54

14.2K 768 294
                                    

"Lepaskan aku lah setan! Argh!!!" Wardina meronta. Tubuh Azzam yang dah menghimpit tubuhnya itu ditolak kuat.

Pang!

Sekali lagi pipinya ditampar. Tepi bibirnya juga dah pecah. Tulang pipi juga dah lebam kerana perbuatan lelaki itu menghalangnya daripada melepaskan diri dari tadi.

Sakit.

Sangat sakit.

Tapi, Wardina masih bertahan. Selagi dia masih boleh melawan, dia akan cuba untuk melawan. Sekurang-kurangnya, dia hanya perlu tunggu polis atau Hayyan tiba.

"Aku layan kau elok-elok, kau tak nak patuh. Kau nak aku guna kekerasan pula kan?" Soal Azzam kasar. Kali ini, pipi kanan pula di tampar sehingga Wardina berhenti meronta.

Mata dipejam sejenak. Kepalanya pening menerima tamparan berturut-turut. Tubuhnya mula lemah kembali. Rasa nak pitam.

Kelihatan senyuman kepuasan terukir dibibir Azzam. Dia beralih dari menghimpit tubuh wanita itu lalu duduk disebelah Wardina yang masih terbaring. Nafasnya juga tercungap. Tangannya juga sakit kerana asyik menampar wanita itu.

Tapi dia puas.

"Aku dah agak. Perempuan macam kau ni, kena guna kekerasan juga baru jalan." Dia senyum sinis sambil mengatur nafas kembali. Melihat tubuh yang terbaring itu membuatkan nafsunya naik kembali.

Lagi-lagi bila baju yang dipakai Wardina sudah terkoyak sana sini angkaranya, menampakkan bahu kiri wanita itu yang putih bersih. Wardina mencari nafas. Dadanya juga sakit.

Baru dia ingin mengambil peluang itu untuk bangun, tubuhnya ditindih kembali.

"Kau nak pergi mana, hah?" Azzam senyum lebar.

"Ikmal!" Panggilnya kuat. Ikmal yang sedang merehatkan diri di tepi tangga terus bangun. Menggosok belakang kepalanya sekejap sebelum pandangan tajam dihadiahkan pada Wardina, perempuan yang memukulnya tadi.

Tak guna punya perempuan! Macam mana dia boleh leka, tak sedar dengan tindakan cuba melepaskan diri perempuan itu?

"Aku rasa kau pun dah ada dendam dengan perempuan ni kan?" Soal Azzam. Senyum penuh makna pada Ikmal.

Melihat isyarat mata yang diberi Azzam membuatkan wajahnya yang bengis tadi bertukar relaks. Dia faham maksud pandangan itu. Pandangan itu disambut dengan senyuman sinisnya.

Ikmal menghampiri mereka. Serentak itu, bajunya juga dibuka lalu dicampak entah kemana.

"Tolong... aku merayu..." Perlahan suara Wardina merintih. Rontaannya tidak sekuat tadi. Tubuhnya betul-betul dah lemah. Wajah bernafsu dua orang lelaki dihadapannya itu dipandang silih berganti dengan air mata yang tak henti-henti keluar.

Dalam hatinya, dia hanya mengharapkan keajaiban. Entah kenapa, wajah Hayyan terbayang dalam kepala. Dia betul-betul mengharapkan Hayyan muncul saat itu. Dia ingin Hayyan menyelamatkannya seperti dulu.

Terasa kulitnya disentuh, Wardina pejam mata rapat. Tidak rela melihat. Sungguh, dia tidak mampu untuk berlawan lagi.

***

Apa yang dia rasa saat ini?

Sedih tak, marah pun tidak. Jauh sekali gembira. Pintu wad dipandang  kosong kemudian, beralih pula pada wajah Tuan Azfanizam dan Puan Kirana yang sedang berdiri disebelah katilnya.

Berbeza daripadanya, wajah orang tuanya itu jelas sekali dalam kesedihan.

"Maafkan ibu..." Masuk kali ini, entah keberapa kali dia minta maaf. Air mata dikesat dengan tangan.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now