"Ayah!"
Daun pintu yang terbuka sedikit itu ditolak luas. Kelihatan Tuan Azfanizam sedang baring di atas katil. Badannya pula hanya disandar pada kepala katil.
Wardina cuba mengatur nafas. Penat berlari dari luar rumah hingga ke tingkas atas. Hayyan pula hanya ditinggalkan di dalam kereta. Kerana risau dengan keadaan ayahnya, dia dah tak ambil kisah tentang apa apa selain Tuan Azfanizam.
Semua mata memandangnya saat itu. Mak Su, Puan Kirana, Nabella dan juga ayahnya.
Perlahan lahan Wardina melangkah masuk ke dalam bilik.
"Kenapa ayah tak pergi hospital?" Soalnya. Wajah pucat Tuan Azfanizam dipandang risau. Rasa nak tercabut jantungnya apabila Nabella memberitahu bahawa Tuan Azfanizam pengsan di bilik kerja.
Wardina berdiri tegak disebelah ayahnya. Kemudian, tangan itu diraih lalu disalam.
Nabella buat muka menyampah.
"Kau tak payah nak tunjuk baiklah." Ujarnya selamba. Berpeluk tubuh disamping Puan Kirana.
"Ayah okay tak?" Wardina buat tidak dengar. Malas dia ingin mendengar kata kata Nabella itu. Sebaliknya dia melabuhkan punggung dibirai katil.
"Hmm..." Hanya itu Tuan Azfanizam membalas.
"Kenapa ayah tak pergi hospital? Kalau ada apa-apa yang serius macam mana?" Nada suaranya berbaur bimbang.
"Tak payah nak tunjuk yang kau risau lah Dina. Selama ni, kau ada ke dengan ayah kau ni? Tak ada kan?" Kali ini, Puan Kirana pula berkata. Menyesal pula dia suruh Nabella memberitahu keadaan suaminya pada gadis itu. Menyakitkan hati aje dia melihat.
"Dina..."
"Apa? Kau nak cakap yang kau tak ada sebab kau dah start masuk belajar? Ada kau telefon ayah tanya keadaan dia? Tak ada kan? Sekali pun kau tak ada telefon, sekarang nak pura pura risau pula. Menyampah lah aku tengok." Macam macam tuduhan yang Nabella lemparkan.
Wardina diam. Memang dia mengaku dia salah. Dia sekali pun tidak pernah telefon ayahnya kerana ego yang ada dalam dirinya. Tuan Azfanizam pun tak hiraukan tentang dirinya, buat apa pula dia nak terhegeh hegeh memberitahu keadaannya pada orang tua itu?
Itulah yang Wardina berfikir saat itu.
Tapi lepas apa yang berlaku hari ni, Wardina mula menyalahkan diri sendiri. Buruk mana pun perangai orang tua itu, dia tetap ayah kandungnya. Dia patut turunkan ego dan telefon ayahnya.
"Dina minta maaf, ayah." Wardina menunduk.
Mak Su yang melihat hanya menahan geram. Kalau ikutkan hati nak aje dia cili mulut si Nabella itu. Cakap lah dia pendek akal sekalipun tapi baginya, Wardina tak salah. Gadis itu sudah bertahun dipulaukan oleh ahli keluarga sendiri. Memang pantas lah Wardina tidak mahu ambil tahu tentang mereka.
Gadis itu juga mempunyai perasaan.
"Kau ingat aku tak tahu? Kau bukannya belajar pun dekat sana tapi menggatal!" Sekali lagi dia menuduh. Kali ini Wardina hilang sabar. Dia terus bangkit dari katil.
"Apa masalah Kak Bella ni? Ayah tengah sakit kan? Jangan nak tuduh orang macam macam lah." Mencerlung mata Wardina saat itu.
"Tuduh? Kau cakap aku tuduh? Habis, yang aku nampak kau keluar dengan jantan kaya tu apa? Entah entah kau dah jual badan kau kan?"
Pang!
Semua terdiam saat mendengar bunyi tamparan itu.
Turun naik nafas Wardina menahan geram. Sudah lama dia bertahan dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan oleh Nabella tapi kali ini sudah melampau. Dia dah tak boleh nak bersabar lagi.
YOU ARE READING
Perfectly Imperfect
RomanceHidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus dia tempuhi. Sehinggalah satu kejadian berlaku. Disebabkan hasad dengki kakak sendiri, dirinya dibuan...