Wardina termenung sedari tadi memikirkan sesuatu. Suasana bising di dalam kelas langsung tidak mengganggu fokusnya. Biasalah, bila pensyarah tidak masuk, masing-masing buat hal sendiri. Ada yang sampai tarik kerusi duduk dekat dengan member dah macam kedai mamak dibuatnya. Tapi bukan itu yang dia kisahkan.
"Hoi, kau termenung apa ni?" Bahunya ditolak Syuhada. Hilang terus lamunannya tadi. Perempuan ni, memang tak reti bagi salam!
"Syu, aku nak tanya kau sikit." Fokus Wardina kini beralih pada wajah Syuhada. Gadis itu angkat kening.
"Selama aku tidur dengan kau, aku pernah sleep walking tak?" Dia berkerut.
Mungkin tidak menyangka soalan itu, terkelip-kelip mata Syuhada memandangnya. Kemudian, anak mata gadis itu melilau seakan berfikir sesuatu.
"Tak ada. Kenapa?"
Wardina diam. Hampa kerana jawapan Syuhada tidak seperti yang dia inginkan. Pelik. Semalam, dia yakin dia dah ambil tempat di sofa kerana sudah tiba gilirannya tidur disitu. Tapi sedar-sedar aje pagi tadi, tubuhnya dah elok terbaring atas katil. Tak cukup dengan itu, siap berselimut lagi.
Dan yang paling pelik, Hayyan pula yang terbaring disofa. Bila ditanya lelaki itu...
"Kau sleep walking."
Itu yang dijawab Hayyan. Tapi tak pernah seumur hidupnya, dia berjalan dalam tidur! Jawapan Syuhada juga dah membuktikan segalanya. Takkan lah Syuhada tak tahu bila dah bertahun perempuan tu satu hostel dan satu rumah sewa dengannya.
Sudahnya, Wardina hanya biarkan perkara itu berlalu. Tengoklah malam ni macam mana. Kalau besok dia bangun atas katil juga, memang kena pasang cctv dalam bilik. Tak kira! Nak tengok betul ke tidak dia berjalan dalam tidur.
Kalau dia berjalan dalam tidur tak apa. Tapi kalau ada benda lain yang angkut dia berubah tempat tidur, lagi risau! Menyeramkan. Dalam kepala dah terfikir segala jenis hantu.
"Nampaknya, kita makan berdua ajelah Nara..."
Terus Wardina mendongak apabila mendengar kata-kata Syuhada. Bingung sebelum melihat bibir perempuan tu tersenyum-senyum. Bila pandang Nara, sama juga. Masing-masing berhenti melangkah.
Ketika itu, mereka sudah pun berada dilobi fakulti kerana kelas sudah pun habis. Rancang untuk makan nasi kandar direstoran berdekatan kampus.
Bila melihat terherot-herot bibir dua gadis dihadapannya ini sedang menunjuk ke satu arah, Wardina berpaling ke arah itu. Apa benda pula yang mereka nampak sampai tak boleh nak bercakap normal macam orang lain ni?
Dan tatkala itu, Wardina rasa nak buat-buat pengsan dekat situ juga. Hayyan! Dia buat perangai pulak...
"Datang dah buah hati pengarang jantung dia. Kalau macam tu, kita orang pergi dululah, Dina. Bye!" Nara meminta diri. Tak sampai lima saat, bayang gadis itu dah lesap membawa Syuhada sekali.
Dengan langkah yang berat Wardina atur ke arah Hayyan. Tenang lelaki itu bersandar di pintu keretanya. Nasib baik lah tak ramai pelajar yang berada disini. Kalau tidak, memang dia dah sorok muka dalam beg kerana malu.
"Kenapa datang sini?" Soal Wardina apabila tiba dihadapan Hayyan. Lelaki ini memang tak faham bahasa kut. Sudah dia cakap dulu tak boleh memakirkan kereta dekat sini tapi langsung Hayyan tak peduli. Buat macam universiti ni keluarga dia yang punya.
"Jemput kau lah, Pudina. Get in." Pintu tempat duduk pemandu dihadapan dibuka. Bila melihat tempat duduk itu, dengan selamba Wardina buat tak endah. Sebaliknya, pintu kereta belakang dibuka sendiri lalu dia masuk ke dalam perut kereta. Meninggalkan Hayyan yang terkebil-kebil disitu.
YOU ARE READING
Perfectly Imperfect
RomanceHidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus dia tempuhi. Sehinggalah satu kejadian berlaku. Disebabkan hasad dengki kakak sendiri, dirinya dibuan...