenapa dia keluar senyap senyap dengan Nabella? Dia membelakangkan aku." Sekali lagi Wardina mempersoal walaupun dia tahu Syuhada juga tiada jawapan yang tepat.
Dia cuma inginkan jawpaan yang membuat hatinya puas.
"Dina, aku bukan nak burukkan siapa-siapa. Tapi, aku masih tak percayakan Nabella. Dia memang nampak dah berubah tapi aku rasa dia masih sama. Dan aku yakin, kau pun rasa benda yang sama."
"Kau tahu, it takes two to tango. Kalau Nabella tak mula dulu, aku tak rasa Hayyan akan buat macam ni. Kau tahu Hayyan dulu macam mana kan?" Soalan Syuhada membuatkan Wardina berhenti menangis.
Hadam betul-betul apa yang dimaksudkan oleh wanita itu.
Hayyan yang dulu,
Hayyan yang paling dia rindu.
Kata-kata lelaki itu semasa pertama kali mereka kenal tidak lah manis sampai tahap potong kaki. Tapi kata-kata itulah yang menggegarkan hati kerasnya tanpa sedar.
Dari dia rasa rimas dengan Hayyan, dia jadi tertarik.
Kemudian, rasa itu bertukar menjadi obses.
Ya, tak salah dia obses dengan suami sendiri. Dan siapa sangka selepas mereka berkahwin, Hayyan berjaya membuatkan hatinya lembut. Hari-hari dia rasa jatuh cinta dengan Hayyan.
Teringat pula kata-kata Hayyan untuk meyakinkan perasaannya sendiri ketika di Sabah. Setiap bait kata Hayyan dia simpan dalam fikirannya.
'Let me fight for your love.'
Kalau Hayyan sanggup berusaha untuk dirinya dulu, kenapa tidak dia lakukan perkara yang sama?
"Mata Hayyan tu dah dikaburi dengan keadaan Nabella. Sebab tu dia jadi macam tu. Aku tak maksudkan yang Hayyan tu tak salah. Bagi aku, dia salah juga sebab belakangkan kau."
YOU ARE READING
Perfectly Imperfect
RomanceHidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus dia tempuhi. Sehinggalah satu kejadian berlaku. Disebabkan hasad dengki kakak sendiri, dirinya dibuan...