Bunyi telefon berdering pagi itu membuatkan Wardina berkerut dalam tidurnya yang tak berapa nak lena. Pada mulanya, dia memang sengaja tak nak menjawab panggilan itu. Walaupun dia sendiri tidak tahu siapa yang menelefonnya. Tapi, apabila si pemanggil itu tidak putus-putus berusaha, akhirnya dia buka mata.
Nafas direngus sebelum dia mencari telefon pintarnya itu. Meraba-raba dalam keadaan bilik yang sedikit gelap.
Setelah apa yang dicari sudah ditemui, dia melihat ke arah telefon dan automatik mukanya berkerut disimbahi cahaya daripada skrin telefon. Satu nombor tidak kenal menghiasi skrin itu.
12 missed called?!
Terkebil-kebil Wardina saat itu. Masih mamai. Jam baru menunjukkan pukul 9 pagi. Melihat katil sebelah yang kosong menunjukkan Syuhada sudah berangkat ke kelas.
Tak lama selepas itu, telefon kembali berdering. Nombor yang sama seperti tadi. Terus dia tertanya-tanya siapakah yang menghubunginya banyak kali ini.
"Hello." Dengan suara yang serak basah, dia memulakan perbualan.
"Finally." Ucap suara dihujung talian, lega. Wardina berkerut.
"Siapa ni?" Soalnya.
"I'll give you 30 minutes to get ready. Aku tunggu dekat bawah." Tidak menjawab, sebaliknya dia keluarkan arahan.
"What... siapa ni?" Geram Wardina menyoal kembali. Sudahlah tidak kenal, tiba-tiba nak suruh dia bersiap. Salah nombor ke?
Kedengaran ketawa kecil dihujung talian.
"I've talked to you so many times, but you still don't recognize my voice, huh?"
Serentak itu Wardina terus membeku. Suara bernada angkuh itu sedikit sebanyak menyegarkan mindanya daripada terus mamai.
"Ha... Hayyan?"
"Bingo. Your 30 minutes starts now." Panggilan terus dimatikan. Meninggalkan Wardina yang terkebil-kebil di atas katil. Dia cuba untuk mentafsir maksud lelaki itu.
Adakah Hayyan mengajaknya keluar? Tapi buat apa dan kenapa pula dia nak ikutkan cakap lelaki itu? Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba suruhnya bersiap dalam masa 30 minit. Dengan kakinya yang macam ni, ingat sempat ke?
Wadina mencampak telefonnya lalu dia kembali baring. Lantaklah Hayyan nak buat apa. Dia tak akan turun! Sambung tidur, lagi bagus.
Ting!
Dia membuka mata apabila mendengar pesanan masuk. Aplikasi whatsapp dibuka dan tertera nombor tak kenal disitu.
'Kalau kau tak turun, aku jerit nama kau dari bawah. Remember, I'm a man with my words.'
Tak perlu berteka-teki siapa yang menghantar pesanan itu apabila Wardina perasan gambar Hayyan terpampang di skrin telefonnya. Lelaki itu seakan tahu apa yang berada difikirannya saat itu.
Tanpa buang masa, dia bangkit dari katil dengan perasaan yang sebal. Hayyan ni bukannya boleh percaya. Buatnya dia betul-betul maksudkan apa yang dia cakap, malu dia dengan penghuni bangunan ni.
'Coming.'
Sempat Wardina membalas sepatah kemudian telefon dicampak di atas katil. Berhati-hati dia melangkah menuju ke bilik air.
***
"Kau lambat. 1 jam aku tunggu." kata Hayyan bersahaja apabila dia melihat terkedek-kedek Wardina mendekati keretanya. Terus anak matanya terpasak pada kaki gadis itu.
Wardina menjulingkan mata ke atas. Lelaki itu berpeluk tubuh sambil bersandar pada pintu kereta. Melihat kaca mata hitam yang dipakai membuatkan dia rasa menyampah. Tak adalah terik pun cahaya matahari waktu sekarang.
YOU ARE READING
Perfectly Imperfect
RomanceHidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus dia tempuhi. Sehinggalah satu kejadian berlaku. Disebabkan hasad dengki kakak sendiri, dirinya dibuan...