22

8.6K 498 13
                                    

"Syu...." Panggil Wardina apabila dia melangkah keluar daripada bilik. Sambil dia menyanggul rambut, matanya meliar melihat setiap sudut rumah itu, mencari bayang Syuhada.

"Syu... Syuhada...." Panggilnya lagi. Rumah ini bukannya besar pun perempuan tu nak menyorok. Tadi kata beli barang. Dah nak masuk dua jam sejak gadis itu keluar masih tak balik balik. Beli barang dekat Thailand ke apa?

Melihat bilik Kaira yang berkunci, dia sudah tahu wanita itu tiada dirumah. Kaira memang jarang berada di rumah apabila menjelang hari minggu.

Sofa tiga berhadapan dengan televisyen menjadi tempat duduknya. Sudah penat terperap dalam bilik, kini Wardina buat keputusan untuk duduk diruang tamu. Rasa dah lama pula dia tak jejak ke ruangan ini.

Wardina menarik nafas. Lepas mandi, dia buat keputusan untuk mulakan hidup baru. Kenapa lepas mandi? Tak tahu. Ilhamnya biasa datang lepas mandi.

Hari itu, masa dia menangis meraung seorang diri, dia ada terfikir untuk melutut minta maaf pada semua ahli keluarganya. Walaupun dirinya tak bersalah, dia tak kisah. Yang penting dia diterima kembali.

Tapi kini dia sedar. Tiada guna dia melutut untuk orang yang tidak pernah kisah tentang kewujudannya.

Dia dah lali dan tawar hati.

Skrin telefon bimbit ditenung lama. Hampir seminggu dia menghilang, sekarang baru dia ada mood untuk baca ke semua masej yang masuk. Ada yang dari kawan kawan, ada yang dari group kelas. Sepanjang minggu ini, kelas pun dia ponteng tanpa alasan munasabah.

Sementara dia memerhati satu persatu, matanya tertancap pada perkataan "Hayyan gila". Nama yang dia simpan khas untuk Hayyan. Pada mulanya dia letak "Hayyan tak guna" tapi nampak macam kejam pula. Lelaki itu bukan lah menjengkelkan setiap masa. Ada juga sisi baik Hayyan yang dia kenal.

33 masej dari lelaki itu. Ini dah kira spam ni! Wardina buka. Satu persatu masej dia baca.

Where are you, Pudina?

Telefon kau rosak?

Tak reti-reti nak angkat call ke?

Pudina, answer me.

Helo

Are you still alive?

RIP!

Selepas sahaja dia membaca pesanan akhir itu, matanya terus membulat. RIP?! Rest in peace? Perkataan yang selalu digunakan orang asing jika berlaku kematian.

Dia ingat aku dah mati ke apa?

Melihat daripada masej itu, dia dapat rasakan Hayyan dah berputus asa menjejakinya. Dah menyampah, mungkin. Wardina tersenyum kecil. Tak tahu kenapa rasa kelakar.

Berkira-kira dia ingin membalas.

Aku hidup lagi.

Masej itu dihantar. Sekadar ingin memberitahu yang dia masih lagi bernafas di dunia ini. Buatnya Hayyan betul betul ingat dia mati? Tak pasal pasal ada tahlil atas namanya pula.

"Assalamualaikum," Kedengaran seseorang memberi salam.

"Syu! Lamanya kau beli barang."

Syuhada tersengih.

"Beli roti aje? Lama dia macam kau pula yang buka kilang roti."

"Sambil tu aku jalan jalan ambil angin." Bohongnya. Plastik roti diletakkan atas meja. Sempat dia beli dekat kedai runcit berdekatan untuk mengelakkan syak wasangka Wardina. Lagipun, roti rumah ini memang dah habis.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now