47

9.8K 504 143
                                    

"Sayang, kau buat apa?" Tegur Hayyan apabila nampak bayang isterinya didapur. Tangannya dilingkarkan pada pinggang Wardina sebelum pipi isterinya itu dicium.

"Hayyan..." Tegur Wardina. Agaknya lelaki ini dah lupa mereka sekarang berada di rumah mama dan papanya. Kak Yati dan Yasmin bila-bila aje boleh muncul!

"Hehe, sorry!" Rangkulannya dilepaskan.

"Aku tolong Kak Yati masak. Dia pergi kemas luar sekejap. Kau nak air?" Pelawa Wardina.

"Boleh juga."

"Mama dengan papa mana?" Soal Wardina sambil leka membuat air untuk suaminya.

"Dekat atas." Jawab Hayyan. Wardina pula mengangguk. Kemudian, gelas yang berisi air kopi panas itu diletakkan dihadapan Hayyan yang dah mengambil tempat di meja island. Dia juga turut melabuhkan punggung disitu.

"Dina, kau intern kan nanti?"

"Ha'ah. Tengah cari-cari lagi company. Kenapa?"

Hayyan diam seakan berfikir sesuatu.

"Kau intern dekat company aku ajelah. Nak?" Senyum penuh makna diukir buat Wardina.

"Tak nak! Takkan dekat rumah tengok muka kau, dekat pejabat pun tengok muka kau..."

"Kau tak suka tengok muka aku?" Hayyan tunjuk muka tak puas hati.

"Bukan tu maksud aku. Cuma, aku tak nak lah guna orang dalam untuk dapatkan internship tu. Dekat luar sana tu, lagi banyak orang yang mohon. Ada yang sampai kena mohon banyak kali. Tapi aku? Tak perlu bersusah payah pun dah dapat. Tak adil lah kalau macam tu..."

Wardina meluahkan isi hatinya. Dengan harapan Hayyan akan faham perasaannya itu.

"Hmm..." Hayyan mengangguk perlahan. Terus terkubur niatnya untuk mengajak Wardina membuat latihan industri di syarikatnya. Boleh lah dia selalu melihat wajah itu ketika di pejabat. Tapi dia faham.

"Okay. Anything just update me. Boleh?"

"Okay, Bos!" Wardina tersengih.

"One more thing, can I ask you a favor?" Soal Hayyan tiba-tiba.

"Yes?"

"Kau tak rasa kita patut ubah panggilan kita? We can make it more like husband and wife. Ada ke suami isteri panggil kau aku?" Hayyan pandang wajah Wardina. Ternyata isterinya juga terkejut.

Sebenarnya, sudah lama Hayyan berfikir tentang itu. Cuma kali ini baru dia rasakan masa yang sesuai untuk berbincang.

"Kau nak aku panggil kau apa?" Wardina tongkat dagu menghadap Hayyan sambil berfikir. Ternyata Hayyan juga masih blur.

"Kau nak aku panggil kau apa?" Soal Hayyan pula. Sama juga, Wardina diam.

"Why not we start with saya awak ataupun Dina abang. Panggilan tu kita guna tiap kali depan orang aje kan? But this time kita betul-betul tukar." Wardina memberi idea. Dalam hati dah melompat suka!

"Sounds good." Komen Hayyan.

"Kan?" Wardina tersengih.

"A..bang.. su..ka." Ucap Hayyan sepatah sepatah seperti budak baru belajar bercakap.

"Di..na.... ju..ga." Wardina membalas dengan nada yang sama. Tak lama selepas itu, masing-masing menghamburkan tawa.

Janggal tetapi sedap didengar!

***

Dari tadi Wardina kehulu ke hilir dalam rumah. Sekejap dia ke atas, sekejap dia ke bawah. Kerana semester akhirnya sudah lama tamat, jadi dia memang seharian berada dirumah. Wardina pula manfaatkan masa itu untuk mengemas apa yang patut.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now