65

13.5K 824 82
                                    

Sejak dari kejadian tempoh hari, Wardina dan Hayyan semakin renggang. Lelaki itu nampaknya betul-betul berkecil hati dengannya. Kalau sebelum ni, Hayyan selalu bertandang ke rumahnya, tapi kali ini tidak lagi.

Kalau datang pun, sekadar ingin membawa Haneef keluar. Masuk rumah pun tidak. Haih, semenjak dua menjak ni, Hayyan nampaknya tak boleh berenggang dengan Haneef. Ada satu masa tu, dia langsung tak menghantar Haneef pulang ke rumah. Katanya dia ingin tidur bersama Haneef malam itu.

Wardina tidak menghalang. Dah Hayyan itu bapaknya.

Sebulan sudah berlalu, Haneef pun dah masuk tadika. Wardina buat keputusan untuk menuruti kehendak Hayyan. Masukkan Haneef ke tadika berdekatan rumah mama dan papa. Dia ingatkan, lepas dia berbuat demikian, Hayyan dah tak berkecil hati. Tapi, sama aje dia tengok.

Wardina merengus. Sekarang ni, kenapa dia harus semakkan fikiran dengan benda remeh ni?

Bunyi enjin kereta di luar rumah mematikan lamunannya. Api dapur dikecilkan sebelum dia menyarung tudung untuk ke luar rumah. Jam sudah menunjukkan pukul 1 petang. Tak lain tak bukan, mesti Hayyan yang datang. Baru lepas ambil Haneef lah tu.

"Thank you daddy! See you tomorrow!" Beg berwarna biru gelap itu disandang ke belakang sebelum tangan dihulur pada Hayyan. Hayyan pula terus mencangkung.

"Aye aye captain!" Rambut Haneef diusap sebelum Kembali berdiri. Dia tak boleh lama, selepas ini dia harus kembali ke pejabat. Si Faleeq tu dah bising sebab dia asyik menghilangkan diri.

Wardina hanya memerhati tingkah laku dua beranak itu. Si Hayyan ni, takkan tak Nampak dia tercegat dekat pintu pagar ni? Pandang pun tidak, inikan pula nak tegur.

"Besok..." Wardina mula bersuara. Automatik semua mata memandang ke arahnya.

"Besok saya nak keluar jumpa Nara dengan Syu. Ada Zafhan sekali. Boleh?" Rasa janggal tapi entah kenapa mulut ni gatal nak bersuara. Lama Hayyan mendiamkan diri sebelum dia mengangguk, memberi keizinan.

"Bye, sweetheart!" Ucap Hayyan pada Haneef lalu terus masuk ke dalam perut kereta. Tak sampai seminit, laju kereta itu bergerak meninggalkan kawasan perumahan.

Macam tak percaya, terkebil-kebil Wardina saat itu. Hayyan langsung tidak peduli akan dirinya. Pandang pun macam nak tak nak. Besar sangat ke kesalahan dia? Kalau nak diikutkan, kesalahan Hayyan lagi besar dari kesalahannya!

Wardina merengus geram. Bibir digigit. Namun, tak lama selepas dia sedar sesuatu.

"Ish, kau ni Dina! Mengungkit lagi!" Mulutnya ditepuk beberapa kali.

"Mommy jom masuk. Haneef lapar..." Tangan Wardina ditarik beberapa kali.

"Jom sayang. Mommy nak tutup pagar kejap." Pintu pagar berwarna putih itu dirapatkan. Sempat dia memandang sekeliling sebelum anak katanya terpasak pada satu kereta yang diparkir di bawah pokok.

Rasanya dah beberapa kali dia melihat kereta itu parkir ditempat yang sama. Kadang-kadang, waktu malam, dari tingkat atas Wardina dapat lihat kereta itu berhenti di tempat yang sama. Namun tak lama selepas itu kereta itu mula menghilang.

Pelik. Dia ada juga bertanya dengan jiran. Katanya mereka tidak pernah nampak kereta itu. Ada yang kata kemungkinan itu grab car. Tapi macam pelik. Sudahnya, kes itu hanya tergantung sepi.

Malas Wardina ingin memeningkan kepala, lantas dia mendukung Haneef masuk ke rumah.

***

Pap!

Spontan, meja diketuk kuat. Membuatkan beberapa mata memandang ke arah meja mereka. Seisi meja makan itu melopong memandang Zafhan. Masing-masing terkejut dengan apa yang dikatakan lelaki itu sebentar tadi.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now